ISI KANDUNGAN
Artikel ini merupakan perkongsian daripada Tuan Ahmad Naqiuddin, Trainer dan Usahawan Akademi Minda Luar Consultancy. Ikuti beliau di Facebook.com
Assalamualaikum WBT.
Memandangkan hari ini kebanyakan mahasiswa akan mula kembali ke kampus masing – masing setelah bercuti panjang dan akan menjalani kehidupan kampus seperti biasa, saya ucapkan selamat kembali ke kampus masing – masing.
Kepada yang masih mempunyai baki cuti semester, hargailah hari hari terakhir cuti semester anda dengan perkara yang berfaedah.
Tahukah anda, hampir 70% mahasiswa akan mengalami masalah kewangan semasa berada dalam tempoh pengajian yang mana lebih dikenali sebagai sindrom “makan meggi’ di akhir semester & selebihnya didapati senantiasa “berkepuk” walaupun di akhir semester.
Saya juga tidak terkecuali untuk dijangkiti sindrom yang turut sama dihadapi oleh hampir 70% mahasiswa yang lain ketika saya saya berada di awal tahun pengajian.
Tetapi, disebabkan saya tidak sanggup lagi menanggung derita sindrom yang menjangkiti diri ini, saya melakukan sedikit risikan terhadap kelompok 30% yang tidak dijangkiti sindrom tersebut. Dengan menemui beberapa responden, saya temui jawapannya.
Ya. Betul!
Kebanyakan mereka bekerja sebagai “PART-TIMERS”.
Ya, saya juga tidak menafikan ada dalam golongan 30% yang tidak terkena sindrom ini adalah dari kalangan keluarga “have-have”, tetapi peratusannya hanyalah sedikit.
Jadi, selepas saya mengetahui rahsia untuk menghindari sindrom tersebut dan tergolong dalam kalangan orang yang “tebal”, maka apa lagi, saya juga mencuba untuk melakukan ‘part-time’
Sebenarnya terdapat pelbagai syarikat di Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan secara sambilan sebagai contoh di kawasan universiti sendiri terdapat Koperasi Siswa (KOSISWA) yang turut menerima mahasiswa sebagai part – timers.
Anda mungkin boleh bekerja sebagai pelayan di kedai makan, penyambut tetamu, jurujual, penterjemah, dropship dan sebagainya. Bagi saya, saya memilih untuk menjadi pembekal kerepek sebagai kerja sampingan saya.
Apa yang saya lakukan adalah mengambil kerepek daripada pembekal dalam kuantiti yang banyak dan membungkusnya kembali dalam saiz yang lebih kecil dan kemudiannya saya letakkan di kesemua kedai KOSISWA tanpa sebarang kos disebabkan saya adalah salah seorang ahli koperasi berdaftar.
Alhamdulillah, walaupun saya tidak tergolong dalam kalangan orang “have-have”, cukuplah sekadar saya mampu untuk menghindari daripada sindrom makan meggi di akhir semester.
Jadi, saya akan kongsikan kepada anda apakah faedah bekerja ‘part-time’ berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan.
#1 – Dapat Mengetahui Potensi Pendapatan Setiap Bulan
Apabila kita bekerja sebagai part-timers, kita sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan yang bakal kita perolehi setiap bulan.
Jadi, secara psikologinya, mendorong kita untuk lebih gigih kerana kita sudah jelas dengan hasil yang bakal kita perolehi. Dalam masa yang sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan wang dengan lebih efektif.
#2 – Memanfaatkan Masa Terluang
Hari minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk mahasiswa menggunakan masa untuk bekerja sebagai ‘part-timers’ selain daripada membazirkan masa di bilik dengan melakukan aktiviti yang tidak produktif iaitu ‘qada tidur’ & “movie marathon” mahupun membazirkan wang pinjaman di pasaraya untuk berfoya-foya.
#3 – Mempelajari Perkara Baharu
Bekerja dan belajar adalah dua output yang berbeza. Apabila kita belajar, kita memahami sesuatu konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula ketika bekerja, kita akan berdepan situasi sebenar kehidupan.
Maka, dengan bekerja sebagai part time, kita akan memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, kita akan belajar & mahir dalam aspek komunikasi andai kerja kita banyak melibatkan layanan kepada para pelanggan.
#4 – Pengurusan Masa Yang Lebih Efektif Dan Efisyen
Pengurusan masa seorang pelajar yang berniaga adalah lebih ketat berbanding yang bekerja secara part time. Hal ini kerana peniaga yang menetapkan masa mereka sendiri dan tidak menurut mana mana arahan pihak atasan.
#5 – Bebas Sindrom ” Makan Meggi” Dan Kewangan
Mahasiswa yang belajar selok-belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas sindrom & kewangan lebih awal. Ianya mampu mematangkan sindrom minda seorang pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan.
Banyak testimoni mahasiswa yang bukan sahaja berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit malah mampu menghasilkan produk sendiri sebagai contoh, insta famous, KingAfiq.
#6 – Potensi Pendapatan Tidak Terhad
9/10 rezeki adalah dari perniagaan dan perlu diingatkan 9/10 risiko juga adalah dari perniagaan. Apabila berniaga, pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperolehi. Semuanya tertakluk kepada misi, kepercayaan dan tindakan kita.
Oleh sebab itu, pelajar yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan di kolej lebih mudah untuk mencapai kejayaan dalam tempoh 3-5 tahun.
Berbeza dengan bekerja, bisnes memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Salah satu daripadanya adalah kita sendiri yang akan mengawal aliran tunai pada setiap bulan. Namun, berniaga adalah langkah terbaik untuk kita memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan di luar sana.
Jadi, apa tunggu lagi!
Jom berubah!
Ya, sekarang!
Kerana bukan saya tidak pecaya, tetapi saya memang yakin bahawa kalau bukan sekarang, kita tidak akan berubah andai ada ‘nanti’.
SESUNGGUHNYA KEBAHAGIAAN BUKANLAH HASIL, IANYA MERUPAKAN HADIAH SETELAH BERUSAHA.
Ahmad Naqiuddin
Akademi Minda Luar
Pada pendapat saya, saya setuju dengan penulis. Hal ini kerana, saya sem ini merupakan sem akhir dan ade final year project, saya perlu menggunakan banyak duit untuk project tu. Saya tidak boleh mengharapkan duit belanja yang ibu dan ayah saya beri dan mungkin tidak cukup untuk belanja harian saya di kolej. Dan mungkin subjek lain juga perlu menggunakan duit. Jadi, dengan bekerja sambilan bukan sahaja mengisi masa lapang malahan juga dapat menampung perbelanjaan untuk menyiapkan project dan assignment yang diberi.