Identiti Trump Tower New York

May 29, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Artikel yang lepas sudah diterangkan dua elemen penting dalam sesebuah proses pembinaan penjenamaan yang dipraktikkan oleh Trump. Iaitu nama untuk jenama dan identiti jenama. Artikel minggu ini akan menyambung berkenaan identiti jenama seperti yang dijanjikan buat pembaca.

Identiti Trump New York

Saya juga berharap, para pembaca mula mempunyai kesedaran penjenamaan dalam zaman global, yang menuntut kita supaya bijak menggunakan kelebihan yang ada bagi memperolehi kelangsungan hidup.

Tiga artikel sebelum ini telah menekankan bagaimana jenama harus dibina, sebelum kita mula dikenali lagi. Sebaliknya, dengan penjenamaan yang dilakukan lebih awal, kita akan lebih cepat dikenali.

Berbalik pada identiti jenama yang digariskan oleh Trump untuk menara beliau.  Trump begitu bersungguh–sungguh menjadikan menara pertama beliau ini sebagai satu mercu tanda kepada sebuah empayar perniagaan.

Empayar perniagaan yang dinamakan The Trump Organization yang sedang dibinanya dengan segala kepayahan dan disulami dengan keberanian dan keyakinan diri.

Untuk merealisasikan matlamat ini. Beliau mengariskan perkara-perkara berikut sebagai identiti Trump Tower New York, yang akan menjadi perlambangan  kepada jenama Trump Organization.

#1 – Trump Tower Mestilah Unik

Bandaraya mega seperti New York sememangnya sudah menjadi pusat pertumbuhan bangunan pencakar langit sejak dahulu lagi. Mendirikan sebuah lagi bangunan pencakar langit di bandaraya tersebut tanpa ada keunikan, tidak akan memberi kesan kepada pembangunan penjenamaan Trump yang ingin beliau lakukan.

Air terjun di Trump Tower

Oleh  itu, beliau telah mencadangkan agar didirikan sebuah air terjun setinggi.

Pada tahun 1980 an. Air terjun di dalam bangunan bukanlah sesuatu yang biasa dilihat seperti sekarang. Apabila Trump membinanya dalam dekad itu. Ia adalah sesuatu yang unik kerana mampu menjadi daya penarik untuk pegunjung menjadikan Trump Tower tempat lawatan.

Dengan adanya air terjun ini juga, Trump Tower akan kekal di minda pasaran sebagai salah satu bangunan yang mengagumkan. Selain itu, ia turut menjadi kebanggaan pemilik-pemilik apartment di Trump Tower. Di mana para pemilik apartment Trump Tower itu terdiri daripada golongan elit, artis Hollywood dan tokoh korporat terkemuka.

#2 – Trump Tower Menunjukkan Kekuasaan

Reka bentuk dan imej yang dibawa oleh Trump Tower harus menunjukkan keunggulan jenama Trump dalam industri hartanah. Ia perlu mencerminkan kemampuan dan keupayaan Trump untuk menjadi pemaju hartanah terkemuka Amerika Syarikat.

Berdasarkan kehendak ini. Rekabentuk Trump Tower dijadikan istimewa dengan ciri eksklusif luaran. Antaranya:

Trump Tower menunjukkan kekuasaan

#3 – Trump Tower Menonjolkan Simbol Kekayaan

Perkara ini jelas dalam mindanya. Ia juga menjadi salah satu impian dan aspirasi peribadinya, iaitu ingin menjadi bilionair ternama seluruh dunia. Oleh itu, Trump Tower akan dibina supaya nampak penuh kemewahan dan kekayaan.

Keunikan Trump Tower

Berdasarkan ciri-ciri yang digariskan Trump ini. Maka arkitek yang dilantik untuk projek ini, iaitu Der Scutt telah membuat rekabentuk yang istimewa untuk Trump Tower dengan pembinaannya berasaskan kaca dan gangsa.

Kemasan hasil  kaca dan gangsa ini memberikan impak kemewahan seperti yang diinginkan Trump.

Bangunan setinggi 68 tingkat ini juga diperindahkan dengan air terjun yang tinggi di atriumnya serta rekaan luar berbentuk  prizma yang dipotong dan dibentuk bertindih satu sama lain.

Rekaan yang kemas  ini ditampilkan dengan jenama ‘Trump Tower’ di bahagian pintu masuk utama menara.

Meniru Cara Penjenamaan Gaya Trump

Kajian terhadap kes Trump ini menunjukkan kepada kita bagaimana untuk membina jenama. Penentuan identiti terhadap jenama yang kita ingin bina itu perlu dilakukan itu pada perkara paling asas. Penentuan identiti jenama ini pula bergantung pada beberapa perkara yang melibatkan aspirasi diri anda sendiri.

Tidak kira sama ada anda seorang usahawan atau tidak. Jenama adalah apa yang anda ingin “jual” dan sebahagian pra syarat kejayaan yang anda ingin capai dalam hidup.

Meniru cara penjenamaan Donald Trump

Oleh itu, selepas mengikuti beberapa artikel penjenamaan di ruangan Minda Donald J Trump, MajalahNiaga ini, maka kita semua pasti melihat peri pentingnya pembinaan jenama tanpa mengambil kira siapa kita pada masa sekarang.

Apa yang penting adalah siapa kita pada masa hadapan dengan jenama yang kita bina sejurus selepas membaca artikel ini.

Salam Inspirasi Kejayaan daripada saya Nazri Kadir TRUMP!

*Minggu hadapan, kita akan berkongsi penentuan identiti jenama dalam proses pembangunan penjenamaan dengan menjadikan artikel di atas sebagai kajian kes untuk membentuk kefahaman yang lebih baik tentang penjenamaan.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (Geffrossi, Jane Sanders, Trump World Tower)


Tags: , , , , ,

Komen (2)

  1. Salam sejahtera.

    Terima kasih kerana perkongsian ini. Sungguh mendalam kajian Tuan. Semoga dipermudahkan untuk kajian seterusnya. Teruja untuk mengetahui. 🙂

    Sedikit persoalan daripada saya berkenaan dengan no.2 iaitu #2 – Trump Tower Menunjukkan Kekuasaan, adakah huraiannya berakhir dengan ” antaranya:”.. sahaja?

    Seperti sedikit tergantung. 😉

  2. lepas ni..leh la ramai orang kaya kat malaysia buat bangunan tinggi-tinggi plak..untuk menunjukkan kekuasaan mereka..

Pendapat anda?