Ikut Cara Ini – Dapatkan 1,000 Pelawat Bulan Hadapan

August 01, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Sebelum ini, pihak Majalah Niaga telah mengumumkan di mana kami akan melancarkan sebuah ebook yang diberi nama ‘Formula Blogging’. Ebook ini akan mendedahkan strategi-strategi berkesan yang kami sendiri gunakan, bagi mencapai jumlah 10,000 pelawat dalam tempoh masa yang singkat.

1000 pelawat setiap bulan

Lebih menarik, strategi yang kami gunakan ini tidak memerlukan sebarang kos daripada segi kewangan. Kita hanya perlu menggunakan kreativiti dan usaha bagi memperlihatkan hasilnya. Tetapi sebelum ebook ini dilancarkan, apa kata kita sama-sama belajar satu cara untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 pelawat ke blog, bermula bulan hadapan?

Seni Membawa 1,000 Pelawat Setiap Bulan

Proses memahami asas trafik telah diterangkan dalam artikel sebelum ini. Ia ibarat memahami permainan dunia blog. Bagi mempercepatkan proses kejayaan, kita perlu tahu asas peraturan permainan. Kemudian gunakan idea, kreativiti dan usaha untuk bertindak bagi memenangi permainan itu.

Kini asas telah kita fahami. Sekarang tibalah masanya untuk mempelajari tekniknya pula. Teknik yang akan membawa kepada hasil. Manakala usaha merupakan enjin bagi memberi dorongan pada diri untuk melakukan teknik secara konsisten.

3 Rahsia Didedahkan – Para Pembaca Hanya Perlu Bertindak

Hari ini, sukacitanya kami ingin berkongsi dengan para pembaca yang budiman mengenai 3 rahsia kami menjana trafik secara percuma.

rahsia formula blogging

Ketiga-tiga rahsia ini merupakan kunci bagi sesebuah blog memperoleh 3 elemen berikut:

  • Memperoleh pelawat baru.
  • Mengekalkan pelawat lama dan baru.
  • Memberikan kepuasan ilmu kepada para pelawat.

Sebagai seorang pemilik blog, menguasai ketiga-tiga elemen ini adalah impian mereka. Penulis mahu karya mereka dihargai dan dipandang tinggi oleh pembaca. Soal bagaimana, izin kami tunjukkan caranya.

Tuan dan puan hanya perlu klik pada laman web di bawah, kemudian masukkan nama dan emel dan tunggu satu demi satu rahsia yang akan dibongkarkan.

Dapatkan 3 Rahsia Trafik Blog Majalah Niaga Secara Percuma!

Sekiranya ia bermanfaat, mohon sebarkan. Mudah-mudahan ilmu ini dapat memandaikan sesama kita mengenai strategi membawa trafik baru ke blog.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (zyaheami, nizaad)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (3)

  1. Perkongsian yang bagus dan hebat!saya juga kongsikan teknik eksklusif Majalah Niaga ini dalam blog saya.Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami!

Pendapat anda?