Tentang Majalah Niaga | Majalah Niaga
 

majalah niaga

Majalah Niaga, Malaysia’s leading Malay-language entrepreneurship & business portal (laman keusahawanan bahasa Melayu no. 1 di Malaysia.)  ditubuhkan bagi menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. 

Khasnya untuk sesiapa yang berminat untuk membina empayar perniagaan sama ada perniagaan online mahupun offline.

Di syarikat ini, kami membawa satu pasukan yang sangat hebat membangunkan laman rujukan untuk para usahawan di Malaysia mendapatkan tip dan panduan memulakan dan membangunkan perniagaan.

Dengan wujudnya Majalah Niaga, pihak kami berusaha untuk memberikan artikel-artikel keusahawanan yang berkualiti, serta menghimpunkan barisan-barisan usahawan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing bagi berkongsi ilmu.

Kami percaya dengan usaha ini dapat mendorong masyarakat meningkatkan taraf hidup yang lebih baik, memecahkan tradisi dan budaya masyarakat yang meletakkan kebergantungan kepada kerjaya makan gaji, menggalakkan masyarakat menjadikan sektor keusahawanan adalah satu pilihan.

Selama tempoh 5 tahun membangunkan Majalah Niaga, kami telah menemuramah 33 usahawan dari pelbagai bisnes dan industri supaya anda boleh mempelajari ilmu baru secara terus dari mereka.

Malah setiap hari sehingga ke saat ini, kami berusaha keras untuk membawa Majalah Niaga ke tahap yang lebih baik. Matlamat kami adalah untuk membantu menyebarkan idea-idea, strategi dan rahsia perniagaan kepada orang ramai , ilmu-ilmu  yang anda tidak akan dapat daripada sistem pendidikan tradisional.

Pihak Pengurusan Majalah Niaga

Majalah Niaga di uruskan oleh sekumpulan anak muda yang begitu mencintai dunia keusahawanan. Setiap detik kehidupan mereka berkisar mengenai dunia keusahawan kerana mereka sendiri menjalankan beberapa jenis perniagaan yang berjaya.

Hasbul Aqill

Hasbul Aqill

Hasbul ‘Aqill merupakan seorang usahawan internet, pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majalah Niaga. Di Majalah Niaga, beliau mengetuai pasukan yang sangat hebat membangunkan laman rujukan untuk para usahawan di Malaysia mendapatkan tip dan panduan memulakan dan membangunkan perniagaan.

Hasbul Ariff

Hasbul Ariff

Hasbul Ariff merupakan usahawan sepenuh masa. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam perniagaan offline serta online. Memiliki perniagaan yang hebat serta kebebasan kewangan adalah antara matlamat utama dirinya.

 

Ayuh Bekerjasama Dengan Kami!

Majalah Niaga sentiasa membuka pintu kerjasama kepada mana-mana pihak, lebih – lebih lagi jika anda mempunyai matlamat dan visi misi untuk ikut serta bagi memandaikan bangsa.  Oleh itu, pihak kami berbesar hati andaikata anda mempunyai cadangan atau usul untuk berkolaborasi bersama Majalah Niaga atau apa-apa bentuk kerjasama yang difikirkan sesuai.

Anda boleh hubungi kami menerusi ‘online form‘ ataupun terus ke pejabat kami di:

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGic)

Block 3730, Persiaran Apec,

63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.