Bisnes & Nikmat Risiko

January 12, 2011 — Penulis:

Kategori: Pembangunan Diri

Assalamualaikum, salam kebahagiaan buat Tuan Puan, pembaca Majalah Niaga yang dirahmati Tuhan. Didoakan Tuan Puan semua sentiasa berada dalam kesihatan dan kebahagiaan hendaknya.

Sejak kebelakangan ini, saya kerap mendapat berita mengenai rakan-rakan saya yang nekad mengambil keputusan berhenti kerja makan gaji, bagi berpindah ke bidang yang serba mencabar iaitu keusahawanan.

Kepada mereka, setinggi tahniah saya ucapkan kerana telah berjaya menyahut cabaran diri sendiri dan berani mengambil risiko!

Bisnes Oh Bisnes!

Terkenang semasa saya nekad berhenti kerja makan gaji, bagi memulakan bisnes sendiri beberapa tahun lalu.

Jujurnya, pada waktu itu, saya tiada wang simpanan yang boleh dijadikan modal. Saya tidak mendapat sokongan penuh daripada keluarga. Saya bukan siapa-siapa. Sekadar seorang bekas Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara.

Apabila saya mengatakan yang saya hanya bermodalkan keinginan yang kuat dan keyakinan yang tinggi kepada diri sendiri bagi meneruskan impian saya, ramai yang tidak percaya. Tidak mengapa, mereka berhak bagi tidak percaya. Senyum sahaja. πŸ™‚

Bisnes oh bisnes! Seribu satu pertimbangan muncul secara automatik dalam pemikiran manusia, apabila mula memasang niat mahu berbisnes.

Biar saya berterus terang. Bisnes adalah satu aktiviti yang amat tinggi risikonya. Ini benar, kerana saya sendiri pernah mengalaminya.

Ditipu, dicerca, diperlekeh, ditolak, pembatalan urus niaga, diminta memberi rasuah, pelaburan habis hangus, kesilapan dalam belanjawan, kesilapan strategi pemasaran sehingga membawa kepada kerugian yang berlipat ganda, disindir keluarga, diketawakan rakan, dan pelbagai lagi risiko yang jika dikenang-kenangkan, pasti akan membunuh impian saya bergelar β€˜tauke’ kepada diri sendiri.

Perkara Berisiko Yang Sering Kita Lakukan

Mari kita fikirkan tiga perkara yang sering kita lakukan dalam kehidupan dan mempunyai risiko yang amat tinggi.

1. Makan. Apakah risiko makan? Obesiti, keracunan, kelesuan, disantau, termakan makanan haram, pembaziran dan sebagainya. Ya, kita tahu itu. Namun, kita masih juga makan setiap hari. Mengapa?

2. Tidur. Apakah risiko tidur? Terlewat bangun, terlepas waktu sembahyang, terlebih tidur sehingga pening, kelesuan, dirompak, tidak sedar rumah terbakar, tidak sedar ditimpa kemalangan, dan banyak lagi. Ya, kita tahu itu. Namun, kita masih juga tidur. Mengapa?

3. Keluar rumah. Apa pula risikonya? Diragut, diculik, dirompak, sesat, dilanggar kenderaan, terjatuh dalam parit, terperangkap dalam kesesakan, dan lain-lain. Ya, kita tahu itu. Namun, kita masih juga keluar rumah. Mengapa?

Jawapannya mudah. Kita berkehendak melakukannya, kerana apabila kita melakukannya, kita mendapat kepuasan dan kebahagiaan. Nikmat makan, nikmat tidur, nikmat keluar rumah dan berjalan-jalan. Alangkah bahagianya!

Kenapa Tidak Kita Menghadapi Risiko Bisnes?

Jadi, sekiranya kita sanggup menghadapi risiko yang dahsyat jika kita makan, tidur, dan keluar rumah setiap hari – mengapa tidak kita mencabar diri sendiri bagi menghadapi risiko-risiko bisnes?

Tidak mungkin Nabi Muhammad berbisnes, jika ia bukan sesuatu yang baik dan boleh diteladani oleh kita umatnya. Tidak mungkin beliau berkata bahawa 90% punca rezeki datangnya daripada perniagaan, sekiranya ia memudaratkan kita umatnya.

Tepuk dada, tanyalah iman. Baca dengan mata hati. Baca dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Salam kebahagiaan sampai sorga. Jumpa lagi!

*Kredit gambar yang di ambil dari Flickr (l@mie)


Tags: , , , ,

Komen (49)

  1. sy suke mencabar diri dan mngambil risiko..xkire apa keputusannya sy terima,,klu baek rsultnya alhamdulilah..kalu buruk mgkin sy rase sdkit frust tp sy try bgkit kmbali…stelah beberapa kali jatuh dgn kptusan yg dibuat, alhamdulilah sy gembira apa yg sy bjaya skrg πŸ™‚

    anyway tips nie mmg berguna..sntiasalah mncabar diri dan mngambil risiko:)

    1. Terima kasih. Apa pun yang kita lakukan, yang penting bukanlah keputusan yang diperolehi. Sebaliknya, yang lebih penting bagi diperhatikan adalah prosesnya. Saya yakin, itu yang menyebabkan anda berasa puas dan gembira dengan apa yang anda perolehi hari ini. Kerana proses yang dilalui πŸ˜‰

  2. untuk jadi usahawan memang kita tak perlu takut berdepan dengan risiko kerana dengan risiko-risiko yang dihadapi akan dapat memberi pengajaran dan mematangkan kita dalam meneruskan perjuangan business kita….NO RISK NO FUN…

      1. Setuju dengan Adly. Walaupun risiko bisnes adalah nikmat, PENTING bagi kita mempersiapkan diri sebaiknya sebelum mengambil keputusan berhenti kerja bagi berbisnes. Pesan guru saya, berhenti apabila sudah yakin dengan ilmu bisnes yang ada, dan bukannya kerana sudah tidak tahan kerja dengan majikan. Semoga berjaya!

  3. Azhar Ibrahim
    January 12, 2011

    Ya itulah perjalanan seorang pahlawan yang bergelar USAHAWAN yang hanya ada 2 jawapan berjaya atau kecundang dalam perjalanan yang penuh dengan onak dan duri tapi cuba kita palingkan sedikit pandangan kita kearah pendatang asing yang begiti berjaya berniaga di Negara kita ini sedangkan perjalanan mereka ke sini pun hampir hilang nyawa seperti pendatang Indonesia,Myamar/Bangladersh dll. Banyak sektor kini dikuasi oleh mereka yang saya rasa kita pun tidak mampu menanding mereka bagaimana perjalanan yang mereka lalui adakah sehebat kita atau lebih hebat dari kita ….fikirkan sendiri dan cari jawapan

    1. Tuan, kita boleh menandingi mereka kerana kita ada kelebihan iaitu ini tanah tempat tumpah darah kita. Pertanyaannya hanyalah ‘mahu atau tidak mahu’ sahaja πŸ™‚

  4. Satu perkongsian yang menarik ~ Bisnes & Nikmat Risiko ~ Saya suka topik ini… πŸ™‚

    Saya juga minat dalam bisnes & saya pernah beberapa kali mengalami kegagalan, namun ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus menapak dalam dunia perniagaan. Saya masih ingat lagi kata-kata seorang jutawanproperty kepada saya sewaktu saya aktif berforum sekitar tahun 2008 yang lalu. Katanya, β€œMulakan dengan angan-angan, tukarkan kepada impian & laksanakan supaya menjadi kenyataan”. Itulah yang cuba saya lakukan, tapi sayangnya langkah saya kecundang…..

    Walaupun saya pernah merasa kecewa dengan apa yang terjadi. Tapi mujurlah rasa kecewa itu hanya singgah seketika sahaja. Tanpa mengenal erti putus asa, saya mula mencari peluang baru untuk saya terus mengorak langkah dalam dunia perniagaan. Dan akhirnya Allah SWT telah membuka pintu hati saya untuk menjalankan bisnes baru yang sangat2 berpotensi buat diri saya, sebagai seorang usahawan internet baru.

    Bagi saya, kalau kita mahukan kejayaan, kita mestilah mempunyai sebuah impian kerana impian tersebutlah yang bakal menjadi pembakar semangat & dorongan kepada kita dalam melaksanakan tindakan tanpa kenal erti putus asa.

    Semoga perjalanan kita sebagai seorang usahawan diberkati Ilahi. Amin.

  5. shazwan samiran
    January 13, 2011

    terima kasih saudara.. doakan kita semua semoga berjaya dalam bidang bisnes ini.. insyaallah

  6. Terima kasih kepada penulis artikel ni. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah. Saya telah mengalaminya beberapa kali namun masih tidak berputus asa. Ditipu partner, ditertawakan dan disindir rakan2, disabotaj oleh pekerja sendiri dan yang paling menyedihkan diketepikan oleh keluarga sendiri.

    Tapi hari ini saya masih berdiri dengan azam untuk terus berniaga. Pada saya setiap usaha pasti ada hasilnya, tak kiralah sebanyak mana hasil yang diperolehi, walaupun hanya RM1 kita sepatutnya bersyukur kerana itulah hasil usaha kita dalam perniagaan.

    Alhamdulillah saya dipertemukan dengan individu yang selalu memberi semangat untuk saya terus maju…. πŸ™‚

    1. Terbaik cik puan Ramnah. Walau apapun cabaran yang datang, anggaplah ia sebagai proses untuk kita mencapai sesuatu yang lebih baik. Kalau bukan di dunia, di sana adalah pasti. Terima kasih di atas perkongsian! πŸ™‚

  7. Yup saya antara yang terlalu berkira2 dengan risiko. memang tips ni memberikan motivasi. insyallah pada tahun ini mesti merealisasikan perniagaan sampingan secara online. buat masa ni hanya berniaga top up secara kecil-kecilan. perancangan dah ada. modal pun cukup rasanya tinggal nak kena pilih bahan yang sesuai ni

    1. Percaya, apa jua niat yang baik, yang disertakan dengan tindakan yang baik, pasti Allah akan tolong. Risiko boleh jadi sesuatu yang kita tidak suka. Dan Allah pula berkata, boleh jadi kita membenci sesuatu, sedangkan ia baik untuk kita. Boleh jadi kita menyukai sesuatu, sedangkan ia buruk untuk kita. Dia tahu apa yang Dia lakukan. Saya doakan Tuan berjaya. Amin!

  8. Salam;
    Semasa kita keluar rumah, tido, makan, memandu kita hanya fikir untuk menjalankan kewajipan iaitu wajib lakukan, waktu tu tak fikir mati atau risiko. Biznes pun kena cam tu, kita nak menlaksanakan kewajipan untuk masa depan dgn mematuhi sunnah. Maka tak perlulah fikir risiko sangat, buat . . buat dan buat , nescaya berjaya!! kegagalan dan sebagainya adalah ilmu amat berharga untuk kita terus maju , malah sepatutnya semangat kita makin berkobar. Banyak kegagalan berlaku, banyak ilmu diperoleh dan . . kejayaan makin hampiri kita kan ? . . .

  9. Bahasa Inggeris mmg tepat “RISK” sbb dia ambil dari perkataan arab – “RIZK”

    Dalam bahsa arab makna Rizq adalah ‘Gift of god’ (earnings, profit or wealth)

    Risk itu adalah Rezeki..nak tambah reseki kene lah tambah risiko..

    so, sama2 lah tanam semangat berani mengambil risiko πŸ™‚

  10. Terima kasih di atas perkongsian yang diberikan..

    Bisnes sememangnya mempunyai risiko.. Ada untung ada rugi.. Semalam dapat RM500, Hari ni dapat RM100, esok lusa belum tentu dapat apa2..

    Tiada jaminan.. Tapi kita perlu berfikiran positif.. Rezeki Allah yang beri dan kita perlu berusaha untuk medapatkan rezeki tersebut..

    Jadi sebagai permulaan eloklah buat bisnes kecil-kecilan dan dalam masa yang sama teruskan dengan pekerjaan hakiki..

    Bila bisnes dah kencang, masyuk pun dah banyak.. sampai tak ada masa untuk pergi bekerja.. Time tu mungkin dah boleh berhenti kerja.. dan teruskan dengan bisnes.. ;)..

    Salam kejayaan untuk saudari penulis dan semua usahawan..

    P/s: Rasulullah S.A.W sebagai idola yang harus dicontohi kerana tidak pernah takut menghadapai risiko dalam semua perkara..

  11. Salam sejahtera.

    Alhamdulillah, sedikit sebanyak artikel ini memberikan sumber motivasi kepada diri. Saya akan berusaha untuk terus menguatkan ‘keusahawanan’ di dalam diri.

    Terima kasih. πŸ™‚

  12. Memang best perkongsian ni.

    Tak pernah terfikir pulak setiap apa yang kita suka buat sebenarnya di sana ada risiko yang besar. Kita tetap buat sebab kita cuma nampak NIKMAT, bukan RISIKOnya.

    Terima kasih atas perkongsian menarik. Moga Allah merahmati Pn. Azzah sekeluarga, amiin..

    1. Sebagai orang berpengalaman makan gaji dan berbisnes, saya bersetuju dengan kata-kata Tuan ini. Mudah-mudahan rakan kita yang masih makan gaji, semakin kuat pergantungan mereka kepada Allah. InsyaAllah, amin! πŸ™‚

  13. Setiap perjalanan kehidupan seharian hakikatnya mempunyai risikonya yang tersendiri sama ada kecil atau besar, contohnya seperti dinukilkan di atas makan & tidur pun ada risikonya yang jarang orang memikirkannya…

    Thanks Puan Azzah!

  14. satu perkongsian yg tepat & menarik…sy tlh menetapkan matlamat utk menjadi usahawan sejak 25thn yg lepas..tlh ikuti kursus keusahawanan, tlh jlnkan perniagan tapi setakat ini terlalu banyak dugaan & halangan..yg membuatkan diri ini semakin kuat semangat utk mereliasasikan impian bagi mengubah kehidupan keluarga..moga coretan2 yg ditulis didlm ruangan ini dpt memberi semangat & dorongan…t/k

  15. risiko dan bisnes umpama melodi dan lagu tidak dapat dipisahkan..sekiranya bisnes itu dirancang dengan baik insyallah risiko yang bakan dihadapi kecil..sama seperti lagu sekiranya melodi di compose dengan baik maka lagu itu kuranglah sumbangnya..teruskan berkongsi info bermanfaat=)

  16. SETUJU SGT..TAPI SEBELUM BUKAK BISNES, JGN LA TERUJA SGT..KENA AMIK KIRA SEMUA ASPEK TERLEBIH DAHULU..KAJI SELIDIK, BUAT KAJIAN, ANALISIS BISNES YG NAK DICEBURI..KENALI PROSPEK, SASARAN, DN SBGNYA..SEMUA INI PENTING SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN..KENA ADA PERANCANGAN YG BETUL..RISIKO SGT TINGGI, JADI KENA PIKIR BAGAIMANA PERSEDIAAN KITA NK HADAPI RISIKO MENDATANG..AMBIL KIRA SEMUA FAKTOR INI..XLUPA JUGAK TTG MARKETING..BISNES TANPA MARKETING IBARAT “POKOK TANPA TANAH”..MCM MANA POKOK NK MEMBESAR KALAU TANAH XDE??MCM MANA POKOK NAK KUAT KALU TANAH X SUPPORT?? SAMALAH DGN BISNES, KALAU XDE MARKETING MMG SUSAH..DALAM 3 TAHUN, JIKA PEMASARAN XBAGUS BOLEH TUTUP KEDAI, GULUNG TIKAR..PRODUK KITA MKN SENDIRI JER..HEHE..SO KENA BELAJAR PASAL MARKETING..IA PELABURAN BERBALOI UNTUK SETIAP PERNIAGAAN..JUST SHARING..IM REALLY CARING.. =)

  17. sy baru nk mula jd usahawan…..byk lg nk cr ilmu…skrg ni gh berlawan ng pikiran positif n negetif….huhuhu…bila bc ruangan ini semagat jadi kuat tuk berniaga.

  18. Salam Kak/ Abg , boleh x saya dapat kan numb kak azah dan tuan puan sekalian. Mana tau boleh share kt adik muiz yg selalu rasa takut akan risiko. TQ moga Allah memberkati anda semua.. ni email saya muizmms@gmail kepada yang sudi untuk memberikan numb boleh pm saya disitu. Terima Kasih πŸ™‚

Leave a Reply to Mansor Batal (Cancel)