#FaktaBisnes – Top Menjadi Jutawan Dengan Menjual Rumpai Laut

January 07, 2015 — Penulis:

Kategori: Fakta Bisnes

Tao Kae Noi, Top, Seaweed, Thailand,

Kisah Jutawan muda ini tidak semudah yang disangka. Aitthiphat Kulapopngvanich juga dikenali sebagai Top dibuang sekolah kerana beliau merupakan seorang pelajar bermasalah.

Top sangat menggilai permainan online. Beliau mendapat idea untuk memperolehi wang melalui hobinya itu. Beliau menjual senjata permainan onlinenya kepada rakan ‘online gamers’ yang lain bagi mendapatkan wang.

Tidak dinafikan Top dapat wang yang banyak melaluinya. Akan tetapi ia tidak bertahan lama kerana ia merupakan satu kesalah dan akaun permainan Top telah disekat oleh server.

Dengan duit simpanan yang dia ada, Top kemudian beralih kepada penjualan pemain DVD. Malangnya stok DVD yang beliau terima merupakan jenama tiruan. Beliau kehilangan duit simpanan setelah ditipu oleh penjual DVD tersebut.

Top mula mendapat kesedaran dan menyesal kerana mengabaikan pelajarannya ketika disekolah. Pada masa yang sama juga, perniagaan bapa Top menghadapi masalah ketika itu.

Namun begitu, beliau tidak mengaku kalah malah berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memulakan bisnes sendiri.

Keluarganya terpaksa berpindah ke China sementara Top  pula masih lagi di Thailand meneruskan kehidupannya bersama seorang pak cik. Bermula dari situ, Top belajar dari kosong bagaimana untuk berniaga.

Anda boleh ikuti kisah hidup Top dengan menonton filem khas “The Billionaire”  yang diadaptasi cerita sebenar yang berlaku dalam kehidupan Top.

The Billionaire


Tags: , ,

Komen (4)

  1. Ternyata latarbelakang pendidikan bukanlah syarat utama untuk berjaya dalam perniagaan.Yang penting ada kemahuan dan diikuti dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Pendapat anda?