Asas Membina Jenama Bisnes – Kuasa Logo

June 04, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Mc Donalds adalah jenama yang tidak asing lagi dalam industri makanan segera. Coca cola merupakan jenama besar dalam industri minuman berkarbonat. Malah kadang-kadang kita sendiri menyebut, “Ibu, jangan lupa beli Colgate.”, walhal apa yang ingin disebutkan adalah ubat gigi.

Mcdonald antara syarikat yang mempunyai kuasa jenama yang hebat

 

Ini menunjukkan betapa pentingnya kuasa penjenamaan. Ia akan membuatkan bisnes kita diingati oleh pelanggan. Apabila pelanggan ingat pada jenama bisnes kita, maka mereka akan percaya dalam setiap produk yang dikeluarkan.

Syarikat Besar Menguasai Elemen Logo

Salah satu elemen yang boleh kita perhatikan di antara syarikat-syarikat besar yang berjaya, adalah elemen logo. Majoriti syarikat-syarikat besar ini tidak mempunyai logo-logo yang berat.

Logo mereka mudah dibaca, sedap dipandang dan mudah diingati. Logo merupakan trademark bisnes yang paling kritikal. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana untuk menghasilkan logo yang baik.

3 Tip Rekabentuk Logo Bisnes Memukau

Dalam satu artikel yang ditulis dalam blog Basement Business, mereka menggariskan tiga panduan yang boleh digunakan oleh pemilik bisnes, bagi menghasilkan logo yang memukau pelanggan.

Tiga elemen ini adalah:

  • Penggunaan 1 hingga 3 warna sahaja. Lebih sedikit penggunaan warna, lebih mudah pelanggan untuk mengingati logo.
  • Mesej bisnes yang jelas. Pastikan penggunaan font/teks pada logo memudahkan para pelanggan memahami tujuan bisnes kita.
  • Keep it simple. Lihat contoh-contoh syarikat besar seperti Google, Microsoft dan PTS sendiri. Logo mereka tidak terlalu berat.

Satu soalan yang perlu ditanya pada bisnes kita sendiri,

“Adakah bisnes saya memiliki logo yang baik?”

Asas penjenamaan bisnes adalah logo. Ini bermakna logo memainkan peranan penting. Pastikan tuan dan puan sanggup melaburkan wang untuk mendapatkan logo yang cantik, dan baik untuk bisnes.

(Kredit: donkeycart)


Tags: , , , ,

Komen (10)

  1. Ada saranan diberi, bila kita tidak tahu warna apa yang patut diguna untuk logo, gunakan warna yang terdapat pada bendera negara kita.

    1. Contoh yang baik. Terima kasih atas doa tuan. Semoga blog Firdaus Latib juga akan berjaya menjenamakan diri sebagai blog SEO terbaik di Malaysia. 😉

  2. Sedikit perkongsian, kenapa 3 tip logo itu penting.

    1) logo bewarna mesti nampak menarik dalam hitam dan putih juga, cuba fikir apabila logo difotokopi. Adakah rekaan logo masih sama dengan asal?

    2) Cuba lihat logo-logo berstatus korporat atau profesional, nampak tak persamaannya. Font-nya yang teguh dan tidak terlalu ceria warna dan bentuknya 🙂

    3) kenapa logo kena simple? Cuba fikirkan apabila logo itu dikecilkan dan dicetak atas pen. Pastinya logo yang banyak detail tidak akan nampak.

  3. Ina Irfan
    June 8, 2011

    Maaf ye..saya nak tegur sikit.

    Saya pernah baca entry berkenaan membina jenama logo, warna, malahan dalam beberapa entry sblm ni dlm tip rahsiainternet Irfan Khairi. Ayat & seni penyampaian lebih kurang sama sahaja dengan entry2 di sini. Mungkin saudara Aqif boleh cipta kelainan / membina ayat sendiri untuk berkongsi tip-tip perniagaan di sini. Jangan marah ye!

Pendapat anda?