Chong Wei, Azizulhasni & Kita: Beza Pemain & Penonton

August 28, 2012 — Penulis:

Kategori: Pembangunan Diri

Kekalahan Datuk Lee Chong Wei di tangan Jogaan China Lin Dan untuk merangkul pingat emas Olimpik 2012, masih basah dalam ingatan rakyat Malaysia. Kekecewaan tersebut “nyaris-nyaris” terubat dengan kejayaan Azizulhasni Awang ‘The Pocket Rocket-Man” ke peringkat akhir acara keirin, namun hampa.

CW-AZH-Beza-pemain-2

Ia sudah berlalu, dan tetap menjadi sejarah pahit. Kata orang, yang pahit itulah menjadi ubat. Kemarau emas Olimpik 52 tahun berterusan untuk 4 tahun lagi sekurang-kurangnya.

Oh ya, ketika artikel ini masih ada lagi secebis harapan untuk Malaysia mendapat emas Olimpik 2012.

Rakyat Malaysia masih menyimpan harapan tinggi kepada Datuk Lee Chong Wei untuk merebutnya pada Olimpik 2016  nanti yang diakui oleh beliau sebagai penampilan beliau terakhir sebelum bersara dari sukan badminton.

Manakala besar juga harapan untuk Azizulhasni untuk 4 tahun lagi sebagai pemain senior di Olimpik 2016 memandangkan beliau merupakan peserta termuda dalam acara berkenaan untuk Olimpik 2012.

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik dan menaruh harapan tinggi untuk menang, tidak dinafikan kekalahan tersebut sukar untuk diterima. Rentetan itu keluarlah pelbagai cadangan dan kritikan dari penonton tadi untuk melihat prestasi yang lebih baik lagi.

Tingkah Laku Negatif Penyokong

Tidak kurang juga yang mengutuk, mengejek dan mengejek.

Kalau diteliti, ia seolah-olah skrip yang sama setiap kali kita kalah dalam mana-mana perlawanan sukan. Lihat sahaja pasukan bola sepak negara, ketika menang disanjung ketika kalah dikeji.

Kecewa itu fitrah. Jika kita sebagai penonton, berasa kecewa lantaran kekalahan Malaysia, sudah pasti para pemain yang mewakili Malaysia sepuluh kali ganda kekecewaan mereka. Jika kita rasa sepuluh kali kecewa, tentu mereka merasa 100 kali kekecewaan.

Malah, jika kita merasa sejuta kekecewaan, sudah tentu mereka seratus juta kali lebih kecewa.

CW-AZH-Beza-pemain-1

Namun, di sebalik kekalahan dan kekecewaan itu, selaku pemain, Datuk Lee Chong Wei tetap mendapat tempat kedua dan menerima habuan yang bukan sedikit. Pocket Rocket-Man masih tetap menerima gajinya sebagai pelumba profesional negara, sekalipun ‘kalah’ dan mendapat tempat ‘terkahir’.

Tetapi penonton?

Tetapi penonton tidak mendapat apa-apa, kecuali sakit tekak lantaran menjerit memberi sokongan padu. Malah, sekalipun menangnya pasukan atau pemain yang disokong, penonton tidak akan mendapat apa-apa. Kalau dapat pun mungkin cuti umum yang akan diisytihar kerajaan untuk menyambut kemenangan tersebut, tidak lebih dari itu.

Beza Penonton dan Pemain – Rentak Kehidupan

Yang pastinya, dalam mana-mana perlawanan, penonton akan lebih banyak daripada pemain. Apabila kalah, maka para penonton akan mula memberi komen, kritikan serta memberi cadangan apa yang dan apa yang tidak patut. Walhal, jika penonton itu pandai sudah tentu dia tidak berada di kerusi penonton.

Menjadi penonton tidaklah sesukar mana, kemahiran yang perlu hanyalah kemahiran menonton, mengkritik dan mengkomen. Tidak kurang juga yang mempunyai kemahiran memaki hamun dan mencarut sebagai kemahiran tambahan.

Tidak susah bukan?

Namun yang sukar adalah untuk menjadi pemain. Ia memerlukan latihan berterusan dan konsisten. Dalam masa sama perlu bersedia untuk menerima kritikan dan komen daripada para penonton. Silap-silap haribulan, bakal menerima maki hamun jika kalah perlawanan.

Ternyata, selain fizikal para pemain perlu membuat persediaan mental dan emosi untuk kekal lama dalam industri.

Analogi yang sama juga untuk apa jua bidang yang kita sertai, tidak kira dalam kerjaya, bisnes atau pelajaran.

Jika dalam bidang bisnes, pasti pemain-pemain yang mengaut untung berbanding para penonton yang sekadar menonton dan mengkritik.

Justeru, cukupkah kita sebagai penonton sahaja? Ayuh jadi pemain.

Apapun, tahniah buat Dato’ Lee Chong Wei dan Mr Pocket Rocket-Man. Kalian adalah wira negara.

Sumber Gambar : ( google,ianpatterson99, Azizulhasni )


Tags: , , , , , ,

Komen (2)

  1. Salimah binti Hamid
    September 2, 2012

    Dalam biz kita sebagai pemain,manakala keluarga,sahabat2,rakan2 adalah penonton.So sy emang x serik jadi pemain.Biarlah penonton memaki hamun,mengeji kenapa tak kaya-kaya aku tengok.Jap buat biz ni,jap buat biz tu sering aje tukar kulit.Penonton memang nak tengok sy berjaya apa tah lg saya sebagai pemain lg lah harapan besar menggunung nak tengok usaha diri sendiri mencapai matlamatnya.

Pendapat anda?