Infografik – Bedah Siasat Kad Bisnes

September 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Usahawan seringkali dikaitkan dengan penggunaan kad bisnes. Tidak kira usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun besar, kad bisnes masih dijadikan cara utama untuk memperkenalkan perniagaan kepada rakan-rakan ataupun umum.

contoh kad bisnes yang menarik

Tidak keterlaluan jika kita katakan kad bisnes masih lagi dijadikan alat perhubungan antara usahawan terutamanya ketika sesi pertemuan sesama mereka.

Usahawan internet juga tidak terlepas dari menggunakan kad bisnes, bahkan mereka menggunakan kad bisnes untuk menghubungkan dengan usahawan lain dalam dunia maya. Contohnya dengan meletakkan laman profil Facebook, laman Twitter bagi memperkenalkan perniagaan secara lebih lanjut.

Pada entri ini, kami kongsikan infografik yang dihasilkan oleh BusinessCardOnline.com. Infografik ini menerangkan dengan terperinci ciri-ciri pengunaan kad bisnes yang optimum, 5 idea desain kad bisnes serta etika pemberian kad bisnes mengikut negara :

Klik disini untuk imej yang lebih jelas.

Persoalan Menarik Buat Para Pembaca Sekalian

Adakah tuan puan sudah mempunyai kad bisnes? Sejauh mana keberkesanannya setakat ini dalam perkembangan bisnes tuan puan? Kami alu-alukan untuk kongsikan jawapan pada ruangan komen di bawah. Mudah-mudah, kita dapat mewujudkan perbincangan baik, supaya menjadi rujukan tambahan entri ini.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (mattaxell, Businesscardonline.com)


Tags: , , ,

Komen (9)

  1. Zulhilmi Zainudin
    September 21, 2011

    Business Card atau Name Card adalah ‘tool’ wajib setiap usahawan. Jangan abaikan perkara ini khususnya sewaktu kita ke seminar/bengkel. Di sana, ramai usahawan akan kita temui.

    Lihat. Bertapa besarnya potensi perniagaan kita untuk di kenali ramai hanya melalui Business Card. Saya selalu ‘stand-by’ Business Card setiap kali ke event berkaitan keusahawanan 🙂

  2. Terima kasih atas panduan yag diberikan. Memang tidak dinafikan kad bisnes ini penting.Cuma amalan saya bagi kad bisnes ini ialah jumpa sesiapa sahaja saya bagi tanpa pikir kita dah bagi belum kad tersebut atau tidak. Kadang2 saya ni susah nak bagi kad kita banyak2 sebab kita keluarkan kos buat 2.Dalam fikiran saya sebelum ni mesti org yang kita bagi 2 buang aje kat mana2. Bila bagi elok pegang dgn 2 tanpa bukan bagi dgn 1 tangan.Menunjukkan kita hormat kpd pemberi kad tersebut walau siapa pun dia.Sekadar pandangan biasa sahaja.

  3. Saya ada terjumpa kad bisnes yang tertulis ‘ refer this card to others and get comission’ / kad bisnes berbentuk kupon dan ‘bring this card back to get discount’.

    Jika menghasilkan kad bisnes, berikan benefit point supaya kita mendapat ROI-nya.

  4. sememangnya ianya memberi kesan positif dalam marketing sesuatu perniagaan.jadi ianya perlu..untuk blog peribadi saya sendiri pun sudah mula membuat bisnes kad

  5. Bagaimana etika atau seni memberi kad di Malaysia ini. Kerana tiada etika ketika memberi kad agaknya yang membuatkan penerima tidak menghargai kad kita dan lebih banyak kad dibakul sampahkan daripada disimpan.

  6. saya ada satu kad yg saya perolehi dari leader MLM. Di atas kad itu penuh dengan logo dan lambang awards yang dimenangi oleh syarikat terbabit. Semasa berjumpa saya, leader itu hanya menggunakan kad sebagai tools dalam presentation nya. Saya tak join biz tu, tetapi saya beli juga supplement yang dijual.

    1. tak salah agaknya kalau kite beli supplement..sebenarnya supplement tu lebih hebat dan bagus berbanding dengan ubat2 yang mengandungi kimia dan dadah.ramai yang tak sedar akan hal ini.guna lah supplement yang 100% herba macam spirulina ke..hanya sebuah pendapat sokongan tuk saharizam.hi hi

Pendapat anda?