Berapa Kali Saya Perlu Update?

November 30, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Faktor kejayaan blog adalah luas. Selain daripada penjenamaan, nama domain, pemilihan niche dan banyak lagi, kekerapan penerbitan artikel blog juga menjadi satu persoalan yang sering bermain dalam fikiran blogger-blogger baru.

kemaskini blog

Mereka bertanya, “Berapa kali saya perlu kemaskini blog dalam masa sehari?”

3 Mazhab yang Berbeza

Jawapan ini ibarat tiada penghujungnya. Pelbagai mazhab yang diberikan oleh blogger-blogger yang berpengalaman. Berikut adalah cebisan daripada jawapan yang kita biasa dengar:

  • Jika blog berita, kemaskini entri setiap kali memperoleh berita baru.
  • Jika blog peribadi, kemaskini entri setiap kali ada cerita yang ingin dikongsikan.
  • Jika niche blog, kemaskini entri 3 kali seminggu.

Ketiga-tiga jawapan di atas boleh diguna pakai dan mempunyai kekuatannya tersendiri. Namun begitu, menghadkan pemikiran kita untuk mengikut cara orang lain yang tidak mempunyai sebarang bukti kukuh, akan menyebabkan blog kita dihimpit tekanan.

Lama kelamaan, kita akan rasa sukar untuk mengemaskini blog kerana tertekan dan keliru dengan pendapat yang berbeza.

Kualiti, Relevan, dan Kesanggupan

Justeru itu, sebelum membuat pilihan, ketahui perkara-perkara yang dititik beratkan ketika menerbitkan artikel-artikel baru di blog.

  • Kualiti artikel.
  • Relevan.
  • Kesanggupan diri.

Kualiti Artikel

Penerbitan artikel-artikel yang tidak memberikan sebarang maklumat segar kepada para pembaca adalah usaha yang sia-sia. Ramai blogger yang rajin mengemaskini blog mereka. Tetapi apabila isi kandungannya adalah bahan tiruan (copy dan paste) daripada sumber lain, ia tidak ubah seperti mencacatkan blog sendiri.

copy paste

Justeru itu, utamakan kualiti terlebih dahulu sebelum kuantiti. Kemudian lihat pula pada aspek…

Relevan

Artikel yang relevan adalah mudah. Selagi mana ia memenuhi kehendak dan keperluan pembaca blog, selagi itu ia dinamakan relevan. Untuk memahami mereka, lihat kembali tujuan blog kita dibina.

Siapakah sasaran pembaca kita? Blog ini diwujudkan untuk golongan pembaca yang bagaimana?

Apabila selesai menjawab dua soalan ini, langkah seterusnya adalah berkaitan dengan…

Kesanggupan Diri

Sebagai pemilik blog, berapa lama kita sanggup laburkan masa untuk menerbitkan artikel-artikel baru di blog? Kajian mendapati, tempoh masa blogger baru yang rajin mengemaskini 1 hingga 3 artikel setiap hari mampu bertahan dalam tempoh 4 hingga 7 minggu sahaja.

bekerja keras kemaskini blog

Situasi ini lebih membimbangkan kerana selepas tempoh 7 minggu, blog itu akan terbengkalai begitu sahaja tanpa ada sebarang maklumat baru.

Ia menjelaskan betapa pentingnya penglibatan dan tanggungjawab seorang blogger untuk berkorban masa dan tenaga, untuk menghasilkan artikel secara konsisten.

Mengikut atau Melawan Arus?

“Blog yang unik biasanya akan menjadi tumpuan pembaca.” – Darren Rowse, Problogger.net.

Keunikan ini diukur dari pelbagai segi. Antaranya adalah strategi penerbitan artikel blog. Jika kita lihat blog pemuda yang berusia dalam lingkungan 20-an iaitu Viperchill, terdapat beberapa kelemahan yang jelas dalam isu penerbitan artikel seperti:

  • Artikel jarang dikemaskini (3 bulan 1 kali).
  • Jumlah perkataan yang terlalu banyak (Sekitar 1,500 untuk setiap artikel).

Namun begitu, ia tidak menggugurkan nama blog ini daripada menempa kejayaan. Sehingga hari ini, Viperchill merupakan blog pilihan utama di seluruh dunia dalam isu pemasaran internet.

seminar buat duit di internet

Konsep melawan arus diguna pakai oleh Glen Allsopp, pemilik blog yang mempunyai lebih 6 angka pelawat setiap bulan.

Sekaligus menjelaskan seorang blogger tidak perlu terikat pada mana-mana pegangan, untuk menerbitkan artikel. Selagi percaya pada kemampuan diri dan mempunyai keunikan, maka kejayaan berada dalam tangan kita.

PS: Seminar Blogging kali yang kedua akan mendedahkan bagaimana kami dapat menjadi rakan media, untuk majlis memorandum yang bernilai RM43 juta. Daftar sekarang dan jadikan blog kita sebagai blog yang berpengaruh selepas mengetahui rahsia dalam seminar ini.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (soldiersmediacenterl-e-etomrickhuss)


Tags: , , , , , , ,

Komen (14)

  1. Jangan berjanji dengan pembaca berapa kerap kita mengupdate blog. Bila ada artikel baru, ‘umumkan’ pada tempat yang sepatutnya seperti di facebook. Agaknya, inilah yang dibuat oleh Tuan AdlyMukhtar pada blog beliau.

    1. benar tuan. Termasuk bos kami sendiri, tuan Adly Mukhtar serta Viper Chill. Mereka hanya mengumumkan melalui emel dan Facebook jika ada kemaskini artikel terbaru 😉

  2. bab-bab update blog ni..aku tengok pada satu benda aje. Siapa blogger tu. Dari situ..kita leh tahu sebenarnya. Kebanyakkan blogger yang pandai buat duit..MUSTAHIL ada satu blog atau website.

    1. Ya benar, saya juga memikirkan sebegitu berdasarkan pemerhatian sebelum. Hampir kesemua blogger yang membina blog untuk menjana wang mempunyai pelbagai blog. 🙂

  3. Masing-masing bijaksana melaksana percaturan adaptasi warna-warna lukisan dan rentetan harian. Apa pun nawaitu dalam mengemas kini penting dalam menuai hasilnya di belakang hari.

  4. Saya nak komen sikit tentang kenyataan 1500 word terlampau banyak. Saya. tidak berapa setuju. Dalam permerhatian saya kalau susunan post entry blog okey, Google suka. kalau tidak caya. Ambil satu keyword high trafik masuk masuk Google. Tengok url. Kira berapa word. Copy paste dlm word. Auto counter dalam word

    bilangan word terbaik adalah 1000 – 1200. Kalau nak bagi Google spider crawl
    1. 200 word pertama Cuba masukkan 1-2 keyword. Keyword kat depan.
    2. Tiap2 300-500 word kita human tajuk baru dgn h2 tag
    3. Saya suka majalahniaga masukkan image menarik,
    kalau dapat local image’s maksud saya mengambarkan org kita sendiri Jadi model pasti best lagi
    4. Jangan lupa masukkan alt tag.

  5. Assalamualaikum & selamat pagi semua..

    Saya baru sahaja berjinak-jinak belajar menulis dalam blog.. Idea yang diberi oleh penulis sangat berguna. Sekurang-kurangnya ia membantu kepada sesiapa yang baru belajar dan berjinak-jinak dalam dunia blog. Tahnia kepada pemilik blog. Sentiasa curahkan idea-idea yang ilmiah.

Pendapat anda?