Infografik – 20 Kata Kunci Paling Mahal Dalam Pengiklanan Google Adwords

August 13, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Mengikut data yang telah dikeluarkan oleh Google sendiri, 97% hasil pendapatan Google sepanjang 12 bulan yang lalu, adalah hasil daripada program pengiklanan iaitu Google Adwords.

Wordstream, syarikat yang menyediakan perisian yang melibatkan search engine marketing (SEM) telah membuat kajian tentang kategori-kategori kata kunci yang mempunyai nilai cost per click (CPC) yang tinggi.

Mereka telah menyusun data kata kunci yang diambil dari Google Keyword Tool dan telah menyenaraikan kesemua kata kunci mengikut tema kategori.

Berikut adalah 20 kategori kata kunci yang mempunyai nilai CPC paling tinggi di Google Adwords :

  1. Insurance
  2. Loans
  3. Mortgage
  4. Attorney
  5. Credit
  6. Lawyer
  7. Donate
  8. Degree
  9. Hosting
  10. Claim
  11. Conference Call
  12. Trading
  13. Software
  14. Recovery
  15. Transfer
  16. Gas/Electricity
  17. Classes
  18. Rehab
  19. Treatment
  20. Cord Blood

Untuk mendapat keterangan selanjutnya, tuan puan bolehlah rujuk infografik yang diberi nama ‘Top 20 Most Expensive Keywords in Google Adwords’ yang telah dikeluarkan oleh Wordstream.

Top 20 Most Expensive Keywords in Google Adwords

Pengeluaran infografik ini juga memberi peluang kepada webmaster-webmaster yang menjadikan program Google Adsense sebagai punca pendapatan mereka untuk mengkaji lebih mendalam lagi, bagi mendapatkan kata kunci yang mempunyai nilai CPC yang tinggi.

Kredit foto: Adwords , infografik


Tags: , ,

Komen (3)

  1. @Afiq Aiman, High paying keyword bukannya semudah yang disangkakan.

    1. High paying keyword biasanya mempunyai saingan yang amat besar. Contohnya blog saya hostipedia.com dah dioptimizekan untuk perkataan web hosting promotion. Dan setelah bersusah payah memang pernah dapat first page di Google. Tetapi kemudian tak sampai sebulan dah jatuh ke page kedua. Persaingan memang kuat dan agak sukar untuk mendapat traffik dari IE.

    2. Google juga telah menggunakan sistem smart pricing dalam iklan adsense. Walaupun iklan adsense anda yang di klik mempunyai harga yang mahal, belum tentu anda akan mendapat harga klik tersebut sekiranya blog anda tidak convert.

    Memandangkan persaingan yang hebat di SE, cara yang sesuai utk mendapatkan traffik adalah melalui Social Bookmark dan Social Network. Tetapi sejauh mana kualiti pelawat yang anda bawa.

    Ingat, semenjak smart pricing, hanya click yang berkualiti sahaja yang akan dibayar dengn harga yang tinggi. Dan traffik yang berkualiti biasanya hanya mampu didapati daripada search engine.

    Jadi berbalik semula kepada persoalan asal iaitu adakah anda sanggup menghadapi persaingan di search engine…

Pendapat anda?