Bagaimana Ingin Membeli Kereta Dengan Berbekalkan Gaji RM2300 Sebulan

April 26, 2016 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Tidak dinafikan, memiliki kereta merupakan kehendak bagi setiap individu. Ada yang mampu, dan ada juga yang tidak mampu memilikinya. Mungkin masalah ini terjadi disebabkan oleh harga kereta yang terlalu mahal, mengalami masalah kewangan, ataupun kita yang tidak pandai untuk menabung?

Namun, secara realitinya ramai yang berangan-angan untuk memiliki kereta mewah, tetapi akhirnya tidak mampu untuk membayar semula. Gaji yang dapat pada setiap bulan dihabiskan hanya untuk membayar kereta sahaja. Khusunya kepada graduan baru, gaji mereka mungkin sekitar RM 2000 sehingga RM 2700 bergantung kepada jenis pekerjaan. Mampukan mereka?

Walau bagaimanapun, masalah ini tidak akan jadi mustahil sekiranya anda bijak untuk mengatur perbelanjaan dan fokuskan kepada perkara yang penting sahaja. Siapa sangka, dengan memiliki gaji sebanyak RM2300 sebulan, anda juga mampu untuk membeli kereta. Berikut merupakan beberapa tip untuk anda supaya lebih berjimat-cermat.

#1 – Membeli Belah

Sebagai manusia, sudah tentu kita mempunyai nafsu untuk membeli apa yang kita inginkan. Anda harus tahu, keperluan adalah perkara yang paling utama, dan bukannya kehendak. Jadi, fokuskan kepada keperluan dahulu. Jika anda ingin membeli belah, senaraikan barang yang paling penting dahulu supaya anda tidak lupa. Kemudian, elakkan untuk membawa kad kredit kerana kecenderungan untuk anda menggunakannya lebih tinggi.

shopping and tourism concept - beautiful girls with shopping bags in ctiy

#2 – Penginapan

Cara yang paling mudah untuk anda berjimat adalah, tinggal bersama-sama dengan ibu bapa. Tetapi, tidak semua orang mahu tinggal bersama-sama dengan ibu bapa mereka, dengan alasan mahu berdikari sendiri. Namun, jika anda berkeras juga mahu menyewa, pilihlah tempat tinggal yang berdekatan dengan pejabat, supaya mudah untuk anda pergi dan pulang ke tempat kerja.

#3 – Hiburan

Tidak salah untuk berhibur, tetapi biarlah ada hadnya. Kalau boleh, elakkan melakukan hiburan yang melalaikan anda. Kerana secara tidak langsung, banyak wang anda akan dihabiskan dengan begitu sahaja. Selain itu, elakkan makan di restoran yang terlalu mahal, dan pilihlah tempat makan yang anda mampu.

Seperti yang kita tahu, merokok, vape, dan minum minuman keras akan menyebabkan kesihatan kita akan terjejas. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan gaji anda berkurangan kerana kerap membeli barang yang tidak sihat dan tidak berfaedah.

entertainment

#4 – Makanan

Elakkan makan di luar, dan jadikan masak di rumah itu sebagai satu hobi buat anda. Kerana, apabila anda masak di rumah, anda lebih tahu kandungan makanan dan juga kebersihan. Namun, sekiranya anda tidak ada masa untuk memasak di rumah, boleh juga makan di luar. Tetapi, pastikan harga tersebut lebih murah dan bawah dari RM10.

#5 – Simpanan/Kewangan

Untuk menyimpan, simpan deposit ke dalam akaun bank anda setiap bulan. Oleh kerana zaman teknologi kini semakin canggih, banyak aplikasi yang dapat membantu kita menyimpan wang dengan lebih bijak. Dengan hanya memggunakan aplikasi kewangan, secara tidak langsung anda dapat merancang dan menguruskan perbelanjaan.

#6 – Pengangkutan

Ramai orang kata, jika ingin berjimat belilah kereta yang terpakai. Apabila anda membeli kereta yang terpakai atau kereta lama, ianya akan menyebabkan kereta tersebut rosak dengan lebih cepat. Ini akan membuatkan anda perlu menghabiskan duit untuk memperbaikinya. Kerana sudah tentu anda ingin menggunakan kereta itu dalam tempoh masa yang lama. Apa kata anda membeli kereta yang baru supaya dapat mengelakkan masalah di kemudian hari.

carbuying_812141_600

#7 – Menyimpan Untuk Jangka Masa Yang Panjang

Penting untuk anda menyimpan wang untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana, anda mungkin tak pasti apa yang akan berlaku satu hari nanti. Kemungkinan anda akan jatuh sakit, atau kehilangan pekerjaan. Maka, apabila kita mempunyai wang simpanan sedikit sebanyak ianya dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Akhir sekali, sentiasa berjimat cermat dan beli kereta mengikut kemampuan masing-masing. Jika gaji anda hanya RM2300 sebulan, tidak usah berangan untuk membeli kereta spot. Kerana ianya akan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih banyak. Beli kereta yang lebih jimat minyak, berpatutan dan selesa untuk anda.


Pendapat anda?