Jalan Pintas Kuasai Wang, Kuasai Hartanah

June 15, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah

Assalamualaikum para pembaca Majalah Niaga.

Simpan wang’ suatu ayat yang selalu sangat kita dengar. Sewaktu kita di sekolah rendah lagi, sifat menabung ini telah ditanamkan di setiap sekolah.

Masih teringat di benak ingatan saya, Bank Rakyat ‘Tabung Nuri’ datang ke sekolah. Semenjak daripada itu saya mula belajar menabung.

Setiap hari selepas sekolah mesti masukkan wang dalam tabung Nuri. Mana tidaknya, tabung Nuri yang comel. Namun, ketika itu sebab dan objektif menyimpan tidak jelas.

Kerana kita masih kanak-kanak lagi, jadi pemikiran masih belum matang.

Bukan Sekadar Simpan Duit

Namun rata-rata pada hari ini, kebanyakan kita masih tidak faham objektif menyimpan. Kita hanya cakap simpan wang nanti cerah masa depan. Saya hendak membuka minda kita semua.

jalan-pintas-kuasai-hartanah
Apabila kita hendak menyimpan mestilah ada objektifnya.

Jika tiada objektif yang jelas, susah kita hendak mencapai sesuatu matlamat. Seperti yang saya ceritakan tadi, semasa kecil kita kurang matang dan menyimpan sekadar ikut-ikutan dan keseronokan sahaja.

Namun, apabila kita sudah matang perkara yang sama juga terjadi. Mana silapnya?

Tentukan matlamat dan hala tuju ‘wang simpanan’ anda.

Matlamat sangat penting dalam sesuatu perkara. Kehidupan kita juga mempunyai matlamat yang cukup jelas, iaitu sebagai seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Rabbul Jalil Allah s.w.t, dan menuju kehidupan akhirat yang kekal selamanya.

Perkara yang sama dengan aktiviti menyimpan wang ini.

Kita yang akan tentukan ke mana pergi wang simpanan ini. Jika tiada matlamat, itu yang kadang-kadang kita sering tersasar dengan perkara-perkara yang lain.

Jika hala tuju wang simpanan untuk wang perkahwinan, maka kita mesti menyimpan untuk ke arah itu. Sama juga jika wang simpanan untuk membuat pelaburan.

Simpanan untuk pelaburan tidak boleh diusik atas sebab kita tahu objektif kita dan matlamat yang ingin dicapai.

Simpan Wang Untuk Pelaburan Hartanah

Suka saya bercerita tentang perkara ini.

Kerana kebanyakan kita akan mengalami masalah apabila hendak membeli rumah atau membeli hartanah.

kuasai-wang-kuasai-hartanah

Bagaimana ia boleh berlaku? Pertamanya, ramai orang simpan duit dan belanja habis wang simpanan mereka kerana tiada matlamat.

Kedua, ramai kita telah membeli dan membuat pinjaman kereta dan selepas itu tidak dapat menyimpan wang.

Apabila bayaran bulanan kereta mahal, maka kita tidak ada wang simpanan untuk membeli rumah. Untuk membeli rumah, kita mesti pastikan yang kita mempunyai wang pendahuluan.

Rata-rata harga rumah sekarang sangat tinggi dan ini menambahkan masalah untuk kita membayar wang pendahuluan.

Misal kata harga rumah RM400,000, sekurang-kurang anda perlukan RM40,000 wang pendahuluan. Memang perlukan sekurang-kurangnya bekerja selama 2 atau 3 tahun bekerja, dan ketika itu harga rumah sudah semakin tinggi.

Matlamat tentang wang simpanan mesti jelas dan anda mesti berdisplin tinggi. Ada pepatah menyatakan,

“Kita mesti bersedia menyiapkan diri dan apabila peluang datang di hadapan mata, kita tidak akan teragak-agak untuk tidak melepaskannya.”

Sehingga bertemu lagi dan saya akan membincangkan topik bagaimana kita boleh beli rumah tanpa modal.

Kredit gambar dari Flickr: ( StockMonkeys.com)


Tags: , , ,

Komen (4)

  1. Bila dah ada cara kenalah usaha baru dapat hasil.
    Lebih yakin dan semangat kalau ada cara dan teknik yg yg
    yg baik.

Leave a Reply to mrupai Batal (Cancel)