9 Resepi Sukses Blogging (Jangan Buat Blog Sebelum Baca)

June 28, 2012 — Penulis:

Kategori: Online

Statistik yang dikeluarkan Nielsen mendapati, 6.7 juta pengguna Internet menerbitkan maklumat menerusi blog.

Penguna Internet

Blog juga adalah platfom siber yang digunakan oleh pemilik perniagaan untuk berkomunikasi dengan pelanggan di Internet.

Selain social media seperti Facebook dan Twitter, rakyat Malaysia juga gemar menggunakan blog untuk berinteraksi dengan pemilik perniagaan. Di Majalah Niaga, kategori tip blogging diwujudkan untuk membantu orang bisnes supaya memanfaatkan blog.

9 Resepi Sukses Bangunkan Blog Bisnes

Dengan membaca tip-tip blogging yang pernah diterbitkan di blog Majalah Niaga, tuan puan akan mendapat banyak idea, strategi dan teknik bagi memantapkan perniagaan menggunakan blog.

Rahsia Dan Resipi Kejayaan Di Blogging

Berikut adalah himpunan artikel berkualiti yang pernah diterbitkan dalam blog ini:

(Klik pada tajuk yang sudah dibold untuk baca artikel)

#1 – Rahsia Menjadi Blog Berpengaruh dan Popular

Reputasi lebih penting berbanding populariti. Reputasi yang membuatkan bisnes kita dipercayai pelanggan, lantas mereka sudi untuk mengeluarkan duit daripada poket.

Artikel ini menunjukkan kaedah efektif untuk membina pengaruh terhadap pelanggan menggunakan blog. Bina komuniti, bina saluran pendapatan di Internet.

#2 – Tutorial Menambahkan Trafik Blog Menerusi Blog Commenting

Blog commenting adalah strategi menulis komen supaya kita dapat berinteraksi dengan pemilik blog. Apabila pemilik blog selesa dengan kita, mudah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan mereka.

Bagaimana langkah pertama untuk bermula? Artikel ini tunjukkan caranya.

#3 – Seni Memahami Pembaca Blog – Kenal, Beri dan Cinta

Memahami pembaca blog adalah memahami pelanggan. Pelanggan sentiasa mahu rasa dibelai supaya mereka dapat rasa kepentingan diri mereka dalam bisnes kita.

Artikel ini akan tunjukkan bagaimana untuk memasuki minda pelanggan. Kenal mereka, berikan apa yang mereka mahu, kemudian cintai pelanggan kita sepenuhnya. Dari situ, duit berkepuk-kepuk akan datang ke akaun bank syarikat.

#4 – 3 Teknik Efektif Mempromosikan Blog Melalui Networking

Networking adalah pelaburan masa untuk bertemu dengan orang-orang penting dalam industri. Darren Rowse, pengasas blog Problogger iaitu blog yang mempunyai reputasi besar di dunia menyatakan, networking adalah satu daripada amalan beliau untuk mempromosikan blog.

#5 – Apple dan Dunia Blog – 3 Elemen Menjadikan Blog Berpengaruh

Bagaimana iPad, iPod, Macbook dan produk-produk yang dibentuk oleh syarikat Apple ini memberikan idea yang mantap, untuk pemilik blog membangunkan blog yang berpengaruh?

Jawapannya ada di sini.

#6 – 3 Tip Efektif Menjenamakan Bisnes Melalui Blog

Jenama adalah kepercayaan. Kepercayaan adalah duit. Duit itu daripada pelanggan. Maka pentingnya jenama di mata pelanggan. Di sini kami sediakan 3 petua efektif supaya bisnes membina jenama yang mantap menggunakan blog.

Perhatian, hanya untuk blog (dot) com sahaja.

#7 – Hong Kiat (dot) com – 5 Resepi Blogging 5 Angka

Hong Kiat adalah salah seorang individu yang membawa negara Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam industri blogging. Blog beliau menjana pendapatan 5 angka sebulan, dan mempunyai jutaan pelawat setiap bulan.

Artikel ini membongkarkan setiap langkah yang beliau lakukan untuk mencipta kejayaan dengan blogging.

#8 – Dari Hobi Menjadi Bisnes – 5 Tip Membangunkan Blog Cara Amanz.my

Hobi adalah sia-sia jika tidak ada duit masuk. Bagaimana anak muda bernama Aman Firdaus mengubah hobi beliau menjadi aset?

Temubual eksklusif bersama tim Majalah Niaga ini membongkarkan cara untuk menjadi blogger berjaya di Malaysia.

#9 – 5 Angka Sebulan Dengan Blog – 10 Tip Pengasas Oh Media

Pengasas Oh Media, Khai Hassan sentiasa menyembunyikan identitinya. Namun begitu, identiti bukan penghalang untuk mencipta saluran pendapatan yang lumayan menerusi blog.

Dalam artikel ini, kami bongkarkan bagaimana menghasilkan RM100, kemudian RM1,000 dan akhirnya RM10,000 setiap bulan dengan blog.

Seminar Pemasaran Online – Kami Bongkarkan Lagi ‘Rahsia Pemasaran Internet’

Blog adalah satu daripada teknik pemasaran Internet yang berkesan. Dalam Seminar Pemasaran Online, tim Majalah Niaga akan tunjukkan 3 lagi teknik pemasaran yang terbukti dapat meningkatkan keuntungan dan jualan produk.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

3 teknik itu adalah:

  • Mempengaruhi pelanggan menerusi penulisan ulasan produk.
  • Mempengaruhi pelanggan menerusi pemasaran forum.
  • Mempengaruhi pelanggan menerusi pemasaran Facebook.

Salah seorang alumni Seminar Pemasaran Online menyatakan,

“Walaupun seminar ini berharga RM100. Tetapi tip, rahsia dan strategi yang dikongsikan bertaraf 5 bintang.” – Raja Mohd Zaidi.

Untuk melakukan pendaftaran, sila klik pautan di bawah:

Daftar Seminar Pemasaran Online (Klik Di Sini)

Ketika ini, kami hanya menerima 9 orang peserta sahaja lagi.


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (4)

  1. Artikel ini adalah artikel pertama saya baca dalam laman Majalah Niaga dot com.

    Semasa saya membacanya, saya masih menggunakan platform percuma blogspot.

    Sehingga rezeki dari Allah datang memberi, saya menukar blog ke platform berbayar.

    Alhamdulillah terhasilnya AsyrofAsriStudio dot com.

    Artikel ini memang memberi manfaat dan ispirasi terhadap diri ini.

    Terima kasih majalah niaga atas perkongsian.

Leave a Reply to Datoksir Batal (Cancel)