ISI KANDUNGAN
Banyak faktor yang menghalang kita daripada memulakan bisnes hingga saat ini. Mungkin kerana kekangan modal, mungkin kerana masih tidak cukup persediaan ilmu, mungkin kerana takut, takut dengan risiko, takut dengan kegagalan, takut mencuba perkara baru.
Kemungkinan kita masih belum bermula kerana takut yang wujud hanya kerana tiada pengalaman dan tidak pernah merasai semua perkara yang saya nyatakan di atas ini. Jangan risau.
Ramai usahawan yang bermula di luar sana dengan pengalaman berniaga yang ‘zero’ tetapi mereka berjaya akhirnya dan hari ini perniagaan mereka bukan calang-calang dan dikenali dunia. Kenali siapa mereka.
#1- Richard Branson
Richard Branson memulakan perniagaan pertamanya iaitu Virgin Records pada usia yang muda. Branson bukanlah pelajar yang cemerlang sewaktu zaman persekolahan.
Dia tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan tidak menjalani mana-mana training bisnes sebelum menjadi usahawan yang berjaya.
Dia bermula hanya dengan menjual piring hitam dengan mengiklankannya di ruangan kecil sebuah majalah. Majalah. Dari situ dia perlahan-lahan melakar kejayaan.
#2- Arianna Huffington
Arianna dikenali ramai kerana sering muncul di kaca TV bersama dengan suaminya yang merupakan seorang ahli kongres. Arianna cuma mempunyai sedikit pengalaman dalam dunia kewartawanan sebelum memulakan the Huffington Post.
Akan tetapi, website yang dia telah lancarkan berjaya menjadi sebahagian daripada AOL iaitu berita online yang terkenal dunia.
#3- Andrew Carnegie
Andrew adalah pelajar yang tercicir dari persekolahan. Dia terpaksa bekerja pada usia yang sangat muda sebagai ‘bobbin boy’ atau budak penggulung benang dan kemudian bekerja sebagai penghantar telegram.
Dari sini, Andrew mendapat peluang untuk bekerja di dalam industri pengangkutan kereta api dan dia belajar banyak perkara melalui pembacaan.
Andrew akhirnya berjaya menguasai industri besi dan membuat keuntungan yang besar sehingga menjadi antara orang yang terkaya pada abad ke -19.
#4-Thomas Edison
Rasanya nama ini tidak asing lagi bagi kita. Thomas yang terkenal di serata dunia kerana kejayaannya mencipta mentol lampu pertama yang direkodkan dalam sejarah.
Sebelum sejarah usahawan inovasi ini bermula, dia hanyalah seorang jurujual suratkhabar dan juga seorang operator telegraf. Thomas tidak pernah mendapatkan bimbingan professional untuk bermula berniaga dan berjaya.
#5- Debbi Fields
Debbi Fields hanyalah berusia 20 tahun apabila dia memulakan perniagaan biskut Mrs. Fields. Dia tidak pernah mendapat pendidikan tinggi di dalam bidang makanan dan masakan.
Dia menggunakan pendapatannya daripada bekerja di Oakland Athletics sebagai seorang “ball girl” untuk membeli bahan membuat biskutnya.
#6- Mary Kay Ash
Siapa yang tidak tahu mengenai jenama kosmetik Mary Kay. Produk kosmetik yang sangat popular terutamanya dalam kalangan cikgu-cikgu ini diasaskan sejak tahun 1963.
Pengasasnya Mary Kay tidak pernah mendapat pendidikan atau bimbingan formal sebelum bermula dalam bidang ini. Mary pernah bekerja di Stanley Home Products.
Dari situ dia mendapat kenaikan pangkat dan mendapat inspirasi untuk menulis sebuah buku yang boleh membantu wanita-wanita untuk berjaya dalam bisnes.
Buku ini kemudiannya menjadi pelan rancangan bisnes Mary yang kemudian direalisasikan dengan penubuhan syarikat Mary Kay Cosmetics.
#7-Steve Madden
Steve merupakan pereka fesyen yang berjaya. Dia juga tidak pernah belajar mengenai fesyen secara formal dan tidak mempunyai pengalaman dalam industri rekaan pakaian.
Steve mengorak langkah pertamanya dalam dunia bisnes dengan menjual kasut dari kereta dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Keuntungan yang diperoleh sebanyak 1,000 dolar dari jualan kasut digunakan untuk memulakan syarikat fesyennya sendiri. Anggaran kekayaan beliau kini adalah sebanyak 120 juta dolar.