Apple dan Dunia Blog – 3 Elemen Menjadikan Blog Berpengaruh

June 08, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Entri ini merupakan entri bersiri daripada siri buat duit dengan blogging. Sebelum ini kita telah mempelajari dua perkara penting mengenai dunia buat duit dengan blog. Yang pertama, mengapa kita perlu buat duit dengan blog. Kedua, asas-asas bagi membina sebuah blog.

Apple Inc, syarikat berinovasi tinggi

Entri kali ini akan menggunakan syarikat teknologi yang berjaya menjadi revolusi dalam dunia teknologi hari ini. Dalam artikel yang diperoleh di laman Wired.com, sehingga bulan Mac 2011, syarikat Apple ini telah memperoleh keuntungan sebanyak USD24.67 bilion.

Ketua eksekutifnya pula, Steve Jobs cukup dikenali sebagai seorang inventor dan memiliki daya fikir kreatif yang tinggi. Berdasarkan dapatan kami, terdapat 3 elemen yang boleh kita ambil daripada syarikat Apple, dan menggunakannya dalam dunia blog.

Ketiga-tiga elemen ini adalah:

  • Kuasa simplicity.
  • Kuasa imej.
  • Kuasa konsistensi.

Kuasa #1 – Kuasa Simplicity

Jika kita lihat produk-produk keluaran syarikat Apple, semuanya mempunyai elemen simplicity. Sebagai contoh, iPod 4th Generation yang hanya mempunyai imej paparan dan sebuah butang di bawahnya.

, iPod 4th Generation mempunyai imej paparan dan sebuah butang di bawahnya.

Penggunaan warna bagi kebanyakan produk Apple juga kelihatan ringan dan menarik perhatian. Contohnya, iPod Shuffle menggunakan dua jenis paparan warna sahaja, iaitu:

  • Biru dan putih.
  • Oren dan putih.
  • Merah jambu dan putih.
  • Hijau dan putih.

Dalam dunia blog, kita boleh aplikasikan konsep ini pada themes blog. Kesilapan yang seringkali pemilik blog lakukan, adalah memilih themes yang terlalu banyak warna, dan reka bentuk desain yang terlalu kompleks.

Jika kita amati konsep simplicity yang diamalkan oleh syarikat Apple ini, maka blog kita harus mempunyai elemen-elemen ini:

  • Menggunakan dua kolum (Content dan sidebar).
  • Logo pemilik blog yang jelas dan menarik.
  • Paparan tulisan di blog mudah untuk dibaca.

Kuasa #2 – Imej

Apple sangat mementingkan kualiti imej yang dibawakan, dalam setiap ruang pengiklanan yang telah ditempah. Tuan dan puan boleh lihat menerusi iklan promosi iPod Touch di bawah.

Paparan imej yang ringkas, memudahkan navigasi penonton untuk memahami mesej yang cuba disampaikan. Dalam video di atas, kita dapat mengetahui fungsi iPod Touch secara keseluruhan.

Ipod touch

Neil Patel, pemilik blog Quicksprout menyatakan, penggunaan imej yang baik dapat membantu para pembaca blog mengetahui maklumat yang mahu kita sampaikan, menerusi paparan visual.

Contohnya, daripada kita menulis paparan statistik berbentuk teks, adalah lebih menarik jika kita menggunakan imej. Seperti paparan graf, carta dan sebagainya. Ia dapat membuatkan pelawat kita lebih memahami maklumat yang ingin disampaikan.

Kuasa #3 – Konsistensi

Apple merupakan syarikat yang dikenali sebagai syarikat yang cukup konsisten, apabila ia melibatkan pembangunan produk-produk baru dan penambahbaikan produk. Hal ini dapat dilihat apabila iPad 2 yang dilancarkan tidak sampai setahun, selepas iPad pertama diperkenalkan.

Ipad 2

Dalam dunia blog, kuasa konsisten dapat membantu kita mencapai kejayaan dengan lebih pantas. Terdapat beberapa elemen yang perlu diberikan kuasa konsisten, antaranya adalah:

  • Konsisten dengan persembahan blog (themes, reka letak dan sebagainya).
  • Konsisten dengan penerbitan entri.
  • Konsisten mempromosikan blog di ruang-ruang promosi sedia ada.
  • Konsisten berkomunikasi dengan pelawat blog.

Dengan mengamalkan ketiga-tiga elemen daripada syarikat Apple ini, blog kita akan menjadi blog yang berpengaruh. Ini adalah langkah penting, sebelum kita mula memikirkan strategi-strategi untuk menjana pendapatan lumayan menerusi blog.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (claytonballentinehappylandfillbogomonick-kuijpers)


Tags: , , , , , ,

Komen (7)

  1. kuasa simplicity antaranya mempunyai krg warna. ada benarnya….tetapi ramai teruja dengan warna pelangi sedangkan ia mempunyai banyak warna, nape ya?

Pendapat anda?