Hong Kiat (dot) com – 5 Resepi Blogging 5 Angka

June 19, 2012 — Penulis:

Kategori: Online

Bermula pada tahun 2007, dan kini menjana pendapatan lumayan di Internet melalui blognya.

Hongkiat (dot) com

Beliau adalah Hongkiat Lim. Pengasas, penulis dan pemilik blog yang menyampaikan maklumat mengenai reka bentuk grafik, pembangunan web, WordPress, dan pelbagai lagi.

Lebih menarik, pemilik blog ini menetap di Malaysia dan berbangga untuk menceritakan kepada jutaan pengunjung blognya bahawa beliau mencintai negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum ini.

Berhenti bercakap tentang kisah peribadi Hongkiat. Mari kita sama-sama meneroka bagaimana beliau membina empayar blog, yang kini mempunyai lebih 6.5 juta pelawat setiap bulan.

Bukan setakat jumlah pelawat mencecah juta-juta, tetapi jenama blog ini sentiasa disebut-sebut serta diraikan oleh seluruh pencinta grafik dan laman web di seluruh dunia.

Lubuk Duit – Senyum Dengan Pengiklanan

Satu daripada lubuk duit yang memberikan pendapatan lumayan dari blog Hongkiat (dot) com ini adalah pengiklanan. Ia mencecah lebih 5 angka setiap bulan.

Buat Duit Dengan Blog - Hongkiat

Ini adalah satu daripada punca pendapatan yang jelas dipaparkan oleh beliau. Namun begitu, jumlah ini sebenarnya sudah memadai untuk blogger-blogger Malaysia merasai kenikmatan menjadi kaya dengan sebuah blog.

Selain daripada pengiklanan, terdapat banyak lagi sumber pendapatan lumayan yang lain. Antaranya adalah:

  • Produk digital (e-book, video, audio dan sebagainya).
  • Produk fizikal (baju, buku dan sebagainya).
  • Servis (konsultansi, freelance, personal coaching dan sebagainya).
  • Ceramah dan jurulatih bidang.

Membina empayar blog juga bukan satu perkara yang mudah. Tetapi ia tidak mustahil sekiranya kita tahu resepi yang Hongkiat Lim gunakan.

Hongkiat Lim – 5 Rahsia 5 Angka Blogging

Berikut adalah perkongsian beliau mengenai rahsia kejayaan blog yang boleh diambil sebagai satu resepi untuk diduplikasikan dalam blog yang kita miliki:

  1. Jangan risau tentang trafik, tetapi…
  2. Jaga aliran kewangan walaupun…
  3. Bekerjasama dengan mereka yang…
  4. Bahaya bergantung pada satu sumber, jadi…
  5. Sebelum terjun ke dunia blogging, kaji…

#1 – Jangan Risau Tentang Trafik, Tetapi…

“I think driving traffic to a site is not too hard, but keeping them is. So I’ll suggest bloggers to start with writing a good number of quality post (say 30-40) without worrying about traffics.” – Hongkiat Lim.

Fokus pada menghasilkan sumber rujukan yang bagus untuk para pembaca. Menurut Hong Kiat, pelawat boleh dicari. Tetapi cabarannya adalah untuk mengekalkan jumlah pelawat setiap bulan.

Justeru itu, pendekatan yang beliau lakukan adalah memfokuskan pada penghasilan content yang berkualiti dan bernilai tinggi. Kerana dengan itu sahaja ia dapat memikat hati pembaca blog.

Apabila pembaca gembira, mereka bukan sahaja mahu datang lagi. Tetapi mereka turut menghebahkan kewujudan blog kita kepada orang ramai.

#2 – Jaga Aliran Kewangan Walaupun…

Kita buat banyak duit daripada blog.

Kesilapan orang ramai adalah lupa diri apabila menjana pendapatan yang lumayan di Internet. Ini termasuk blog. Hongkiat pernah menyatakan kekesalannya apabila gagal merancang kewangan dengan baik.

Lebih-lebih lagi kos yang melibatkan laman webnya seperti:

  • Server.
  • Bandwith.

Mempunyai duit yang banyak tidak bermakna kita boleh belanja secara suka hati. Ia juga merupakan signal untuk kita belajar menyimpan, melabur dan kembangkan blog sedia ada supaya menjadi satu empayar.

#3 – Bekerjasama Dengan Mereka yang…

Suka untuk bekerjasama dengan kita.

Di ruangan About Hongkiat (dot) com, laman blog beliau mempunyai lebih 90 penulis yang sudi untuk bekerjasama menghasilkan artikel-artikel berkaitan dunia grafik, dan pembangunan laman web yang berkualiti tinggi.

Cara ini dapat menjimatkan tenaga, masa dan wang beliau untuk mencipta lebih banyak kejayaan blog seperti dari sudut penjenamaan, buat duit dan sebagainya.

Malah ia hanya boleh direalisasikan apabila kita:

  • Mempunyai jenama blog yang kuat.
  • Mempunyai hubungan yang baik dengan penulis lain.
  • Mempunyai idea untuk mewujudkan hubungan kerjasama 3W (Win, win, win).

#4 – Bahaya Bergantung Pada Satu Sumber Pendapatan, Jadi…

Antara nasihat terbaik daripada Hongkiat Lim adalah,

“It would be – don’t put all your eggs in the same basket. The “egg” here can mean “traffic”, “earnings’, and even “blog”.”

Pelbagaikan sumber pendapatan.

Bukan sahaja sumber pendapatan, malah sumber trafik dan apa sahaja yang berkaitan dengan pembangunan blog. Ini adalah cara yang betul untuk hidup sebagai seorang blogger dan pemilik bisnes dalam masa yang sama.

Berkaitan dengan sumber pendapatan, ia adalah satu tindakan yang berisiko sekiranya blogger itu bergantung pada orang ketiga seperti syarikat pengiklanan dan sebagainya.

Kerana dalam konteks ini, mereka yang mengawal pendapatan kita. Bukan sebaliknya.

#5 – Sebelum Terjun Ke Dunia Blogging, Kaji…

Niche terlebih dahulu.

Menulis blog tentang semua perkara adalah satu tindakan yang kurang bijak. Pertama, kita tidak akan dikenali sebagai jenama yang spesifik.

Contohnya, jenama Hongkiat sudah cukup sinonim sebagai autoriti dalam industri reka bentuk grafik dan pembangunan web. Kedua, berapa banyak topik yang kita boleh tulis dalam masa sehari?

Menulis adalah satu komitmen. Apabila menulis, kita melakukan kajian. Kajian mengambil masa yang lama melainkan blog kita adalah jenis copy paste.

Blog copy paste adalah blog yang tidak beretika dari sudut penerbitan dan hak cipta.

Resepi Bonus – Mentor Blogger Berjaya

“I modeled myself on a lot of people, particularly bloggers from my country that had blogged for quite some time – LiewCF, FriedBeef & PaulTan”

Gambar Hongkiat

Jika blogger bertaraf dunia ini juga menjadikan mentor sebagai satu daripada resepi kejayaan blognya, mengapa tidak kita?

Pilih mentor blog yang sudah berjaya dalam industri (atau niche) yang kita ceburi. Ia dapat mengurangkan proses pembelajaran, dan meningkatkan pencapaian kejayaan.

Pengumuman: Penyertaan Seminar Pemasaran Online kini dibuka. Kami hanya menerima 7 peserta sahaja lagi untuk melakukan pendaftaran bagi tarikh 23hb Jun 2012.

Seminar Pemasaran Online - Majalah Niaga

Lakukan pendaftaran menerusi pautan di bawah:

Daftar Seminar Pemasaran Online (7 Orang Sahaja Lagi)

Kredit: Hongkiat, Exabytes.


Tags: , , , , , ,

Komen (19)

  1. Kagum dengan Hongkiat Lim, seorang blogger dari Malaysia yang paling berjaya di arena antarabangsa. Paultan pegang pasaran Malaysia tapi masih dalam English. Blog bahasa Malaysia paling berjaya yang saya nampak ialah Beautifulnara – tapi kenapa harus blog hiburan? 🙂

  2. Saya sangat suka dengan artikel yang Tuan Aqif tulis ini. Ini menunjukkan bahawa besarnya potensi menjana pendapatan dan membina empayar dalam bidang blogging. Dan banyak kelebihannya jika kita dapat membina blog dalam bahasa Inggeris kerana sasaran trafik dan pasarannya global.

  3. seriously sy banyak blaja dari info, grafik dan tutorial dari hongkiat.com. mereka banyak mengkaji dan menulis mengikut trend yang ada skrg. hongkiat.com boleh jadi model blogger malaysia yg berjaya.

  4. Kagum dengan pencapaian beliau dalam arena blogging. resepi diatas adalah yang sekiranya kita serius menjana duit dari blogging. kadang2 ramai blogger yang mau cepat dapat duit, tapi duit tu takkan bertahan lama sekiranya kita tidak jaga 5 rashia diatas seperti yang bro ulas tu..

    majulah blogger untuk diri sendiri.

    dari

    donny.

  5. Mungkin resepi ke6 ialah…Bahasa Inggeris. Apapun…rupanya banyak tokoh blogger di Malaysia yang boleh dijadikan contoh ikutan.

    Nota untuk tim MajalahNiaga….apa kena dengan ** di ruangan komen ini?

  6. kagum bila ada Blogger Malaysia setanding dengan blog luar seperti Mashable, Venturebeat, The Next Web dan sebagainya. itulah, blog kalau dari awal buat tak ada perancangan, susah jugak disitu

  7. kenapa english semata orang pandang ? tahukah anda memang logiknya bila buat blog english,reader mungkin lagi ramai,tapi anda kene sedar saingan juga ramai !

    blogging juga suatu bisnes,bila bisnes,kdg2 buat produk yg ada targetted customer lagi untung.

    contoh – baju muslimah

    orang wanita je pakai,wanita islam je.kalau fikir logik skop pasaran da kecil berbanding die jual t-shirt yg mana berjuta orang kat dunia boleh pakai.

    tapi try to think back,dalam dunia ni berapa juta pengusaha t-shirt dah ?

    same goes here..buat bahasa melayu,memang skop kecik berbanding dunia, tapi saingan x byk mcm blog english..

    tak payah pergi jauh2,hongkiat lah,paul tan lah,cube tgok iluvislam.com

    niche ? islamik ..language ? malay . nilai blog ? jutaan ringgit !

    bukan nak kata x payah buat blog english,cumanya nak tepis sesetengah pemikiran orang tentang blogging as a business..

    bile pk bab nak majukan blog,1st mesti pk ah blog english la untung..hell no..

    buat blog bm,it is ok..dah jadi pakar,buat la multi site language..tgok malaysia kini,superb..

    english section meriah,bm section pon meriah !

  8. Tuan Hong Kiat menjadi Mentor blogging saya semasa saya di blogspot sehingga kini saya sudah di platform berbayar dot com.

    Terima kasih Tuan Aqif atas perkongsian artikel ini.

    Sangat teruja.

  9. saya ingin meyertainya.tpi banyak lagi saya x mengerti saya adalah seorang peniaga makanan saya suka memasak

Leave a Reply to Manan Qayyim Batal (Cancel)