Selepas Facebook membuat keputusan untuk mengambil alih aplikasi Instagram dengan nilai pemilikan sebanyak USD1 bilion, kini Google turut melakukan langkah yang sama.
Dalam satu sumber menyatakan, Google telah selesai melakukan proses pemilikan aplikasi yang diberi nama Snapseed. Nilai pemilikan itu dirahsiakan.
Snapseed adalah aplikasi yang memenangi anugerah “2012 Best Mobile Photo App” daripada Technical Image Press Association. Selain itu, aplikasi ini juga turut dinobatkan sebagai Apple’s iPad App of The Year.
Dengan pemilikan ini, pemilik syarikat asal aplikasi Snapseed menyatakan,
“Ia adalah satu bentuk kerjasama yang hebat untuk membantu lebih ramai orang berkongsi gambar yang menarik menerusi Snapseed.”