ISI KANDUNGAN
Sepertimana artikel sebelum ini, kita tahu yang pengasas jenama sukan Adidas dan Puma adalah pasangan adik-beradik. Mereka pada awalnya mengasaskan kasut bersama-sama.
Adi lebih kepada bahagian rekaan kasut manakala Rudolf pula lebih banyak menguruskan jualan. Kolaborasi mereka menjadi dan mereka membutat banyak keuntungan.
Rudolf dan Adolf Dassler telah mengasaskan Kilang Kasut Dassler Brothers pada tahun 1924 dan mereka telah menfokuskan kepada kasut sukan.
Perkelahian telah tercetus setelah tamatnya Perang Dunia Pertama. Ada banyak spekulasi yang timbul mengenai punca perbalahan antara adik-beradik ini terjadi. Mereka berpecah dan masing-masing membuka jenama baharu.
#1-Sejarah Penubuhan Puma.
Puma telah diasaskan oleh Rudolf Dassler pada tahun 1948 manakala Adolf pula mengasaskan Adidas. Aset daripada bisnes lama telah dibahagikan sama rata antara kedua-dua beradik ini.
Sejurus syarikat Puma ditubuhkan, Rudolf telah berjaya mereka kasut sukan pertamanya dengan bantuan pakar-pakar sukan seperti jurlatih bola sepak kebangsaan iaitu Sepp Herberger.
Pada tahun yang sama juga, Puma telah melancarkan kasut bola pertamanya, ‘The Atom’. Pada tahun 1952, Puma telah melancarkan ‘Super Atom’ yang menjadi sumbangan besar kepada sukan bola sepak negara.
Beberapa tahun kemudian, syarikat ini telah memperbaharui kasut keluaran ini dengan versi baharu yang dipanggil ‘Brasil’.
Pasukan Brazil memenangi Piala Dunia semasa di Sweden pada tahun 1958 dan mereka memakai kasut jenama Puma. Kemenangan mereka menambahkan populariti syarikat Puma.
#2-Puma Semakin Dikenali.
Pada tahun 60-an, jenama Puma semakin dikenali kerana teknik pengeluaran kasut yang digunakan menambahkan lagi kemantapan dalam prestasi syarikat dalam kalangan pengguna yang kebanyakkannya adalah atlet.
Ramai atlet terkenal dunia memilih untuk memakai jenama ini. Puma menggunakan imej kucing melompat sebagai logo syarikat dan ia diperkenalkan pada tahun 1967.
Logo ini telah diilhamkan oleh seorang kartunis dari Nuremberg, Lutz Backes. Kemudian, pada tahun 1979 , logo ini telah ditambah baik dengan penggunaan perkataan PUMA disebalik imej kucing itu sendiri.
Dikatakan kucing mempunyai 9 nyawa dan ini adalah mitos yang popular di seluruh dunia.
Mungkin pengasasnya mengharapkan jenama Puma akan berdiri teguh dalam jangka masa yang lama seperti nyawa 9 kucing tersebut.
Akan tetapi, kekuatan jenama ini tidak perlu dipertikaikan lagi dan semakin gah setiap hari dalam kalangan atlet-atlet terkenal dunia.
#3-Strategi Pemasaran Puma.
Jenama Puma meraih populariti sekali lagi pada tahun 1968 apabila atlet seperti Tommie Smith dan John Carlos memenangi medal emas bagi acara larian 200 m.
Puma terus-terusan menaja para atlet dan setiap kemenangan mereka menambahkan lagi populariti jenama ini. Terkini, Usain Bolt, atlet pecut terkenal dunia telah membantu menaikkan nama Puma untuk lebih gah dalam arena sukan.
Produk evoPOWER telah dikeluarkan khas bagi kegunaan sukan bola sepak dan merupakan antara kasut inovatif kegemaran pemain bola sepak Brazil FIFA World Cup.
Apa yang menariknya, kedua-dua jenama ini masih bersaing dengan kuat dalam pasaran. Walaupun Adidas merupakan jenama yang sudah gah dan terkemuka dalam arena sukan namun Puma masih terus-terusan cuba untuk menandingi jenama Adidas.
#4-Kesan Pengaruh Puma Dan Kesan Persengketaan Dalam Syarikat.
Perkelahian antara dua orang adik-beradik ini bukan sahaja merenggangkan hubungan persaudaraan antara dua keluarga besar akan tetapi turut mempengaruhi ekonomi setempat pada ketika itu.
Menurut sejarah, pekan yang mereka diami telah terbahagi kepada dua. Ada penduduk yang berpihak kepada Adolf manakala separuh lagi penduduk memihak kepada Rudolf.
Perusahaan kedua-dua adik-beradik ini telah menjadi semakin besar dan majoriti penduduk bekerja dengan kedua-dua mereka. Perbalahan mereka turut menjadi ikutan para penduduk setempat.
Pekerja Adidas tidak akan berbaik-baik atau berkahwin dengan mana-mana pekerja atau ahli keluarga yang memihak kepada syarikat Puma dan begiluah sebaliknya.
Bunyinya agak dasyat akan tetapi itulah yang berlaku secara realiti pada waktu tersebut.
Pergeseran antara mereka berterusan selama berpuluh tahun lamanya namun ada usaha untuk mendamaikan kedua belah pihak oleh pihak pengurusan syarikat yang terbaru.
Satu perlawanan persahabatan telah dilansungkan baru-baru ini untuk mencari jalan harmoni bagi kedua-dua syarikat.