Jana RM50 Pertama Dengan Blog – Kuasa 1,000 Pelawat

August 08, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Setiap hari kita disalurkan dengan maklumat berkaitan cara buat duit di internet. Lambakan maklumat yang mudah diperoleh menerusi saluran maya ini, menyebabkan kita berasa sukar untuk membuat pilihan untuk mempercayai sumber yang sahih.

Jana RM50 Pertama Dengan Blog

Ini kerana kebanyakan informasi adalah berdasarkan sudut pandangan penulis, yang tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai cara sebenar buat duit di internet. Mereka hanya membaca maklumat daripada sumber lain, kemudian mengeluarkan entri yang hampir serupa.

Entri kali ini akan membantu para pembaca yang sudah mempunyai blog, tetapi masih gagal menjana pendapatan daripadanya. Menjana pendapatan dari blog mempunyai nikmatnya tersendiri. Kita hanya perlu memerlukan modal yang rendah untuk membangunkannya.

Bermula Dengan Pengiklanan Sidebar

Pengiklanan adalah salah satu cara untuk kita buat duit dengan blog. Kaedah ini juga sudah diguna pakai dan diterima oleh masyarakat tempatan. Kita dapat lihat majoriti blog yang wujud di dunia maya, kini membuka ruang pengiklanan di ruangan khas yang disediakan.

Bagi pemilik blog yang masih tercari-cari kaedah berkesan untuk buat duit dengan blog, maka ini adalah solusinya. Sekurang-kurangnya dengan bayaran yang dikenakan untuk caj pengiklanan ini, ia mampu menampung kos operasi laman web kita, seperti pembayaran domain dan hosting.

Blog-blog dalam pasaran tempatan biasanya akan caj sekitar RM50 untuk pengiklanan di bahagian tepi blog, atau dipanggil sidebar. Bagi memaksimakan ruangan pengiklanan blog, kita disarankan untuk membuka sekurang-kurangnya 4 ruang pada bahagian sidebar.

Secara keseluruhan, apabila kita menerima pembayaran untuk 4 ruang pengiklanan, jumlahnya adalah:

RM50 x 4 ruang pengiklanan (sidebar) = RM200

Caj Iklan Secara Bulanan – 30 Hari

Kesilapan yang sering pemilik blog lakukan ketika membuka ruang pengiklanan adalah, mereka tidak menetapkan jangka masa. Kecuaian ini akan menimbulkan isu antara pihak pengiklanan dan pemilik blog. Di mana pihak pengiklan tidak mengetahui berapa lama iklan akan diletakkan dalam blog kita.

30 hari tempoh pengiklanan

Berdasarkan cadangan Darren Rowse, tempoh pengiklanan yang relevan untuk blog-blog baru adalah 30 hari. Justeru itu, pastikan kita beritahu kepada pihak pengiklan mengenai tempoh pengiklanan yang telah ditetapkan.

5 Langkah Mula Menjana RM50

Berikut adalah 5 langkah bagi proses sebelum, semasa dan selepas untuk menjana RM50 pertama dengan blog. Sistem ini mudah untuk diduplikasi dan sudah terbukti berkesan berkali-kali.

  1. Bangunkan blog dot com.
  2. Cipta jenama blog.
  3. Menulis entri blog secara konsisten (Cipta kalendar editorial)
  4. Jana trafik – Sasarkan 1,000 pelawat setiap bulan (Guna teknik mendapatkan pelawat blog yang berkesan)
  5. Buka ruang iklan dan cari prospek.

#1 – Bangunkan Blog Dot Com

Elakkan daripada menggunakan extension domain percuma seperti blogspot. Kerana ia dapat menjejaskan reputasi dan kredibiliti blog kita. Laburkan wang untuk mendapatkan domain dan hosting berbayar. Sentiasa ingatkan diri kita, blog dapat memberikan keuntungan untuk jangka masa panjang.

#2 – Cipta Jenama Blog

Gunakan kemahiran kita untuk desain logo pada blog. Apabila kita mempunyai logo, ia dapat meningkatkan kepercayaan prospek, untuk meletakkan iklan di blog. Ini kerana logo adalah lambang kuasa. Ia menjadi simbol ingatan setiap pembaca kita.

#3 – Menulis Entri Secara Konsisten

Meskipun blog kita dibina bagi tujuan menjana pendapatan, ia tetap menjadi medan saluran ilmu. Oleh itu, setiap pemilik blog wajar mengemaskini entri blog mereka secara konsisten.

Menulis entri secara konsisten

Berikut adalah jadual penerbitan yang relevan. Sila pilih mengikut kesesuaian kita:

  • 3 entri setiap minggu (Isnin, Rabu dan Jumaat).
  • 1 entri setiap hari.
  • 2 entri setiap minggu (Isnin dan Jumaat).

#4 – Jana Trafik – Sasarkan 1,000 Pelawat Setiap Bulan

Pemasaran adalah kunci kejayaan sebelum kita merasai wang menerusi ruang pengiklanan. Untuk blog baru, sasarkan sekurang-kurangnya 1,000 pelawat secara konsisten setiap bulan. Ini kerana kita perlu memberikan statistik pelawat kepada pengiklan, bagi membantu mereka membuat keputusan untuk melaburkan wang dalam blog.

#5 – Cari Prospek Pengiklanan

Bagi memaksimakan pendapatan menerusi pengiklanan, kita boleh menggunakan dua kaedah di bawah:

  • Forum (Buka satu thread khas bagi membuka ruang pengiklanan di blog).
  • Direct advertiser (Menghubungi pihak pengiklan menerusi laman web, nombor telefon dan sebagainya)

Musuh Utama – Trafik (Cara Untuk Mengatasinya)

Seperti yang kita sedia maklum, pemasaran adalah kunci kejayaan sebelum kita menjana pendapatan menerusi pengiklanan. Pemasaran juga merupakan faktor utama kegagalan majoriti blog, khususnya blog-blog yang baru bertapak.

Rahsia Traffik Majalah Niaga

Oleh sebab itu, kami melancarkan sebuah ebook yang diberi nama ‘Siri Formula Blogging – Rahsia Trafik’. Ia adalah panduan langkah demi langkah, bagaimana tuan dan puan dapat menarik pelawat, sekurang-kurangnya 100 setiap hari. Tanpa memerlukan sebarang kos yang melibatkan wang.

Ia adalah berdasarkan pengalaman dan teknik yang kami gunakan sehingga hari ini. Boleh dapatkannya menerusi pautan di bawah:

Layari laman web ‘Siri Formula Blogging – Rahsia Trafik’

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (philsquires, dieypkonoshobi)


Tags: , , , , ,

Komen (12)

  1. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Memang susah untuk mendapatkan pembaca 1000 orang sehari. Ia memerlukan masa dan belajar drp yang pakar.(Kena beli ebook rahsia Traffic ni.Belajar drp pakar).Harap saya tidak berputus asa untuk mencapai target tersebut.

    1. Sama-sama tuan. Mudah-mudahan ilmu yang terkandung dalam entri dan ebook ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Terima kasih kerana terus menyokong usaha kami. 🙂

  2. Ilmu dalam Rahsia Trafik memang berharga. Sedang berusaha untuk mengguna pakai semua tip yang terdapat dalam ebook tersebut. Tip cara jana duit sahaja yang tidak terdapat dalam ebook tersebut. Tip yang tuan tulis dalam entri ini adalah pelangkapnya.

Pendapat anda?