Jangkaan 2015 – Penggunaan Gajet Ebook Meningkat 550%

June 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

β€œMenurut data yang dikumpul oleh Mashable, jumlah trafik internet antarabangsa dijangka meningkat 4 kali ganda pada tahun 2015”, kata Lauren Indvik, editor bahagian pemasaran dan media di Mashable.

Global Internet Traffic

Ini sekaligus menjelaskan gelombang kuasa pengguna internet akan terus berkembang. Sehingga dijangka jumlah trafik pada tahun 2015, bakal mencecah 1 zettabyte setiap tahun. Zettabyte merupakan terma angka yang besar, selepas exabyte.

Selain daripada peningkatan jumlah trafik internet di seluruh dunia, kajian Mashable juga mendapati salah satu daripada medium baru, yang akan digunakan oleh pengguna internet seluruh dunia adalah gajet untuk membaca ebook.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hal ini, tuan dan puan disarankan untuk melihat infografik yang kami sertakan di bawah:

Jumlah trafik dan pengguna internet 2010 - 2015

Persoalannya, apakah tindakan yang kita akan ambil berdasarkan kajian di atas? Adakah kita sudah bersedia dengan perubahan, dan mewujudkan strategi perniagaan baru untuk bisnes?

Kredit: Mashable


Tags: , ,

Komen (11)

  1. Pandangan dan pengalaman saya, ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai perniagaan internet…tidak menyedai perkara ini…sekiranya anda tidak bermula sekarang dengan strategi yang betul, agak sukar untuk anda bersaingan dengan mereka yang telah bermula awal daripada anda. Pilihlah perniagaan internet yang betul…

  2. Bagi yang berniat untuk terjun ke dunia perniagaan internet, jangan lagi bertangguh. bagi mereka yang berniat untuk menulis ebook, jangan lagi memberi alasan. Sekaranglah masanya.

  3. Terima kasih atas panduan yang diberikan.Jangan takut gagal dan berani mencuba sesuatu yang baru.Nak berjaya dengan bisnes internet ini perlu keluarkan tenaga, usaha dan juga melabur sedikit wang. Bertindaklah sekarang. Cari dan belajar daripada IM yang berjaya.Bukan mudah untuk berjaya.Masa yang diperlukan amat lama iaitu 3-5 tahun bergantung kepada usaha anda.Semoga berjaya kepada rakan-rakan semua

    1. Benar tuan. Jangka masa itu bergantung pada individu masing-masing. Rezeki terletak di tangan Tuhan. Jika kita berusaha, Insya Allah akan sentiasa dipermudahkan. πŸ™‚

  4. Kepopularan komputer tablet seperti iPad2 menyebabkan pengguna lebih mudah untuk membaca bahan-bahan ilmiah mereka iaitu ebook.

    Saya percaya, industri ebook Malaysia akan berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi komputer tablet.

    p/s : Dengar-dengar PTS nak terbitkan ebook juga.

    1. Benar tuan. Baru-baru ini saya dapat tahu, PTS akan bergabung dengan Google Books. Ini menunjukkan potensi ebook pada masa hadapan. πŸ™‚

Pendapat anda?