Bagaimana Atasi Sikap Putus Asa Dalam Bisnes?

March 13, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

3 Tahun pertama adalah 3 tahun untuk seseorang pemilik bisnes bertahan dalam bisnes mereka. Jack Ma yang merupakan billionaire pada hari ini juga ada isu ketika membangunkan Alibaba untuk 3 tahun pertama.

“Penghapus kecewa dan putus asa adalah banyakkan berdoa.” – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Sebagai umat Islam, Allah sahaja harapan yang patut kita letakkan di tangga pertama di hati kita. Hanya kepada Allah sahaja tempat untuk kita mohon pertolongan dan suntikan harapan. 3 Tip awal ini boleh membantu anda untuk bangkit semula.

1. Terima kegagalan

Jangan berputus asa

Langkah sebelum kita usahakan yang lain adalah pertama penting untuk menerima apa juga kegagalan atau isu bisnes kita sekarang. Terima adalah kata lain bagi redha dan ikhlas menerima apa yang Allah tentukan.

2. Fokus tindakan kecil yang kita boleh lakukan

Andai tidak mampu buat semua, jangan tinggal semua. Senaraikan apa yang kita boleh lakukan pada saat ini dan usahakan satu per satu untuk bangun semula. Andai kondisi fikiran dan jiwa kita serabut pada saat ini, berhenti sebentar, pergi bercuti untuk meningkatkan ketenangan. Kemudian, baru mula semula.

3. Aktifkan kata-kata positif

“Apa yang kita fikir, cakap dan rasa adalah doa.” – Dr. Azizan Osman

Oleh sebab itu, jaga apa yang kita fikir, cakap dan rasa. Tonton, atau dekati majlis orang-orang yang menginspirasikan untuk dapatkan semangat bagi bangkit semula. Sentiasa ungkapkan perkataan-perkataan yang baik kepada diri supaya ia menjadi doa dan memberi kita perasaan yang positif di samping fikiran yang positif.

Seterusnya, anda boleh baca artikel Tuan Faris Azaki tentang 4 Cara Atasi Takut Untuk Berniaga andai anda ingin bermula semula atau kekalkan bisnes sedia ada.


Tags: , ,

Pendapat anda?