7 Petua Efektif Menjenamakan Bisnes Secara Online (Bahagian 1)

June 20, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Setiap pemilik bisnes mahu jenama syarikatnya dikenali di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya, satu Malaysia sedar akan kewujudan jenama mereka.

Air Asia diantara syarikat yang membina jenama terhebat di Malaysia

Dengan kewujudan internet dan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, pendedahan kepada jenama syarikat kita menjadi semakin mudah.

Menerusi laman web sosial, ia juga menjadikan pemilik bisnes lebih mudah untuk mencari prospek, klien baru, dan penaja. Tidak perlu kos yang tinggi, hanya perlukan strategi yang betul.

Dalam artikel yang ditulis oleh Benjamin Lang, pengasas Epic Launch, beliau memberikan 7 tip efektif untuk meningkatkan jenama bisnes kita dengan menggunakan medium online.

#1 – Blog dan Q&A (Question and Answer)

Memiliki blog adalah satu kewajipan bagi semua pemilik bisnes, khususnya yang berada dalam kategori bisnes-bisnes kecil. Meskipun ramai pemilik bisnes kini memilik blog, tetapi hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memaksimakannya, bagi meningkatkan jenama dan jualan.

Mewujudkan ruangan Question & Answer

Antara kaedah yang berkesan menggunakan blog adalah menyediakan ruangan Q&A, iaitu soalan dan jawapan yang bermain dalam minda prospek kita.

Menurut Lang, kaedah ini berkesan dengan pantas untuk menjadikan jenama bisnes kita sebagai autoriti. Contoh syarikat dan laman web yang mengamalkan kaedah ini adalah Quora. Di mana laman web itu menyediakan jawapan bagi setiap persoalan, dan dalam masa yang singkat, laman web ini telah menarik 22,000 pengguna.

#2 – Laman Sosial dan Profil Profesional

Menurut statistik yang dikeluarkan pada Oktober 2010, jumlah pengguna Facebook di Malaysia sudah mencecah hampir 8.15 juta. Malaysia juga berada di tangga ke 16 dalam carta pengguna tertinggi di Facebook.

Syarikat Air Asia diantara syarikat yang menggunakan medium Facebook untuk membina jenama

 

Bagi pemilik bisnes, ini merupakan satu peluang keemasan untuk menjenamakan diri dalam laman web sosial. Cara terbaik untuk memaksimakan sepenuhnya profil bisnes kita di Facebook adalah:

  • Mencipta Facebook Pages.
  • Hias Facebook Pages dengan elemen profesionalisme (warna, desain gambar dan sebagainya).
  • Cipta kalendar editorial untuk berinteraksi dengan pengguna lain.
  • Jelas dengan matlamat asal – Membina jenama.

#3 – Guest Posting

Jika bisnes kita mempunyai seorang penulis (penulis blog, buku), maka gunakan kaedah ini. Dengan kaedah guest posting, kita lebih mudah untuk mencapai prospek baru. Apabila artikel kita diletakkan dalam blog-blog yang berautoriti dan tinggi trafiknya, sekaligus ia membuatkan jenama bisnes kita lebih dikenali dan lebih dipercayai.

Kehadiran laman sosial dan internet ini banyak membantu bisnes daripada pelbagai aspek, khususnya penjenamaan. Tetapi kita perlu mempunyai strategi yang betul, agar kita tidak melakukan kesilapan kecil yang dapat membunuh bisnes kita.

Adakah tuan dan puan sudah menggunakan salah satu daripada tip di atas? Mohon kongsikan bersama pembaca yang lain, menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah.


Tags: , , , , ,

Komen (6)

  1. Air Asia bagus dalam penjenamaan online ini. Anehnya pesaing Air Asia tidak pula menggunakan cara ini dengan sebaik-baiknya dan sekeras-kerasnya sedangkan sudah terbukti kesanya.

  2. Artikel ini sangat memberi info kepada saya.Saya akan mengikuti tip yang disarankan di atas dalam usaha menjenamakan perniagaan saya ini.Cuma masih tidak arif untuk menghias Facebook Page:-(

Pendapat anda?