ISI KANDUNGAN
IKEA, satu jenama global yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Hampir setiap dari kita mengenali jenama ini sepertimana kita mengenali jenama McDonald’s dan Bata.
Begitulah hebatnya penangan IKEA, sebuah jenama perabot dan kelengkapan rumah yang berasal dari Sweden. Bagaimana IKEA yang diasaskan oleh seorang remaja berusia 17 tahun, Ingvar Kamprad, di sebuah kampung kecil pada tahun 1943 berkembang menjadi sebuah jenama global yang mempunyai kehadiran di 44 buah negara dalam tempoh 57 tahun?
Jawapannya adalah dengan melihat kepada strategi perniagaan IKEA yang terangkum di dalam visi, idea perniagaan dan kenyatan kedudukan pasarannya (market positioning statement).
Visi, Idea Perniagaan, Market Positioning Statement
Visi IKEA adalah ‘Untuk membentuk kehidupan seharian yang lebih baik untuk semua orang’. Idea perniagaannya pula adalah ‘Menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang praktikal dan direkabentuk dengan elok, pada harga yang rendah agar seberapa ramai orang dapat memilikinya’.
Manakala market positioning statement IKEA menyatakan dengan jelas ‘Rakan anda untuk kehidupan yang lebih baik. Kami melaksanakan bahagian (peranan) kami, anda melaksanakan bahagian anda dan bersama kita menjimatkan wang’.
Visi, idea perniagaan, market positioning statement IKEA menjadi teras komunikasi pemasaran IKEA yang disasarkan untuk membina jenama IKEA dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk datang ke gedungnya.
IKEA menekankan konsep membina hubungan dengan pelanggan dan untuk mencapai tujuan ini, terdapat sembilan mesej utama ditekankan di dalam komunikasi pemasarannya seperti berikut:
Rahsia #1 – Konsep Yang Unik
Konsep IKEA adalah berdasarkan market positioning statementnya yang dinyatakan di atas. ‘Kami melaksanakan bahagian (peranan) kami’ memfokuskan pada komitmen IKEA pada rekabentuk produk, nilai pelanggan dan penyelesaian yang bijak.
Dengan menggunakan bahan yang tidak mahal, meminimumkan proses pengeluaran, pengedaran serta harga runcit, pelanggan IKEA mendapat faedah dengan berpeluang membeli produknya pada harga yang rendah.
Rahsia #2 – Kepelbagaian Produk
IKEA memastikan terdapat pelbagai produk yang ditawarkan agar dapat menarik perhatian dan agar terdapat produk yang bersesuaian untuk setiap seorang yang datang ke gedungnya.
Barisan produk yang dihasilkan merangkumi kesemua fungsi dalam kediaman sama ada di dapur, bilik tidur, ruang makan, ruang berehat, ruang bekerja malah bilik air. Produk yang dihasilkan adalah moden tetapi tidak bergaya (trendy) agar ianya praktikal untuk kegunaan harian.
Rahsia #3 – Pakar Melengkapi Kediaman
Produk IKEA bukan sahaja perlu menarik perhatian tetapi mempunyai kefungsian (functional) dan membolehkan orang ramai untuk menambah baik kehidupan seharian mereka menerusi penyelesaian yang praktikal kepada masalah yang biasa dihadapi sehari-hari dalam menguruskan kediaman.
Rahsia #4 – Menawarkan Harga Rendah
Bagi IKEA, harga rendah tidak akan mampu menarik perhatian sekiranya pelanggan tidak mendapat apa-apa nilai dari wang yang dibelanjakan.
Justeru, IKEA komited dalam membina hubungan yang rapat dengan pembekal-pembekalnya agar produk yang dihasilkan mereka berkualiti, dihasilkan dengan kaedah pengeluaran yang ekonomikal dan dibeli dalam jumlah yang banyak untuk mengurangkan kos.
Untuk merendahkan lagi kos agar harga kekal rendah, majoriti produk perabot IKEA diceraikan dan dibungkus dengan teknik pembungkusan rata (flat-packed).
Dengan cara ini, lebih banyak produk perabot dapat diangkut dalam satu lori dan ini menurunkan kos pengangkutan dan pemasangan untuk setiap produk (cost per product).
Rahsia #5 – Fungsi & Rekabentuk Menarik
IKEA menekankan faktor kefungsian dalam rekabentuk produknya di mana ianya perlu menarik, praktikal dan mudah digunakan. Produknya tidak mengandungi ciri-ciri yang tidak perlu (tidak ada fungsi), memberi penyelesaian untuk setiap keperluan dalam melengkapi kediaman dan diperbuat dari bahan yang bersesuaian berdasarkan kegunaannya.
Rahsia #6 – Kualiti Yang Tepat
Kualiti produk yang dihasilkan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk tersebut. Sebagai contoh, bagi rak buku IKEA, panel belakang rak buku tersebut akan diperbuat dari bahan yang lebih rendah harganya tapi masih memenuhi tujuannya iaitu melindungi buku dari kotoran dan dari terjatuh ke belakang.
Produk-produk IKEA juga perlu melalui ujian yang ketat dan lasak bagi memastikan ianya mencapai piawai (standard) keselamatan antarabangsa dan sesuatu negara.
Rahsia #7 – Membeli-belah Dengan Mudah
Gedung IKEA menawarkan semuanya di bawah satu bumbung. Pelan susunan (layout plan) gedungnya mempunyai laluan yang luas dan setiap produk disusun berdasarkan tempat kegunaannya di dalam sesebuah kediaman (ruang tamu, dapur dan sebagainya).
Kebanyakkan produknya boleh dibawa pulang serta merta termasuk perabot melainkan stok produk tersebut telah habis. Terdapat pelbagai servis yang ditawarkan oleh IKEA seperti penghantaran dan pemasangan yang boleh dipilih oleh pelanggan.
Untuk membantu pelanggan membuat keputusan pembelian yang tepat dengan mudah pula, IKEA memastikan produk-produknya diperagakan dengan betul, mempunyai gambaran dan spesifikasi produk yang tepat dan mempunyai polisi pemulangan yang mudah.
Rahsia #8 – Aktiviti Untuk Seisi Keluarga
Peragaan produk di gedung IKEA tidak hanya untuk memberi inspirasi dan idea kepada pelanggan, malah ia diperlukan agar pelanggan boleh memegang, merasai dan menggunakannya. Dengan cara ini, mereka dapat menentukan kesesuaian produk tersebut di kediaman mereka.
Sebagai contoh perabot-perabot ruang tamu IKEA diperagakan agar menyerupai ruang tamu sebenar yang terdapat kediaman yang lengkap dengan sofa, meja, televisyen, rak buku, meja sisi, karpet dan sebagainya.
Untuk kemudahan seisi keluarga pula disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak, surau, penganjuran aktiviti-aktiviti khas dan restoran untuk menjamu selera.
Rahsia #9 – Swedish IKEA
Setiap mesej IKEA di atas berhubung kait dengan Swedish yang merupakan asal-usul jenama IKEA. IKEA mempromosikan gaya Swedish di mana perabot-perabotnya adalah ringan, menyegarkan dan tidak bertujuan untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk. Intipati gaya Swedish yang ingin digalakkan adalah kesederhanaan, praktikaliti dan bersahaja (informality).
Semua itu boleh diserapkan dalam perniagaan kita, walaupun skalanya kecil. Kalau diamalkan bersungguh-sungguh akan membawa impak yang besar…
Benar Tuan Ali Hanafiah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, untuk memberikan komen. 🙂
Marketing strategi yang hebat…tahniah tuan Mazlan. hmmm best nya duduk di kerusi IKEA ni..
Best membaca artikel ni. Saya suka dengan barangan IKEA.
idea yang boleh digunapakai untuk memperbaiki perniagaan yang kita lakukan…..
Idea yang amat berguna untuk di praktikkan dalam perniagaan…
Untuk kaya bukan terlalu susah tapi ada edia bernas dan kesanggupan BETINDAK dengan bijak.
IKEA tak murah kat Malaysia, di sini IKEA adalah barang mewah. Di Sweden memanag laa, dia dikenali sebagai perabut murah . Membeer company lama aku dari Sweden kata dia beli perabut IKEA masa dia student sebab itu jee yang mampu. Kat Malaysia orang gila ke IKEA sebab brand dia je… banyak produk IKEA sekarang ni buat kat China.
setiap perniagaan perlu dekat di hati pelanggan utk memastikan perniagaan terus maju dan berkembang. IKEA bijak menggunakan emosi pelanggan dr segi pemasaran.
saya antara pelanggan setia IKEA. apa yg saya dapat katakan tntang perabot ikea ialah ianya unik, ringkas dan moden. harga nya pula cukup berpatutan.
Yup… Setiap kali saya pergi IKEA, dalam pemikiran saya sentiasa memikirkan, apakah strategi-strategi yang pengasas IKEA iaitu Ingvar Kamprad lakukan sehinggakan begitu berjaya di seluruh dunia ini. Dan saya agak terkejut dengan kehidupan Ingvar Kamprad kerana beliau begitu low profile :). Dan setelah membaca artikel ini, barulah saya sedar bahawa IKEA menggunakan strategi-strategi tertentu dalam perniagaan mereka. Terima kasih saya ucapkan kepada penulis dan Team Majalah Niaga kerana menyiarkan artikel ini 🙂
Terima kasih atas perkongsia rahsia bisnes IKEA.. Dengan ilmu yang diberikan akan dapat membantu lebih ramai usahawan untuk mempelbagaikan strategi pemasaran mereka..
USP Ikea bukan di atas, tetapi “designer product at affordable price”.
Btw, IKEA bukan di Damansara Perdana, tapi di Mutiara Damansara.
Perkongsian yang menarik. Ikea memang menjadi pilihan kegemaran saya. Produknya bermutu. Strategi perniagaannya juga memang patut dicontohi. Terima kasih.
Ya, barangan IKEA memnag hebat, murah, berkualiti dan mampu milik oleh semua orang. Tapi IKEA tiada di Perlis. Saya suka barangannya yang cantik, kemas serta sejuk mata memandang.
Saya amat setuju dengan penulisan kali ini. Memang kalau di teliti betul-betul, kita jua mampu buat
apa yang IKEA buat. Yang paling penting sentiasa amal dan bersabar. InsyaALLAH kita boleh lebih berjaya dari IKEA dengan izin ALLAH. Thanks for the good points given!
9 tips dah cukup berkesan untuk ikea berada diseluruh dunia . dengn harge yang murah macam ada kat sana. kalo daer disetiap negeri kat malaysia nih memng boleh tutp kedai kecik perabot he he
Produk IKEA bergaya tapi tidak ada gaya. Dia tidak ada gaya Inggeris, gaya Bali, gaya Nusantara dan seumpamanya. Letak di rumah banglo batu pun bergaya, letak di rumah kayu kampung juga bergaya. Ini juga satu strategi bisnes IKEA.
Rahsia bisnes yg boleh dijadikan contoh…
Terima kasih kerana sudi kongsikan rahsia ini 😀
Perkongsian yg menarik!
Ha..ha..haa… kalau mcm tu kena pilih kitniaga instead of mininiaga….betul tak?
niagakit….
saya suke brgnye IKEA tp hargenye pon meriah jugak rase no copy paste n buat sendri je ades
Segala produk IKEA,tak semuanya berkualiti..Bak pepatah, ada rupa ada harga.Yang mahal itu pasti tahan lama & yang murah itu wajib beli lagi tahun hadapan.
Plan business produk IKEA sangat teliti untuk menarik minat smua rakyat yang tak kira dari peringkat mana…Untuk mencapai sasaran perniagaan mereka..
aku tak pernah tahu pun sebelum ni latar belakang ikea… tak sangka memang hebat…
Tahniah Tuan Mazlan atas perkongsian hebat!
IKEA sudah menjadi brand yang tersendiri. Dengan reka bentuk dan harga yang berpatutan, mereka telah menenggelamkan ramai pesaingnya. Moga kita dapat manfaatkan perkongsian ini untuk perniagaan yang kita jalankan. 🙂
Good article. Tapi satu poin yang bagi saya usahawan kecil perlu berhati-hati:
Rahsia #2 – Kepelbagaian Produk
IKEA memastikan terdapat pelbagai produk yang ditawarkan agar dapat menarik perhatian dan agar terdapat produk yang bersesuaian untuk setiap seorang yang datang ke gedungnya.
Barisan produk yang dihasilkan merangkumi kesemua fungsi dalam kediaman sama ada di dapur, bilik tidur, ruang makan, ruang berehat, ruang bekerja malah bilik air. Produk yang dihasilkan adalah moden tetapi tidak bergaya (trendy) agar ianya praktikal untuk kegunaan harian.
Bagi saya kalau kita mempunyai modal yang kecil, kita tak boleh menawarkan kepelbagaian kepada pengguna. Tapi kita boleh figure out apa yang pelanggan paling mahu dan menawarkannya.
IKEA pada awalnya hanya menjual pen, wallet, frame gambar, jam, dan stokin nylon semuanya yang hangat pada masa tu (1943). Founder company (Ingvar Kamprad) tersebut tidak menjual segala-galanya pada awalnya… hanya menjual benda yang orang betul-betul nak sahaja untuk menjimatkan kos stok.
Dan masa dah ada duit tu dia mula terlibat dalam advertising guna direct response advertising dan… the rest is history.
Dalam pendapat saya, rahsia kedua itu boleh digunakan kalau usahawan tersebut ada modal yang besar untuk perniagaannya.
– Abdul Rahman
Saya minat barangan IKEA kerana rekabentuk yg moden dah sesuai dgn konsep kediaman masa kini. Perabot IKEA tidak murah tetapi berbaloi dibeli kerana kualiti yang tinggi. Banyak kilang perabot yang meniru rekabentuk perabot IKEA tetapi kadangkala mereka tidak mampu menyamai kualiti barangan IKEA. Walaupun dibuat di China (yg mana kos pengeluaran adalah lebih rendah) namun barang IKEA masih berkualiti jika dibandingkan dgn barangan ‘cikai’ dari China.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat perniagaan IKEA ini. Terasa nk pergi shopping kt IKEA lagi lah 🙂
Assallamualaikum Tuan..
Sy google dpt la singgah kt sini sbb nak tau sangat rahsia IKEA ni…malam ni sebelum tido boleh la fikir dulu apa nak buat dgn strategi perniagaan sy. Sy berniaga advertising. Buat signboard dan macam2 lagi. Sekarang masuk part buat kerja kayu pula. Hakikatnya, dari mula berniaga memang bg harga cantik je pada pelanggan. Tapi bila fikir kos bahan yg sy ambil dari kilang, mcm x dapat nak bg harga cantik. Harga tetap selaras dgn harga competitor yg lain. Elok sebenarnya sbb tidak membunuh competitor. Tapi sy nak juga mcm IKEA bg harga murah tetapi nampak moden dan bila org tengok “wah..ni mesti mahal” padahal sebenarnya tidak. Semoga sy berjaya berfikir pada setiap malam. Tapi IKEA ni pun amik masa lebih 50 tahun membrandingkan diri. Saya baru 2 tahun dah berangan nak jadi mcm IKEA. ekekek…
Anyway terima kasih atas perkongsian ini 🙂