Buat Duit Pandai, Urus Duit Bagaimana?

June 17, 2014 — Penulis:

Kategori: Pengurusan Kewangan

Idea untuk menulis artikel ini diperolehi ketika saya ke Kota Bharu atas urusan perniagaan. Walaupun sebelum ini sudah banyak kali isu ini bermain difikiran saya, namun belum cukup membuak-buak sehinggalah saya ke Kota Bharu. Sebenarnya hampir 60% usahawan Melayu kita menghadapi masalah ini.

 

Ramai yang tahu untuk berniaga dan menjana duit. Tidak kira dari perniagaan konvensional mahupun perniagaan internet. Ramai juga di antara kita mengadakan seminar teknik menjana duit dan seminar keusahawanan untuk mempertingkatkan skil dalam perniagaan.

Kerajaan juga telah banyak membantu rakyat untuk menjana pendapatan yang lebih dengan mengurangkan beberapa skop cukai bagi memastikan Malaysia mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti.

Kesedaran yang Masih Di Tahap Kritikal

Pun begitu, kesedaran optimum masih belum terpancar dari aspek pengurusan kewangan dan syarikat. Lihat saja diluar sana, ramai yang sudah mampu memiliki rumah banglo dan kereta mewah serta menjalani hidup yang serba mewah. Hakikat sebenarnya hanya mereka sahaja yang tahu.

buat-duit-pandai-urus-duit

Bagi yang tahu menguruskan kewangan dan syarikat mereka saya ucapkan tahniah. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak tahu menguruskan kewangan peribadi dan syarikat mereka sendiri? Tidak dinafikan mereka cukup arif dalam mencipta duit. Tetapi duit yang diperolehi tidak kekal lama. Sekejap sahaja sudah habis.

Mungkin mereka tidak menyedari hakikat ini sehinggalah mereka memerlukan pinjaman dari pihak bank untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada. Antara isu-isu yang saya sering dengar dari mereka yang pakar dalam mencipta duit ini :

  • Gagal untuk mendapat pinjaman bank kerana akuan syarikat tidak teratur.
  • Gagal untuk menyimpan tunai yang mencukupi kerana outflow yang melebihi daripada inflow.
  • Ekuiti syarikat tidak meningkat walaupun syarikat mereka sudah ditubuhkan sekian lama.
  • Syarikat masih ditakuk lama walaupun sudah melebihi 20 tahun beroperasi
  • Gagal untuk menyimpan aset tetap kerana beranggapan itu tidak penting.

dan sebagainya.

Bagi individu yang makan gaji juga turut mengalami nasib yang sama. Mereka seolah-olah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat aset tetap dan menyimpan tunai yang sepatutnya. Mereka gagal bukan kerana menerima pendapatan yang sedikit, tetapi sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan pendapatan mereka.

Inilah Masalah Terbesar Orang Melayu!

Keegoan mengatasi tuntutan menuntut ilmu. Inilah masalah terbesar yang dihadapi oleh golongan besar orang melayu. Maaf jika saya katakan, Dasar Ekonomi Baru tidak mencapai matlamat yang optimum adalah disebabkan sikap orang Melayu itu sendiri. Inilah nasib Melayu di bumi sendiri.

dr-mahathir

Orang Melayu harus sedar, merekalah tuan di bumi merdeka ini, tetapi disebabkan keselesaan dan berada di zon selesa sekian lama menjadikan mereka alpa & hanyut dengan tuntutan arus perdana. Apabila harga minyak dan barangan runcit dinaikkan, mulalah segelintir golongan ini membuat onar menyalahkan kerajaan. Walhal, ini semua adalah hasil dari kelemahan mereka sendiri.

Jika mereka berusaha keras dan pandai menguruskan kewangan, Insya Allah mereka tidak akan merasai terjejas kesan kenaikan harga petrol dan beberapa barangan runcit.

Untuk Menjadi Juara Lebih Senang Dari Mempertahankan Kejuaraan

Sedarlah Kesilapan Kita yang Lalu

Sedarlah wahai bangsa ku, kita pernah maju malah termaju di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi kenapa kita tumbang? Cubalah kaji semula sejarah bangsa kita yang pernah menjadi idola suatu ketika dulu. Perbetulkan landasan kita dan matlamat kita. Janganlah kita beranggapan pandai buat duit bererti kita sudah berjaya.

Hakikatnya, bagaimana untuk menguruskan pendapatan dan kekayaan kita supaya ianya menjadi satu legasi untuk dinikmati oleh seluruh keturunan kita khususnya dan bangsa Melayu umumnya.

*Kredit gambar yang diambil dari Flickr (wazari) , (netfalls)


Tags: , , ,

Komen (9)

  1. Terima kasih DSR di atas artikel yang bakal menyedarkan ramai pihak termasuk diri saya sendiri. 😀 Artikel yang perlu dibaca oleh semua pihak sama ada orang bisnes ataupun orang yang makan gaji untuk kebaikkan kita bersama.

  2. Terima kasih dan tahniah DSR kerana berjaya merungkai masalah sebenar kebanyakkan usahawan melayu. Tidak terlepas juga saya yang suatu ketika dahulu. Apa pun itik berenang tenang di atas tetapi kaki di bawah tiada siapa yang tahu…

  3. Salam sejahtera.
    Sememangnya benar. Antara cuba mendapatkan pinjaman bank dan penyata kewangan untuk dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Hasil setiap tahun ‘hujung’ Jun@last minute, dua penyata yang kadang-kadang cukup berbeza diberi oleh ‘usahawan berjaya’ Melayu. Bila menghantar ke LHDN, dinyatakan untungnya sedikit@rugi, tetapi bila cuba meminjam dinyatakan ‘keuntungan’, contra.
    Terima kasih dengan artikel yang perlu dan selalu dingatkan untuk semua.

  4. insyaallah.
    sama2 kita belajar dan belajar untuk menguruskan akaun perniagaan.
    nasihat untuk diri saya sendiri dan sahabat2 yg menbaca artikel ini
    memang orang kita rajin berniaga tapi pengurusan kewangan buat tak kisah
    insyaallah saya akan berjumpa dgn tuan untuk nasihat kewangan perniagaan

  5. Pengurusan keuangan memang sangat penting, mesti dimulai dari awal agar kedepannya kita akan semakin mudah mengelola dan mengurusnya.

  6. satu lagi isu x pasti nak start bisnes mana satu dan kurang istiqamah. Ada juga yg berani terjah je..apa2 pun kita berdoa2 lah supaya jadi money magnet yg power.

Pendapat anda?