Himpunan Artikel Mingguan 13 Ogos 2011

August 12, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Alhamdulillah, pada Isnin lepas kami Tim Majalah Niaga berjaya melancarkan ebook pertama kami yang diberi nama Siri Formula Blogging – Rahsia Traffik.

Setakat ini, kami berjaya memperolehi jualan secara purata 10 jualan setiap hari dan ini merupakan satu permulaan yang bagi untuk kami menghasilkan lebih banyak lagi panduan-panduan kepada para pembaca sekalian.

Himpunan artikel mingguan

Belum terlewat lagi untuk kami sarankan kepada tuan puan yang masih belum lagi mendapatkan panduan ini, bolehlah berbuat demikian.

Tambah-tambah lagi, kami telah mengambil keputusan untuk membuka kuota sebanyak 500 pembeli sahaja sebelum jualan ditutup buat selama-lamanya.

Sekiranya tuan puan serius ingin mempelajari teknik penjanaan trafik sekurang-kurangnya 100 setiap hari, tanpa memerlukan sebarang kos. Maka panduan ini tepat untuk anda. Klik disini untuk dapatkan ebook berharga RM30 ini.

Isnin :

5 Tip Mengemaskan Ruang Kerja Pejabat

Kajian menunjukkan cara mudah untuk menghilangkan stress ketika kerja adalah dengan mengemas, membersihkan ruangan kerja sebelum memulakan tugas. Artikel perkongsian dari Tuan Hazlam Anuar ini menerangkan lebih lanjut berkenaan 5 kaedah mengemaskan ruang kerja pejabat seterusnya dapat mententeramkan minda ketika bertugas.

Baca entri sepenuhnya.

Selasa :

Jana RM50 Pertama Dengan Blog – Kuasa 1,000 Pelawat

Antara salah satu cara mudah untuk buat duit dengan blog adalah dengan menawarkan slot pengiklanan di blog. Sekurang-kurangnya, dengan bayaran yang diperolehi dari pengiklanan ini dapat menampung kos operasi seperti bayaran domain dan hosting.

Dalam artikel dari Tuan Aqif Azizan ini, kita akan mempelajari 5 langkah permulaan yang berkesan untuk menjana RM50 pertama dengan blog.

Baca entri sepenuhnya.

Rabu :

Pengurusan Wang Untuk Usahawan eBay

Penulis buku Rahsia Raja Lelong keluaran True Wealth Sdn. Bhd, iaitu Tuan Eruwan Gerry kongsikan kaedah-kaedah pengurusan kewangan khusus kepada usahawan-usahawan ebay.

Dalam artikel ini , beliau menerangkan dengan lanjut cara membahagikan wang untuk perniagaan yang wajib kita sediakan dalam perniagaan eBay. Salah satunya, menyediakan wang sebagai modal pusingan.

Baca entri sepenuhnya.

Khamis :

Jana Trafik Melalui 3 Laman Social Bookmark

Dalam masa 30 saat, anda mampu menjana trafik sekurang-kurangnya 100 setiap hari. Artikel kali ini, Tuan Hasbul Aqill membongkarkan 3 laman social bookmark yang digunapakai oleh beliau untuk menjana trafik dengan cepat dan mudah.

Baca entri sepenuhnya.

Jumaat :

Orang Tamak Pasti Kena Tipu

Pakdi, penulis dan juga pengasas kepada forum online BicaraJutawan.com membawakan satu lagi ilmu berkaitan kewangan islam. Kali ini, beliau menerangkan dengan lengkap berkenaan gharar situasi dimana bentuk gharar ini akan sentiasa berubah mengikut tempat dan zaman.

Baca entri sepenuhnya.

Entri Khas Untuk Minggu Ini :

Kisah Jutawan Senyap Dalam Majalah Niaga Edisi #17!

Ingin mengetahui kisah seorang tokoh usahawan yang dikenali sebagai Jutawan Senyap? Muat turun ezine Majalah Niaga Edisi 17 untuk mengetahui kisah pengalaman sebenar seorang tokoh usahawan yang berpengaruh, Dato’ Chef Li.

Temuramah ini telah berlangsung lebih 60 minit dan antara intipati yang disampaikan adalah bagaimana beliau bangkit daripada seorang usahawan yang muflis sehinggalah muncul sebagai seorang jutawan.


Tags: , , , , , ,

Pendapat anda?