Infografik – Search Engine Optimization (SEO) VS Pay Per Click (PPC)

September 18, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Mengikut kajian data yang diperolehi dari Seoforidaho.com , lebih 10.5 billion pengguna internet di Amerika Syarikat membuat carian maklumat melalui enjin carian pada Julai 2009. Kenaikan sebanyak 106% berbanding 5.1 billion pada Disember 2005.

Buat makluman tuan puan, pemasaran enjin carian atau lebih dikenali sebagai Search Engine Marketing (SEM) terbahagi kepada dua iaitu Search Engine Optimization (percuma) dan Pay Per Click (berbayar).

Google

Dan kedua-dua teknik pemasaran ini peranannya adalah untuk membawa trafik/pelawat ke laman web kita, dan berpotensi untuk bertukar menjadi pelanggan. Pay Per Click (PPC) adalah teknik pemasaran berbayar. Dalam PPC, pengiklan akan dicaj oleh Google apabila seseorang klik pada iklan pengiklanan menerusi Google Adwords.

SEO pula singkatan dari perkataan Search Engine Optimization. Dalam SEO, tuan puan perlu meluangkan masa yang panjang bagi mendapat keputusan yang baik di enjin carian.

Pada minggu ini, kami akan bawakan kepada satu infografik yang dikeluarkan oleh SeoForidaho.com. Melalui infografik ini, tuan puan akan dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan pada setiap teknik pemasaran tersebut :

PPC vs SEO

Klik disini untuk imej yang lebih jelas.

Persoalan Menarik Untuk Tuan Puan

Apakah teknik pemasaran yang merupakah pilihan tuan puan sama ada PPC ataupun SEO? Dan ia betul-betul membantu mempromosikan bisnes tuan puan? Sama-sama kita kongsikan pada ruangan komen di bawah.

Untuk makluman, kami telah pun mengadakan sesi personal coaching SEO kepada tuan puan yang ingin mempelajari langkah demi langkah cara mendapat kedudukan tertinggi pada enjin carian.

Buat masa ini, sesi ini dijalankan secara tidak rasmi. Sekiranya tuan puan berminat, boleh hantarkan emel kepada kami di majalahniaga [at]gmail.com. Tawaran ini dibuka kepada 3 orang sahaja.


Tags: , , , , ,

Komen (5)

  1. Kalau ada background IT dan suka mencari maklumat baru di internet, saya cadangkan SEO sebab lebih murah tapi keputusan yang perlahan dan lama. Kalau ada modal lebih dan nak cepat kena pakai PPC. Kalau buat kedua2nya lg ok.

Pendapat anda?