Iklan, Bisnes dan Pelaburan USD3.8 Bilion

August 23, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Menurut laman web eMarketer, syarikat-syarikat di Amerika Syarikat akan melaburkan wang sebanyak USD3.8 bilion untuk melakukan aktiviti pengiklanan, khususnya menerusi laman web media sosial seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya.

Linkedin

Ini menunjukkan peningkatan drastik sebanyak 55% berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana kadar pelaburan wang untuk pengiklanan adalah:

  • 2010 – USD1.99 bilion.
  • 2009 – USD1.43 bilion.

Dalam masa sama, peningkatan ini menunjukkan syarikat-syarikat perniagaan masih menganggap pengiklanan sebagai salah satu cara promosi yang efektif. Tetapi apakah kepentingannya untuk mereka? Sedangkan masih terdapat pelbagai kaedah promosi yang lain?

Menyampaikan Mesej Bisnes Lebih Meluas

Bagi eksekutif pemasaran syarikat-syarikat besar seperti Mc Donalds, Kentucky Fried Chicken (KFC), Coca-cola dan sebagainya, pengiklanan dapat membantu mereka untuk menyampaikan mesej bisnes dengan lebih meluas. Meskipun kos pelaburannya tinggi, namun fokusnya adalah untuk keuntungan jangka masa panjang.

Kentucky Fried Chicken

Bagi bisnes-bisnes sederhana kecil, pengiklanan dapat memberikan peluang untuk mereka mencapai pelanggan-pelanggan baru. Tetapi syarikat-syarikat ini perlu menitikberatkan isu kos terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan untuk menggunakan medium ini.

Menurut syarikat Ogilvy & Mathers, apabila kita memilih medium iklan bagi tujuan promosi, ia adalah medium yang berisiko. Ini kerana potensinya tidak dapat direkodkan secara tepat dan hasilnya berbentuk subjektif. Justeru itu, kebanyakan pemilik bisnes memilih medium iklan kerana mahu menyampaikan mesej kepada audiens mereka semata-mata.

Medium Untuk Mencapai Pelanggan Baru

Setiap medium pengiklanan ATL (Above The Line – Televisyen, radio, akhbar) dan BTL (Below The Line – Blog, laman web, ezine) mempunyai senarai audiens dan prospeknya tersendiri. Oleh yang demikian, setiap kali kita mengiklankan produk menerusi kedua-dua medium, kita akan berjaya mencapai pelanggan-pelanggan baru.

Medium pengiklanan di ezine

Sebagai contoh, blog Ali (bukan nama sebenar) mempunyai jumlah pelawat sebanyak 1,000 setiap bulan, dan kos pengiklanan yang ditawarkan dalam blognya adalah RM30 untuk satu slot. Tempoh pengiklanan yang ditetapkan adalah 30 hari.

Bagi blog yang mempunyai jumlah pembaca yang ramai, 10% daripada jumlah akan klik pada iklan kita. Ini memberikan 100 pelawat baru melayari laman web bisnes kita. Selebihnya bergantung pada kualiti struktur, dan penyampaian mesej laman web kita untuk mendorong mereka melakukan pembelian.

Peluang Pengiklanan Ezine Majalah Niaga

Pihak Majalah Niaga turut membuka peluang untuk para pembaca blog ini, yang mempunyai bisnes bagi mengiklankan produk mereka dengan kos yang rendah, dan kekal sehingga bila-bila. Pembaca ezine kami kebiasannya mencecah 2,000 hingga 10,000 pembaca untuk setiap edisi yang diterbitkan.

Dengan kos serendah RM150, bisnes kita akan memperoleh pendedahan maksimum. Majoriti pembaca kami juga berada dalam lingkungan usi 18 hingga 45 tahun. Ini bermakna mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Berminat untuk beriklan menerusi ezine Majalah Niaga edisi 18 keluaran akan datang? Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut.

Maklumat Pengiklanan Ezine Majalah Niaga Edisi 18

Sebarang soalan mengenai pengiklanan, boleh tanya menerusi ruangan komen di bawah. Kami akan berusaha untuk memberikan jawapan sepantas yang mungkin.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (kaychaesmi23le)


Tags: , , , , ,

Komen (7)

  1. Terima kasih atas panduan yang diberikan. Tambahan kepada periklanan melalui internet ini saya cadangkan letak adtracker yang mana kebanyakan autoresponder ada menyediakan sistem ini. Kita boleh membuat kajian adakah iklan berbayar kita letakkan berbaloi dengan pelaburan yang kita lakukan. Tiada iklan tiadalah pengunjung. Itu adalah perkara pertama dan wajib kena buat. Buat kajian dan perbaiki dari masa ke semasa.

Leave a Reply to eraedarbesut Batal (Cancel)