7 Soalan Popular Mengenai Jual Beli Emas

October 04, 2011 — Penulis:

Kategori: Logam

Isu pelaburan emas kini menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan oleh pelbagai individu.

Dalam artikel kali ini, Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang akan menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.

Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:

#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?

Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,

  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.

Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.

Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.

Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.

7soalan jual beli emas-1

2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?

Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.

Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.

#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?

Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.

Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.

#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?

Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.

Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.

#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?

Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.

Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.

Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.

#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?

7soalan Jualbeli emas-2

Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?

Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.

Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.

Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.

Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.

Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?

Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.

Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.

Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.

Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.

Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.

Kredit imej yang diambil dari Flickr (Investing in gold, google Pakdi,Duncan)


Tags: , , , , , ,

Komen (63)

  1. Terima kasih atas maklumat yg diberikan. Satu soalan daripada saya iaitu bayaran emas fizikal secara ansuran. Contohnya saya dah lock harga RM1100 utk harga emas hari ini. Tetapi saya bayar secara ansurant sebanyak 4 kali dan emas tersebut baru saya dapat selepas 4 bulan atau habis bayar emas tersebut. Resit ansurant diterima oleh saya setiap kali bayaran. Terima kasih.

      1. Rozana Andullah
        October 5, 2011

        Terima kasih atas info yg diberi. Saya ada kemusyikilan – jika ada orang offer kepingan perak pada RM135 sekeping & saya lock pd harga tsebut pada hari yag sama. Dipersetujui transaksi adalah COD pada keesokan hari atau 2 hari kemudian kerana kedua-dua pembeli dan penjual sibuk dengan kerja. Hanya boleh berjumpa untuk COD perak pada masa lapang yg dipersetujui. Adakah transaksi spt ini melibatkan riba?

  2. Bagaimana pula kita membeli emas mengunakan kad kredit dan membayarnye selepas beberapa hari selepas itu.

    1. Isu guna kad kredit adalah sama seperti jawapan no 1.

      Proses pembiayaan peribadi dan kad kredit di bank-bank Islam menggunakan mekanisma Shariah yang sama khususnya kad yang menggunakan kontrak Bai Inah dan Tawarruq.

  3. Sy ingin bertanyakan 2 hadis yg berkaitan dengan emas dan perak ini.Sy tgk byk di laman-laman blog,website,seminar2 mlh ada di bisnes kad meletakkan hadis-hadis tersebut.Sy ingin mengetahui adakah hadis-hadis tersebut shahih atau daif dan bolehkah digunakan hadis2 tersebut dlm mempromosikan produk-produk jualan mereka?Jika hadis itu daif,bolehkah ia digunakan juga atau tidak boleh digunakan?Mohon penjelasan dr ustaz secepat mungkin..Hadis tersebut adalah:-

    1.Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

    2.Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”. (HR Muslim)

  4. 1. Ulama hadis menyatakan Abu Bakar Ibn Abi Maryam ini tidak kuat fikirannya maka sekiranya dalam hadis tersebut hanya direkodkan melalui beliau, maka hadis tersebut adalah lemah dan ada ulama yang menyatakan hadis dari beliau tidak dapat kita guna pakai. Melainkan ada orang lain yang merekodkan hadis ini, maka kita tidak patut menggunakan hadis dhaif seperti ini lebih-lebih lagi kalau mahu melariskan jualan.

    2. Hadis seterusnya pula adalah hadis shahih mengenai kelebihan sedekah. Zaman Nabi saw matawangnya adalah dinar, zaman kita di Malaysia matawang adalah RM. Jika zakat yang wajib pun dapat kita bayar dengan RM, maka sedekah sunat sudah tentu lebih boleh.

  5. As Salam,

    Info yang sangat menarik & saya minta izin untuk share artikel ini dalam blog saya.
    Saya dah lama mengikuti blog Pakdi & berkenaan dengan pelaburan emas ini

  6. Alhamdullilah dan terima kasih byk2 atas penjelasan daripada pihak tuan berkenaan dgn hadis tersebut. 1 lg, berhubungan dgn pembelian emas ni jika sesorg pelanggan tersebut lock harga yg telah dipersetujui bersama,katakan pelanggan tersebut lock harga pada hari Ahad, dan kedua-duanya bersetuju mengambil stok emas yg dipesan dr dealer tersebut pada hari Jumaat/Sabtu kerana stok di tangan dealer tersebut juga habis dan terpaksa pergi mengambil stok baru di pejabat sebuah syarikat pd hari Jumaat/Sabtu disebabkan dealer tersebut bekerja dan sibuk dan hnya boleh pergi mengambil stok baru pada hari mggu iaitu hari Jumaat/Sabtu.Pelanggan tersebut bersetuju berkenaan pengambilan stok yg dipesan beliau pd hari Jumaat/Sabtu.Selepas masing2 bersetuju berkenaan dgn proses pengambilan stok tersebut,pelanggan tersebut memasukkan wang ke dalam akaun dealer tersebut pada hari esok(Isnin) atau lusa(Selasa).Adakah berlaku riba dlm awal proses smpai pengambilan stok pada hari mggu tersebut?

  7. assalamualaikum,

    sekarang ada sebuah syarikat menjual emas dan dealernya akan membawa pembeli terus ke bank rakyat/ar-rahnu mana-mana bank untuk digadaikan. Persoalannya pembeli akan bayar penjual 30% dan lebihan 70% harga emas itu, dibayar kepada penjual menggunakan duit gadaian dari bank. Emas tadi akan dinamakan atas nama pembeli oleh pihak bank.

    Persoalan saya , boleh ke emas itu terus dipindah milik nama kita walhal kita hanya membayar sebahagian shj.dan selebihnya akan dibayar ke bank apabila kita ingin dan mampu untuk membyar duit gadaian tadi.

  8. Salam tuan, saya ingin rujuk persoalan no #6.. Resit bagaimana yang tuan maksudkan? Bagaimana hendak mendapatkan resit jika penjual berada jauh dr kita? Kadang2 pembelian juga bukan COD, means melalui pos/kurier…

    1. Dalam zaman teknologi ini, mudah sangat untuk keluarkan resit. Yang penting, resit itu dapat mewakili emas / perak yang kita beli dan kita dapat tuntut tanpa sebarang halangan bila tunjuk resit tersebut.

      1. mohd qusyairi
        August 4, 2012

        kalau kita tgal jauh drpda pembeli nk beri resit macam mana??kalau atas persetujuan antara dua pihak setuju xapa dapat resit slepas brg sampai boley x??

  9. Assalmua’laikum Pakdi..

    Saya ada sedikit kemusykilan..
    Jika saya beli syiling perak hiasan, contohnya dari website Perth Mint, Austalia. dan Perth Mint hanya menerima tempahan sekiranya stok masih ada. Bayaran pula dibuat melalui PayPal. Setelah membuat confirmation dengan PayPal tentang jumlah bayaran dan dimaklumkan kepada pihak Perth Mint, Perth akan hantar syiling perak tersebut yang mana mengambil masa seminggu untuk sampai ke tangan saya.
    Setelah barang tersebut sampai, dan saya telah beritahu kepada PayPal, maka pihak PayPal akan release duit saya kepada Perth Mint.

    Adakah urus niaga ini ada unsur gharar atau riba’? mohon pencerahan..

  10. Assalamualaikum Pak Di,

    saya ingin bertanya sekiranya seseorang membeli emas dengan mewakilkan saudaranya untuk membuat pembelian tersebut (kerana tempat tinggal jauh) namun saudaranya tidak mengambil keuntungan dari pembelian tersebut serta duit telah sedia dimasukkan ke akaun saudaranya, adakah belian ini tidak haram kerana tiada sijil atau pengesahan hak milik yg diperolehi on the spot dan sudah pasti emasnya lambat diterima iaitu setelah berjumpa saudara tersebut kemudian hari.

    kedua bagaimana pula jika saudara tersebut merupakan dealer emas dan mengambil untung daripada belian tersebut?

  11. Rugayah Liman
    October 29, 2011

    Assalamualaikum…

    Bagaimana jika seseorang itu berniaga barang kemas fizikal secara berhutang.Tujuannya selain untuk mendapatkan untung, juga untuk membantu individu yang tidak mampu memiliki perhiasan barang kemas secara tunai…Perhiasan tersebut akan diberi semasa ansuran pertama dibayar.Selebihnya dibayar secara ansuran setiap bulan.

    1. Barang perhiasan kemas ini ada perbezaan ulama, dan kelihatan Majlis Fatwa Kebangsaan menerima barang perhiasan dijual beli secara bertangguh.

  12. Mohon pendapat PakDi mengenai jawapan UZAR mengenai “lock harga”:

    SOALAN: ustaz, bagaimana dgn ‘lock harga’?
    katakan saya ‘lock harga’ pada hari isnin. kemudian saya bayar pada esoknya selasa berserta menerima barangan serentak. harga yg perlu dibayar adalah harga hari isnin tu.
    mohon pendapat ustaz berkenaan ‘lock harga’..

    JAWAPAN UZAR : lock harga masih dianggap penangguhan serahan bayaran. Dalam pembelian emas, serahan byran mesti serentak dgn penerimaan emas, tidak boleh ditangguh, jika dua-dua tangguh haramnya lebih nyata lagi.

    Sumber: http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html#comment-20474

    Daripada apa yg saya faham ttg penjelasan pakdi mengenai #6 “locking harga”, ianya HARUS selagi pembeli membuat bayaran tunai dan penjual mengeluarkan resit pembelian yg boleh dijadikan bukti hakmilik..

    Mohon ulasan pakdi..

  13. Assalaamualaikum Pakdi,

    Terima kasih di atas input. Saya ingin bertanya bagaimana untuk ‘troubleshoot’ sekiranya pernah membeli emas secara tertangguh.

    Situasinya: Saya di pahang membeli emas dengan rakan di KL. Oleh kerana jarak dan kekangan kerja, saya telah membayarnya hampir keseluruhan harga emas yang dipersetujui dan membayar bakinya (dalam rm50) ketika menerima emas tersebut. Saya menerima emas tersebut setelah melebihi 3 hari yang dibenarkan.

    Persoalan saya: Walaupun Islam melarang transaksi begini, adakah masih dikira sah dari sudut syarak jual-beli sebegini, atas dasar kejahilan sendiri dan bukan atas dasar sengaja dilakukan? Bagaimanakah perlu saya ‘troubleshoot’ dalam masalah ini sekiranya tidak sah penjualan tersebut?

    Mohon disertakan rujukan tuan dalam menjawab persoalan ini.

    Sekian, terima kasih.

    Ibnu Alwi.

  14. Salam, pakdi

    soalan:
    1) Apakah hukumnya jualbeli emas smd jokong @ phiasan scr ansuran slm 10 bln ttp harga dikira pd bln k10 mgkt harga sms ?byrn blnn mgkt kemampuan pmbeli, skrnya hrga emas tinggi pmbeli akn menambah duit. skrnya hrga emas turun duit baki akn diplangkan?

    2) penjual yg mengutip duit stp bln adakah salah caranya? dn skrnya pnjual membeli emas dgn duit kutipan tsbut, kmd mngambil keuntugn dr harga emas yg dibelinya, apakah hukumnya dlm Islam?

    3)Adakh boleh dipotong 20%-30% brgn emas lama utk trade in mgkt hrga emas sms spt yg blaku di kedai2 emas?

  15. Assalamualaikum Pakdi…

    Apakah hukumnya jual beli emas apabila penjual(kawan saya) dari luar negara(eropah) menghantar emas fizikal by pos/ courier/ yang mengambil masa dalam seminggu. Kemudian barulah saya membayarnya secara tunai melalui internet bank transfer ke akaun banknya di Malaysia. Untuk makluman, harga emas yang dibayar adalah berdasarkan harga yang telah dipersetujui (locked) sebelum urusan pos/courier dilakukan.

    Adakah hukumnya adalah riba?
    jika dibenarkan, berapa lamakah tempoh masa yg perlu saya jelaskan pembayaran tersebut?

    terima kasih..

  16. soalan tambahan..
    Apakah cara terbaik untuk membeli emas pada jarak yang jauh(cthnya dari luar negara), dengan mengelakkan riba’?

  17. salam tuan ,saya ingin tuan huraikan tentang kedudukan pelaburan dalam perlombongan emas iaitu VGMC.COM.SECARA RINGKAS, PELABUR AKAN DIBAYAR DIVIDEN SEBANYAK 10% DARIPADA HARGA SEMASA EMAS DI PASARAN.DIVIDEN INI DI BAYAR SETIAP BULAN.WALAUPUN DISEBUT 10% ,TETAPI DARI NILAI RM IA AKAN BERBEZA BERGANTUNG HARGA SEMASA EMAS 1GM.ADAKAH PENDAPATAN DARI PELABURAN INI RIBA ATAU APA? TQ.

  18. Boleh x kita jual emas kita yag telah dipajak di Ar-rahnu, katakan saya ada sejumlah emas dan telah di gadaikan di arrahnu, kemudian ada kawan saya hendak membeli emas dari saya, dengan harga yg telah dpersetujui maka kawan saya membayar kpd saya, saya kemudiannya mengambil wang tersebut dan membawa ke arrahnu dan menebus emas yag ada di arrahnu tersebut. setelah emas tersebut berada di tangan saya, saya menyerahkan kepada kawan saya tadi.

  19. Assalamualaikum Pakdi…
    saya nak bertanya
    adakah gold investment account(KFH) halal walaupun kite tidak mengeluarkan emas fizikal dari bank?
    kerana saya ada dengar bahawa jual beli emas kite mesti melihat emas tersebut supaya menjadi pelaburan bagi barang yang nyata bukan ghaib.

  20. mohd qusyairi
    August 4, 2012

    soalan tambahan..
    Apakah cara terbaik untuk membeli emas pada jarak yang jauh(cthnya dari luar negara), dengan mengelakkan riba’?

  21. salam, saya pelajar ekonomi islam dan akan membuat thesis tentang jual beli emas berdasarkan perspektif islam, boleh kah saya mendapatkan butiran diri tuan mungkin untuk saya jadikan rujukan dan mungkin saya boleh menebual tuan. terima kasih

  22. salam, pakdi

    bagaimana beli emas kemudian, jual balik pd syarikat-kemudian syarikat byr 65% harga emas..the kita beli lg..proses berpusing terus menerus ala-ala teknik pajak ems..kita bule bli emas balik dr syarikat dgn byr hanya harga yg syarikat beli dr kita dulu..iaitu 65% dr harga sebenar…

    bulehker?
    apa hukumnya?

  23. Salam pakdi . nk tanya sikit . bank mana yang menjual dan membeli gold bar secara islamiah ? contohnya sy membeli gold bar jenama bank A dan gold bar jenama itu bole di terima pakai (dijual) kepada bank B C dan D .

  24. assalamualaikum……

    apakah hukum bekerja di syarikat pelaburan emas? adakah hasil pendapatan yang dapat halal?

  25. salam tuan, saya harap tuan dapat menjawab soalan saya.
    saya menjual emas secara online, pembeli akan membeli emas saya jika mereka stuju dengan harga yg diletakkan oleh saya. mereka akan transfer duit mereka ke trusted account seperti paypal.dan saya akan menghantar emas tersebut ke alamat yang diberi.tempoh penghantaran adalah dlm masa 5-10 hari.
    walaupun mereka telah transfer duit ke account paypal saya, duit tersebut masih dalam jagaan paypal dan 100% milik pembeli selagi pembeli tidak menerima barang yg dihantar oleh saya.paypal adalah trust account yang jaga kebajikan pembeli. paypal hanya akan lepaskan bayaran tersebut jika pembeli mengesahkan barangan diterima ataupun selepas 21 hari.

    adakah ini dibenarkan di dalam islam?

    When some sellers receive payments, we may hold the money in their pending balance for up to 21 days. We want to make sure that there are no problems with the orders, such as disputes, claims, returns, or chargebacks. After we determine that the order was fulfilled and the customer is satisfied, we may release the money earlier.

  26. satu isu yang menarik. ramai juga tauke emas dan pencinta emas disini, tahniah jom kita meriahkan dunia keemasan dan keperakan kita, sorang simpan 1g jika umat islam ada 20 juta maka kita ada kekayaan 20 juta gram emas / silver. betul ke?. senyum je tauke emas

  27. assalamu’alaikum…
    sy ada sdkt kemusykilan…apakah hukum bagi kes sebegini?
    Tiga (3) Langkah Mudah Menjana Keuntungan Dengan Pembelian Emas Delay Menerusi ……

    Sila rujuk gambar yang dilampirkan sebagai rujukan. Sebagai contoh, ada 3 orang pembeli emas delay. Bagi LANGKAH 1:

    Haron Ajis, membeli 100g emas delay 1 bulan. Beliau membayar sebanyak RM150 x 100g = RM15,000 kepada ???

    Awie Kepak, membeli 200g emas delay 1 bulan. Beliau membayar RM150 x 200g = RM30,000 kepada ????

    Wawa Cayasamalu, membeli 50g emas delay 5 bulan. Beiau membayar RM125 x 50g = RM6250 kepada ???
    “Apesal Wawa tak beli delay 1 bulan? Kan lagi cepat? Kalo 5 bulan tu lama tu!!!”

    Wawa tak boleh beli delay 1 bulan pasal pembelian dia KURANG daripada 100g. Namun begitu, ada kelebihan pembelian delay 5 bulan ni:
    – harga emas per gram JAUH lebih murah (RM125/g)
    – imbuhan restok lebih tinggi (RM7.50/g) berbanding delay 2 (RM6.50/g)atau 3 bulan (RM7.00/g)

    Kemudian, LANGKAH 2: Tunggu barang siap.

    Bagi Haron Ajis dan Awie Kepak, mereka perlu menunggu dalam tempoh sebulan (~30 hari) sebelum tempahan mereka disiapkan. Wawa perlu menunggu lebih kurang 5 bulan (~150 hari) sebelum tempahan beliau disiapkan.

    Semasa tempoh menunggu ni, tiada apa yang boleh dibuat. Jadi manfaatkanlah masa anda dengan menjalankan aktiviti bebas seperti memancing ikan dan menganyam ketupat (untuk raya korban akan datang).

    Pejam, celik, pejam, celik…dah cukup tempoh menunggu. LANGKAH 3 ada tiga pilihan;

    Si Haron pilih untuk RESTOK. Ini bermaksud, Haron akan menyerahkan kembali barang tempahan (emas delay) MILIKNYA kepada ejen untuk diNIAGAKAN SEMULA. Sebagai menghargai Haron kerana berurusan dengan pihak ???, pihak ??? memberikan IMBUHAN RESTOK sejumlah RM850 (setiap 1g dibayar RM8.50) kepada beliau. UNTUNG: Masih memiliki emas 100g + tunai RM850 di tangan.

    Awie pula, memilih pilihan JUAL SEMULA memandangkan beliau memerlukan wang kerana terlibat dengan skim cepat kaya. Sekarang barulah beliau menyesal kerana tidak menggunakan wangnya untuk membeli emas delay dari ???. Maka, Awie akan MENJUAL emas miliknya kepada ??? pada harga belian beliau (RM30,000) diTAMBAH dengan RM5 bagi setiap gram yang telah dibeli. Oleh itu, jumlah yang Awie akan perolehi = RM30,000 + (RM5 x 200g) = RM31,000). UNTUNG: LEBIHAN RM1,000 hasil jualan semula)

    “Ehhh…takde susut nilai? Biar betik?”

    Ya…betik. Bukan sahaja tiada susut nilai, malah diberikan imbuhan RM5/g lagi tu!!!

    Wawa pulak pilih AMBIL BARANG. Ye lah, orang pompuan kan nak melaram. Maka, dapatah Wawa barangan kemas seberat 100g di dalam tangan. UNTUNG: Dapat barang kemas pada harga RM125/g…..jaaaaaaauhhhh lagi murah dari harga pasaran ketika pos ini ditulis (RM165/g)

    Samaada nak ambil barang, jual semula ataupun restok – kesemua pilihan akan memberikan keuntungan kepada pembeli. Haron, Awie dan Wawa dah beli…anda bila lagi?

  28. Kebanyankan emas delay bersifat money game. Emas hanya watak sampingan. Yg penting duit deposit, downline dan ponzi.

  29. dari syarat nombor enam
    menunjukkan public gold adalah pelaburan yang harus
    kerana walaupun kita bayar melalui bank in
    kita akan dapat resit dari ATM dan resit digunakan untuk menebus emas
    pembayaran ini tidak dikira `bertangguh` kerana akad jual beli adalah pertukaran antara emas dan resit pembayaran…
    betul tak ustaz?
    inilah yang ingin ditanya oleh majority pelabur kerana pelabur banyak membuat bayaran melalui bank in dan menggunakan resit untuk menebus emas yang telah ditempah…

    minta komen betul atau salah untuk conformation..

  30. As salam tuan, adakah resit bulih digunakan utk mewakilkan kepada emas tersebut. bukankah emas trsebut perlu ada dengan kita selewat2nya 3 hari dari tarikh akad d laksanakan. Dan locking harga bukankah tidak d bolehkan kerana ia adalah bertangguh. Kecuali tuan lock harga pada waktu tersebut dan membayarnya terus dan bukan bersetuju locking harga harini dan membayarnya lusa kepada penjual. Mohon komen

  31. assalamualaikum….boleh x kalau kita buat pertukaran 4 kpg goldbar 1g dengan sekeping dinar
    so, kesimpulannya…pertukaran emas dgn emas

  32. assalamualaikum

    mcm mana pulak dgn pembelian emas secara bermain kutu.

    bila giliran kita mendapat kutu duit kutu tersebut di tukarkan untuk membeli emas pada harga semasa emas tersebut.
    jika duit kutu tersebut tidak mencukupi kita tambah dgn duit kita.

    adakah ini riba …?

    1. Ya,saya juga ingin mengetahui perkara yg berkaitan jual beli emas melalui kutu..
      Bayaran emas pd hrga yg sma setiap bln,tp bila tiba pd turn dia akan mdapat emas yg di pilihnya sndri mngikut hrga semasa..
      Adakah itu di benarkan dlm islam??

  33. assamualaikum w.b.t. Saya sedang membuat satu kerja kursusu mengenai perniagaan emas dan boleh saya tahu antara cabaran-cabaran yang diterima oleh perniaga dalam perniagaan emas ini?

Leave a Reply to nora Batal (Cancel)