Facebook Ads – Strategi Pikat Pelanggan Cara Mindvalley

June 22, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Mindvalley adalah sebuah syarikat penerbitan produk digital bertaraf antarabangsa yang bertapak di Malaysia.

Mindvalley Logo

Baru-baru ini, tim Majalah Niaga berkesempatan untuk bertemu dan menemubual salah seorang daripada pakar pemasaran Facebook, yang bekerja di syarikat Mindvalley iaitu Ng Khai Yong.

Pengalaman dan maklumat yang kami peroleh daripada beliau mengenai strategi pemasaran Facebook Ads begitu bermanfaat. Beliau kini bertanggungjawab untuk meneroka bidang pengiklanan yang tidak berasaskan “Search” seperti Google.

Bagi yang sudah menggunakan Facebook Ads sebagai senjata pemasaran untuk meningkatkan jualan produk, tip-tip daripada Ng Khai Yong ini dapat digunakan sebagai ilmu tambahan.

Siapa Khai Yong – Pakar Facebook Ads Mindvalley

Ng Khai Yong yang dahulunya bekerja dalam bidang farmasi ini  tidak pernah menyangka beliau kini menjadi salah seorang daripada individu, yang memikul tanggungjawab untuk membantu syarikat Mindvalley dalam Facebook Ads.

Ng Khai Yong - Mindvalley Facebook Ads Specialist

Semua ini didorong oleh minat Ng Khai Yong terhadap dunia pemasaran Internet yang tiada sempadan.

Syarikat Mindvalley menjadi tempat pilihan untuk beliau bekerja, kerana Ng Khai Yong mendapati syarikat yang diasaskan oleh Vishen Lakhiani ini mempunyai perjuangan dan visi yang menarik.

3 Rahsia Facebook Ads – Strategi Ng Khai Yong

Tip ini diambil daripada temubual eksklusif yang dijalankan oleh tim Majalah Niaga terhadap Ng Khai Yong. Untuk mendapatkan banyak lagi rahsia daripada beliau, sertai Seminar Pemasaran Online pada 23 Jun 2012.

Daftar Seminar Pemasaran Online (Klik Di Sini)

Temubual ini akan diberikan secara percuma kepada para peserta yang sudah mendaftar.

Strategi #1 – Model Bisnes Penentu Kejayaan

“Pemilik restorang yang memiliki Facebook Pages tidak dapat menjual makan mereka dari Facebook. Model bisnes yang berbeza membawa pendekatan pelanggan yang berbeza.” – Ng Khai Yong.

Setiap model bisnes memerlukan strategi yang berbeza untuk mencipta kejayaan dalam Facebook Ads. Menurut Ng Khai Yong, pemilik restoran boleh menggunakan cara-cara berikut untuk memikat lebih ramai pelanggan menerusi pengiklanan di Facebook.

  1. Berikan kupon istimewa untuk pelanggan mereka.
  2. Berikan kod diskaun khas kepada pengguna Facebook.

Strategi #2 – Kurang Kos Iklan Dengan…

Kos iklan adalah satu daripada faktor yang menakutkan ramai usahawan, yang cuba untuk mengiklankan produk mereka di Facebook. Dalam Facebook Ads, terdapat dua cara untuk beriklan.

Yang pertama adalah CPC (Cost Per Click). Kedua pula CPM (Cost Per Impression).

Untuk mengurangkan kos iklan CPC, cara Ng Khai Yong adalah menghasilkan iklan yang menarik. Ini supaya nilai CTR (Click Through Rate) menjadi lebih tinggi. Apabila nilai CTR tinggi, kos iklan akan dapat dikurangkan.

Strategi #3 – Sentiasa Bereksperimen

Wujudkan lebih daripada 1 kempen Facebook Ads untuk mengenal pasti kempen yang memberikan pulangan besar. Kesilapan orang ramai adalah tidak bereksperimen dengan lebih kerap.

Apabila kita tidak bereskperimen, kita tidak tahu kempen pengiklanan mana yang dapat memberikan ROI (return of investment) yang tinggi, untuk setiap kos pengiklanan yang dilaburkan.

Rahsia Facebook Ads – Dapatkan Rahsia Ini Percuma

Temubual yang kami jalankan bersama pakar pemasaran Facebook Ads dari syarikat Mindvalley ini memberikan tim Majalah Niaga pelbagai idea pemasaran baru, untuk digunakan dalam kempen-kempen pengiklanan di masa akan datang.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Bagi tuan puan yang berminat untuk mendapatkan lebih daripada 7 rahsia pengiklanan Facebook Ads, yang dapat mendatang pulangan berganda-ganda untuk bisnes, maka sertai Seminar Pemasaran Online hari ini.

Daftar Seminar Pemasaran Online
(Dapatkan Bonus Temubual PERCUMA)

Bonus temubual eksklusif bersama Ng Khai Yong(Pakar Facebook Ads) ini akan diberikan kepada peserta yang mendaftar Seminar Pemasaran Online sahaja.

Kredit: Tech Cocktail, Mindvalley, Ng Khai Yong.


Tags: , , , , ,

Komen (6)

  1. saya sendiri masih belum mencuba marketing menggunakan facebook ads tapi saya sering kedengaran bahawa facebook ads adalah sesuatu yang amat mudah dan relevan untuk memasarkan produk/servis kita.

    Bolehkah tuan menemubual pula pakar-pakar facebook ads yang lain seperti Ali Hanafiah ataupun mungkin Adly sendiri?

    Kalau boleh dapatkan 2-3 rahsia mereka 🙂

  2. Mindvalley rocks! Tahniah kepada tim Majalah Niaga kerana berjaya menemubual salah seorang expert Mindvalley! InsyaAllah saya akan dapatkan juga rahsia FB Ads ini nanti 🙂

  3. Good sharing from tim Majalah Niaga.. ya memang betulll! setia[ business model adalah berbeza strateginya… kena kreatif dalam mempromosi produk/servis yang di jual….

Leave a Reply to zool Batal (Cancel)