Asia Pacific Young Business Conference (APYB 2012)

November 21, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Asia Pacific Young Business Conference adalah program yang dianjurkan oleh Young Entrepreneur Organization Malaysia (GMB).

APYB 2012

Ia mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan Malaysia, menerusi:

  1. Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).
  2. Ministry of International Tradea and Industry (MITI).

Program yang berlangsung selama 3 hari ini meletakkan fokus, untuk membincangkan isu dan mencari solusi mengenai situasi ekonomi, yang bakal berlaku bermula tahun 2013 hingga 2015.

Makmurkan Ekonomi Asia

Ini selaras dengan temanya iaitu,

“Capitalizing on the Region’s Business Ecosystem.”

Sasaran mereka kali ini lebih tertumpu kepada pemilik-pemilik bisnes muda dari seluruh negara Asia Pasifik, untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dalam industri bisnes yang berbeza.

Secara tidak langsung, membuka mata para hadirin untuk melihat perniagaan dari satu perspektif yang lebih segar, selain daripada memberikan motivasi dan inspirasi.

Siapa Perlu Hadir

Jika kita salah seorang daripada golongan yang disebutkan di bawah, maka kosongkan jadual untuk sertai program Asia Pacific Young Business Conference 2012 ini:

  • Pemilik bisnes.
  • Penyedia servis.
  • Pemimpin komuniti.
  • Organisasi bisnes.
  • Bisnes NGO.
  • Institusi pendidikan.
  • Pegawai kerajaan.

Berikut adalah barisan-barisan penceramah yang bakal berucap sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari:

  1. Dato’ Mukhriz Tun Mahathir.
  2. Penceramah dari Jakarta.
  3. Penceramah dari Vietnam.
  4. Penceramah dari China.
  5. Penceramah dari Malaysia.
  6. Penceramah dari Korea Selatan.
  7. Penceramah dari Singapura.
  8. Penceramah dari Australia.
  9. Penceramah dari India.

Daftar Percuma (Tempat Terhad)

Untuk melakukan pendaftaran program, sila login ke http://www.gmb.org.my.

Pendaftaran adalah 100% percuma dan tempat duduk adalah terhad. Oleh yang demikian, sila lakukan pendaftaran dengan segera. Sebarang soalan, sila hubungi maklumat yang tertera di bawah:

  • E-mel: info@gmb.org.my.
  • Telefon: 603 7727 8339.
  • Faks: 603 7331 8339.

Tags: ,

Komen (3)

  1. Saya setuju dengan komen matlumat awda.

    Tetapi kepada usahawan muda yang telah mengeluar produk mereka contohnya filter untuk gas turbine, saya berharap mereka dapat memastikan mereka mempatenkan produk mereka dalam kadar segera sebelum biawak-biawak di luar mencuri khazanah nasional awda.

    Sebab di luar sana, terlalu banyak penyagak, contohnya negeri China yang terlalu suka mencetak dan rompak hasil khazanah idea orang lain untuk kesenangan mereka. Sebab tiru meniru adalah halal di sana.

    Harap pihak MATRADE jangan hanya sibuk dengan acara yang mereka selenggarakan, tetapi lihat detail produk yang akan dipersembahkan ke mata dunia.

    Adakah anak-anak kita iaitu gantinama produk-produk kita dipatenkan 100% dengan sepenuhnya di Malaysia?

    Adakah pihak MATRADE merasakan sudah benar-benar menjalankan tanggung jawab besar mereka pada negara tentang isu paten mempaten?

Leave a Reply to husainy Batal (Cancel)