Fakta & Angka Mengenai Pemasaran Telefon Mudah Alih

September 24, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Dunia serba moden dan berteknologi tinggi kini telah mengubah segala-galanya. Termasuk mengubah medium penggunaan internet. Jika dahulu, orang ramai berpusu-pusu membeli komputer riba untuk mengakses internet. Namun pada masa kini mereka mula beralih kepada telefon mudah alih atau lebih tepat, smartphones.

htc antara jenama smart phone terkenal dunia

Pengguna internet pada hari ini semakin mudah untuk mengakses internet, terutama untuk tujuan bersosial melalui laman sosial Facebook dan Twitter, memeriksa cuaca, membeli belah dan banyak lagi.

Maka secara tidak langsung, ย semakin ramai pengguna internet melawati laman blog kita, untuk mendapat berita dan entri terbaru termasuk blog ini, Majalah Niaga. Entri infografik minggu ini, kami kongsikan infografik yang telah dihasilkan oleh Microsoft.com iaitu mengenai fakta dan statistik pemasaran telefon mudah alih (mobile marketing).

Melalui infografik ini, anda akan mendapat statistik seperti bilangan pengguna smartphones di seluruh dunia, tempoh jangka masa mereka menggunakan telefon untuk mengakses internet, dan banyak lagi. Kesemuanya diterangkan sepenuhnya pada infografik di bawah :

mobile marketing atau pemasaran telefon mudah alih

Klik disini untuk imej yang lebih jelas : Mobile Marketing

Persoalan Menarik Untuk Dibincangkan

  1. Adakah tuan puan termasuk dalam golongan yang mempunyai smartphones?
  2. Jika ya, apakah aktiviti utama yang dilakukan ketika menggunakan smartphones?
  3. Adakah tuan puan pernah melawati blog ini menggunakan smartphones?

Kami berbesar hati untuk menjemput tuan puan kongsikan jawapan kepada persoalan di atas pada ruangan komen di bawah.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (KnowGadget), Microsoft.com


Tags: , , ,

Komen (6)

  1. Jawapan Menarik Untuk Diberikan:

    1) Adakah tuan puan termasuk dalam golongan yang mempunyai smartphones?

    Ya, saya mempunyai satu telefon pintar berjenama Nokia.

    2) Jika ya, apakah aktiviti utama yang dilakukan ketika menggunakan smartphones?

    Biasanya saya membuka aplikasi rangkaian sosial seperti FB/Twitter/chat/check-in tempat. Selain itu saya menyemak e-mel, baca berita dan bermain permainan.

    3) Adakah tuan puan pernah melawati blog ini menggunakan smartphones?

    Ya, pernah.

Pendapat anda?