#FaktaBisnes – Bas Lama Dijadikan Hotel

March 06, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Fakta Bisnes / Perniagaan

Fakta Bisnes - Bustel

Berbekalkan kreativiti, beberapa buah bas lama yang suatu ketika dahulu digunakan untuk mengangkut penumpang di negeri Melaka telah diubah suai menjadi hotel.

Bustel adalah gabungan dari perkataan bus dan hotel. Idea ini datanganya daripada bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (kini Tan Sri).

Fakta Bisnes - bustel

Sebuah bas boleh memuatkan 2 buah bilik dan bagi hanya 2 orang dewasa beserta 2 orang kanak-kanak dibenarkan menginap untuk sebuah bilik.

Selain tempat penginapan, terdapat juga bas yang diubahsuai menjadi restoran. Restoran bas mempuyai 6 set meja makan dan dilengkapi penghawa dingin serta tempat mencuci tangan Bustel mula beroperasi sejak 1 Jun 2014 dan anggaran harga bilik ialah RM 80 – RM 120 semalam.


Tags: , ,

Komen (1)

Pendapat anda?