#FaktaBisnes – Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC

March 13, 2015 — Penulis:

Kategori: Fakta Bisnes / Perniagaan

Faktabisnes - Jack Ma

Pemilik syarikat e-commerce terbesar, Alibaba dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak $20.4 bilion. Tapi tahukah anda sebelum bergelar orang terkaya di China, Jack Ma melalui banyak kegagalan dan penolakan.

Beliau gagal ujian kemasukan ke Universiti sebanyak 3 kali. Setelah tamat pengajian, beliau cuba mendapatkan kerja. Malangnya, 30 buah syarikat langsung tidak menerima beliau termasuklah KFC.

Pada tahun 1998, Jack Ma menubuhkan Alibaba. Syarikat ini tidak mencatatkan sebarang keuntungan pada 3 tahun pertama.

Cabaran utama yang beliau hadapi ialah mengenai transaksi pembayaran. Pada ketika itu tidak ada sebarang bank yang mahu bekerjasama dengan Alibaba.

Oleh sebab itu, Jack Ma bertindak menubuhkan program pembayarannya tersendiri yang dikenali sebagai Alipay. Namun begitu, tidak ramai yang yakin dengan idea Jack Ma. Malah ada para pelabur yang mengatakan idea ini adalah idea yang paling bodoh.

Beliau tidak pernah berputus asa namun kini Alipay mempunyai lebih 800 juta pengguna.


Tags: , ,

Komen (2)

  1. masalah cuma akan buatkan kita jadi lebih kreatif.
    “bank tak nak kerjasama? saya buat sistem bank sendiri”.
    terbaik jack ma 😀

Pendapat anda?