Cara Menjadi Full Time Blogger Bermula Tahun 2012

December 28, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

“Sarah, bakal suami engkau bekerja sebagai apa?” tanya ayah Sarah kerana kebingungan. Jarang sekali ayahnya lihat Amir, bakal menantunya keluar rumah untuk bekerja.

cara menjadi blogger sepenuh masa

“Oh, Amir sebenarnya seorang blogger. Dia menjana pendapatan sepenuh masa menerusi blog.” jawab Sarah.

“Blog… Blogger??? Biar betul. Tidak mungkin blog dia mampu memperoleh sejumlah pendapatan yang lumayan untuk menjaga keluarga anak ayah?” ayah Sarah semakin khuatir kerana dia jarang dengar seorang blogger boleh menjana pendapatan yang lumayan.

“Itu ayah tidak perlu risau. Amir sendiri sudah tunjukkan bukti pendapatan hasil daripada blog-blognya. Saya yakin kerjayanya halal dan dia akan pikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik selepas kami berkahwin nanti.” jawab Sarah dengan senyuman.

Impian Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Blog

Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan sekalian,

Pernahkah kita terfikir blog mampu memberikan sejumlah pendapatan yang lumayan sehingga 4 dan 6 angka setiap bulan? Sebelum ini, blog cuma dianggap sebagai diari peribadi, yang hanya digunakan untuk meluahkan emosi dalam hati setiap hari.

Pengasas Oh Media - Temuramah Bersama Khai Oh Media

Tetapi berbeza hari ini. Pandangan kita terhadap dunia blog semakin meluas. Ia seperti tidak mempunyai sempadan dari segi potensinya. Sebuah blog kini mampu untuk menaikkan sesiapa dan juga sebaliknya.

Malah, temubual kami bersama dua blogger tempatan di Malaysia (Justkhai dan Amanz) telah membuka mata kami. Blog kini sudah boleh  menjadi media baru dan lebih menarik ia juga boleh dianggap sebagai…

Mesin wang yang lumayan.

Bagaimana Menjadi Full Time Blogger?

 

bagaimana untuk menjadi full time blogger

Apabila kita mendengar perkongsian daripada Justkhai dan Amanz dalam temubual eksklusif, kita akan mengetahui perjalanan mereka mempunyai cabaran yang tersendiri. Sebagai seorang blogger, kita tidak akan lari daripada beberapa masalah seperti:

  • Kekeringan idea untuk menulis artikel baru.
  • Menerima kritikan pedas daripada pembaca dan blogger lain.
  • Hosting blog bermasalah (diceroboh dan sebagainya).
  • Tidak ada syarikat pengiklanan yang berminat untuk beriklan di blog.
  • Tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan lumayan.

Namun begitu, menjadi seorang full time blogger tidak mustahil jika kena caranya. Berikut adalah cara-cara yang terbukti berkesan, dan digunakan oleh tim Majalah Niaga sendiri untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa.

Strategi ini tidak akan berubah dan lapuk dek zaman. Kita tidak perlu percaya pada strategi ini. Sebaliknya terus cuba buat dan lihat sendiri hasilnya.

Sistem NPM Menjadi Full Time Blogger

NPM merupakan akronim untuk:

  • Niche.
  • Penulisan dan pelawat.
  • Monetization.

#1 – (N) Niche

Niche bermaksud siapa golongan pembaca kita. Blogger yang gagal menjana pendapatan dari blog mereka adalah blogger yang tidak mengenali siapa pembaca mereka.

Akibatnya, blogger itu tidak tahu apakah jenis produk yang boleh dijual kepada mereka. Situasi ini menyebabkan blogger itu memperoleh jumlah pendapatan setiap bulan yang sedikit. Atau boleh dikatakan tiada langsung.

ketahui niche - siapa pembaca anda

Justeru itu, lakukan senarai pendek bagi mengenal pasti siapa pembaca blog kita. Sebagai contoh, para pembaca Majalah Niaga terdiri daripada:

  • Pembaca yang ingin menjadi seorang usahawan.
  • Pembaca yang ingin mengetahui cara untuk melakukan pemasaran.
  • Pembaca yang berminat untuk buat duit dengan blog.
  • Pembaca yang dapatkan tip pengurusan kewangan.

Apabila kita melakukan senarai pendek, kita akan mula mengetahui apakah produk yang sesuai untuk dijual kepada para pembaca.

#2 – (P) Penulisan dan Pelawat

Pat Flynn (Pemilik blog Smart Passive Income) berkongsi dalam blognya, faktor yang mendorong seseorang itu menjadi full time blogger adalah kemampuan mereka untuk menghasilkan penulisan dan pelawat yang berkualiti.

Dari segi penulisan, orang ramai cenderung menyatakan artikel blog yang terbaik adalah artikel yang mempunyai beribu-ribu jumlah patah kata. Jawapan ini tidak tepat.

pat flynn - pemilik blog smart passive income

Ia bergantung pada jenama dan personaliti blog kita. Pertama-tama, faham kembali siapa pembaca kita dan berikan apa yang mereka mahukan.

Jumlah patah kata yang banyak dalam artikel adalah satu bonus bagi yang berkemampuan. Namun hakikatnya adalah kemampuan artikel yang kita hasilkan.

Adakah ia dapat memenuhi keperluan dan memuaskan hati pembaca?

Ini lebih penting.

Manakala jumlah pelawat yang banyak juga tidak dapat menjamin seorang itu dapat menjadi full time blogger. Mengejar jumlah semata-mata akan menyebabkan kita penat kerana tidak memperoleh sebarang ganjaran dari sudut kewangan.

Blog Majalah Niaga sendiri hanya mempunyai 15,000+ pelawat setiap bulan. Jumlah ini sangat kecil apabila dibandingkan dengan blog-blog lain. Namun begitu, jumlah ini sudah mampu menghasilkan pendapatan sebanyak 4 angka setiap bulan untuk blog ini.

#3 – (M) Monetization

Monetization adalah strategi buat duit menerusi blog. Tanpa strategi, mustahil untuk kita menjana pendapatan menerusi blog. Setiap blog juga mempunyai strategi yang berbeza.

Ada blog yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan iklan. Ada blog yang menjana pendapatan lumayan dengan menjual produk fizikal. Ada juga blog yang menjana pendapatan lumayan dengan produk digital.

shoe money-blogger menjana pendapatan dengan program pengiklanan

Untuk mengenal pasti strategi yang sesuai, kenal pembaca blog kita. Dari situ, kita dapat tahu strategi yang sesuai untuk buat duit dengan blog.

Berikut adalah beberapa idea yang boleh digunakan untuk tuan dan cikpuan menjana pendapatan dari blog:

  • Pengiklanan.
  • E-book.
  • Buku.
  • Pakaian.
  • Multi-level marketing.
  • Cenderahati.
  • Seminar.
  • Personal coaching.
  • Konsultansi.

Gunakan salah satu daripada strategi di atas dan berikan masa sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum bertukar kepada strategi yang lain.

Ingin Kami Menjadi Mentor Full Time Blogger?

Seminar Blogging adalah alternatif yang kami wujudkan bagi membantu para peserta untuk menjana pendapatan lumayan dengan blog. Dengan strategi yang kami tunjukkan, para peserta mempunyai potensi untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM200+ setiap bulan.

seminar blogging majalah niaga

Setakat ini, kami sudah menjalankan Seminar Blogging sebanyak dua kali. Responnya begitu memberangsangkan.

Jika tuan dan cikpuan berminat untuk mengetahui bagaimana kami boleh menjadi mentor blogging, sila layari laman web di bawah:

>> Daftar Seminar Blogging (Terhad 10 Peserta Sahaja Lagi) <<

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (gsimon818hankbuffalok_iz)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (9)

  1. Perkongsian yang menarik. Ramai juga orang di kampung yang bila diberitahu kerja yang berkaitan dengan internet, semua kata tak boleh cari makan. Ramai yang kata tak ada masa depan dan sebagainya. Nak pinang anak orang pun susah kalau macam nih..hehe3.

  2. Terima kasih atas panduan yang diberikan.Ayat pembukaan itu menarik dimana kalau sapa-sapa nak kahwin dan bila bapa tanya kerja sebagai blogger conform tak kahwinlah.Bukan sebab apa bagi saya ini adalah perkara baru kepada yang tak tahu.Akan keluarlah pelbagai soalan ‘bonus’ yang akan ditanya oleh bakal bapa mertua 2.Semua ilmu kena belajar daripada pakar sebagaimana kita belajar di universiti.Ambil masa 3 tahun belajar.Tapi di internet kalau kita consistent dan tak putus ada saya rasa kurang daripada itu.Yang lain2 pun saya rasa kurang tapi lebihnya pendapatanlah.Harap jangan lemah semangat dan putus asa.Terima kasih sekali lagi.

  3. Saya merasa tergerak untuk komen. Thanks Sdra. Hasbul Aqill kerana perkongsian yang menarik. Blogger kini boleh hidup senang. Istiqamah membuat sesuatu yang baik. Minat dengan apa yang kita tulis. Ikhlas dalam apa yang hendak kita sampaikan. Berkawan dengan pembaca dengan menyelesaikan rintihan mereka, menyelesaikan masalah mereka. Membantu mereka ke arah yang menjana pendapatan yang selesa. Wang akan datang dengan sendiri. Majalah niaga tempat berguru yang terbaik dalam IM Malaysia. Keep the Good job bro.

  4. selepas saya berhenti kerja saya hanya menumpukan kpd perniagaan nasi lemak. kedua-dua mertua saya macam terpaksa merestui tindakan bodoh saya. isteri saya macam konfiden yg tindakan saya betul. keempat-empat anak saya masih kecil. yang sulung ditingkatan 1, yang bungsu di darjah 2. kehidupan pada masa tu memang tengah perlukan duit yg banyak.

    walaupun pada peringkat awal agak merisaukan, perniagaan turun naik macam pasaran saham. amat merunsingkan hingga terpaksa pinjam duit sana-sini, tapi alhamdulillah akhirnya stabil dan memang saya sendiri tidak menjangka kejayaan ini.

    yang penting komitmen 24 jam sehari, fokus, istiqomah, kenali produk anda, jadikan semua orang kawan, libatkan sama ahli keluarga, sayangi pembantu, berkata benar.

    banyakkan doa…doa…doa. adakah perniagaan internet juga perlukan ini semua? hampir semuanya perlu. asalkan namanya usahaniaga, semuanya sama.

  5. wah, agak terkejut membaca post ini. Berkahwin dan hanya menjadi blogger sepenuh masa dan mampu menjaga family? memang luar biasa. mesti banyak cabaran yang perlu dilalui. saya seorang blogger yang baru masuk dunia blogging ni. kalau saya mampu dapat rm50 setiap bulan pun dah puas hati rasanya.

Leave a Reply to amirnawawi Batal (Cancel)