Hartamu Hartaku Jua?

February 29, 2012 — Penulis:

Kategori: Pengurusan Kewangan

Hujung bulan akan menjelma.

Perkara biasa bagi orang bujang, wang gaji yang diterima pada hujung bulan akan dihabiskan begitu sahaja.

Lazimnya, hanya apabila berkahwin, barulah mereka serius merancang masa depan bersama pasangan masing-masing.

Mereka akan mula membeli rumah untuk didiami bersama cahaya mata tercinta.

Kereta  lama yang dibeli semasa bujang ditukar dengan kereta baru, yang lebih besar sesuai dengan jumlah ahli keluarga yang makin bertambah.

1 Kes Cerai Setiap 15 Minit

Tetapi baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman oleh  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim iaitu.

kes

Bagi setiap 15 minit satu perceraian akan berlaku di kalangan pasangan yang beragama Islam. Ini adalah berdasarkan rekod JAKIM pada tahun 2009.

Jika semasa sedang sayang, hartamu hartaku jua. Tetapi apabila sudah benci atau sudah tidak tinggal bersama, mulalah semua perkara diungkit.

Mulalah masing-masing membuat tuntutan harta sepencarian di mahkamah untuk menuntut harta yang pernah dibeli bersama.

Sememangnya di dalam undang-undang keluarga Islam, segala harta yang diperoleh atau dibeli semasa di dalam perkahwinan adalah harta sepencarian.

Jangan keliru ya, bukan harta yang dibeli suami sahaja. Malah, termasuklah juga harta yang dibeli oleh si isteri semasa mereka berkahwin.

Makna Harta Sepencarian

Tidak kira beli guna duit gaji isteri atau membuat pinjaman atas nama isteri. Yang penting, harta itu dibeli semasa di dalam perkahwinan dan kedua-dua pihak mempunyai sumbangan terhadap harta tersebut.

Bercakap mengenai sumbangan, bagaimana pula jika isteri merupakan suri rumah sepenuh masa, dan semua harta dibeli oleh suami, menggunakan duit gaji suami dan atas nama suami?

Isteri gigit jari sahajakah?

Jangan bimbang. Undang-undang Keluarga Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan memperuntukkan bahawa bagi kes begini, isteri boleh menuntut.

Ini kerana, dia juga menyumbang kepada pembelian harta tersebut apabila dia menjaga kebajikan keluarga dan anak-anak dengan baik.

Pembahagian Jumlah Tuntutan Harta

Apabila tuntutan dibuat, hakim akan menentukan jumlah yang berjaya dituntut sama ada 1/2, 1/3 atau 1/4 berdasarkan jumlah sumbangan.

Contohnya, jika harta tersebut dibeli melalui perkongsian wang sama rata antara suami dan isteri, kemungkinan besar pembahagiannya akan menjadi ½.

Namun sekiranya si isteri tidak bekerja dan hanya menjaga anak-anak dan rumahtangga sedangkan harta tersebut diperoleh dari wang gaji si suami sepenuhnya, berkemungkinan hakim akan menetapkan pembahagian sebanyak 1/3 kepada si isteri yang menuntut.

Namun begitu, jika pihak isteri atau suami ada membeli harta sama ada sebelum berkahwin atau selepas berkahwin, tetapi pihak pasangan tidak ada langsung sumbangan pada harta tersebut, harta ini adalah harta persendirian.

Maka, ia tidak boleh dituntut sebagai harta sepencarian.

Selamatkan Diri Sebelum Terlewat

Jadi, kepada wanita di luar sana yang masih bujang, apa kata kita mula membeli rumah sebelum berkahwin dan uruskannya sendiri?

Sekurang-kurangnya apabila rumahtangga kita hancur di pertengahan jalan, kita ada harta sendiri yang tak boleh dia tuntut.

Bukan bermaksud untuk menggalakkan tanggapan negatif terhadap pasangan masing-masing, tetapi sekadar langkah berjaga-jaga demi masa depan diri sendiri dan anak-anak yang anda miliki atau bakal miliki nanti.

Kredit: , Grisufighter,stevendepolo,


Tags: , , , , , ,

Komen (7)

  1. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.Saya setuju dengan cadangan perempuan supaya membeli rumah sebelum kahwin kalau ada kemampuan.Kalau tak ada paksa suami belilah sebab kalau ada apa2 atau suami meninggal rumah tersebut tak payah bayar.Free of charge.Saya bukan berdoa supaya semua suami mati cepat tapi ini adalah sedekah kita kepada anak dan isteri supaya ada tempat untuk berteduh kalau kita meninggal.Saya juga seorang suami.Dan jangan lupa juga letak nama isteri dan anak-anak sebagai waris.Hanya memberi pandangan peribadi yang mana saya amalkan.

    1. terima kasih tuan. masya Allah, begitu mulia niat tuan.. tp memang sangat benar apa yg tuan katakan itu. jodoh, ajal, maut kita tak tahu bila2 akan berlaku. Seeloknya kita bersedia bukan sahaja untuk bekalan kita tetapi juga untuk orang tersayang yang ditinggalkan

  2. Yup…setuju dengan Ahmad Tarmizi. Terima kasih di atas peringatan yang dikongsi oleh Team Majalahniaga.

    p/s – sebelum ini saya pernah beritahu tentang pelaburan rumah.(Kita beli rumah, pihak universiti akan sewa semula selama 15 tahun untuk dijadikan asrama student)Kepada sesiapa yang berada di sebelah utara. boleh hubungi saya. Buat aset..hohoho.

Leave a Reply to ahmadyani Batal (Cancel)