Himpunan Artikel Mingguan 4 Jun 2011

June 03, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Alhamdulillah, semenjak tim Majalah Niaga bertukar strategi untuk menerbitkan entri-entri keusahawanan setiap hari, kami menerima banyak respon yang positif. Malah bilangan pembaca juga turut meningkat dari semasa ke semasa.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Perkembangan ini sejajar dengan matlamat kami untuk menjadikan Majalah Niaga, sebagai sebuah blog rujukan mengenai tip-tip keusahawanan.

Sekali lagi, dalam himpunan artikel mingguan kali ini, kami akan menyenaraikan artikel yang diterbitkan dari hari Isnin hingga Jumaat. Mari kita luangkan masa untuk menimba ilmu di hari minggu!

Isnin:

Identiti Trump Tower New York

Artikel yang ditulis khas oleh penulis ‘Trump’ Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu Tuan Nazri Kadir. Dalam artikel ini, beliau akan memperjelaskan lagi bagaimana bangunan Trump Tower membina jenama. Terdapat 3 tip penjenamaan yang boleh kita ambil, dan diaplikasikan dalam bidang bisnes.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Selasa:

10 Senarai Individu Terkaya Dunia Tahun 2011

Adakah Bill Gates dan Warren Buffet terus bersaing dalam takhta bersaing untuk mendapatkan kedudukan nombor 1, dalam carta bilionair terkaya di dunia? Laporan terkini di Forbes mendapati, mereka berdua telah jatuh di kedudukan kedua dan ketiga. Siapa yang mendominasi carta ini? Klik pautan di bawah untuk mengetahuinya.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Rabu:

5 Sebab Facebook Pages Boleh Membantu Bisnes Berkembang

Adakah bisnes kita sudah mempunyai strategi pemasaran menggunakan Facebook? Jika belum, maka baca artikel ini untuk mengetahui 5 sebab Facebook Pages, dapat membantu apa jua bisnes berkembang dalam jangka masa yang singkat.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Khamis:

Buat Duit Dengan Blog – 5 Langkah Asas Permulaan Blog

Entri yang ditulis oleh Aqif Azizan ini adalah kesinambungan daripada artikel buat duit dengan blog. Ia akan merungkaikan 5 langkah asas yang kita perlu tahu, sebelum mula menjana pendapatan dengan blog.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Jumaat:

6 Teknik Soalan Berkuasa (Part 2)

Tuan Hilmi Isa, penulis buku tempatan pernah berkongsi strategi untuk menghasilkan jualan dengan hanya bertanyakan soalan yang berkuasa. Ini merupakan entri kedua beliau selepas entri pertama, yang telah berjaya membantu ramai penjual dan usahawan.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Entri Khas Untuk Bacaan Kalian:

Tip Jimat Wang Kaedah Sampul Surat

Pernahkah kita terfikir, mencapai matlamat kebebasan wang bukanlah berasaskan berapa banyak wang yang kita berjaya peroleh? Tetapi dengan berfikir dengan bijak bagaimana untuk menguruskan wang, kita juga mampu mengelakkan diri daripada terjerumus masalah kewangan.

Dalam artikel kewangan ini, tuan dan puan akan ditunjukkan dengan cara tradisional dan efektif untuk merancang kewangan. Klik di sini untuk membacanya.


Tags: , , , , , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?