Jualan Boon Siew Honda Sasar Peningkatan Tahun 2012

November 01, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Syarikat terkenal dan mempunyai jenama yang kukuh dalam industri motosikal, Boon Siew Honda Sdn Bhd kini bertungkus lumus untuk meningkatkan jualan produknya.

honda logo

Tan Hui Juing (Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran) menyatakan, syarikat mereka akan cuba menjual sebanyak 262,700 unit motosikal sehingga akhir tahun ini.

Beliau yakin matlamat ini boleh dicapai selepas berjaya membawa masuk model-model motosikal terkini iaitu:

  • All-New Spacy.
  • All New PCX.

Tambahan pula, syarikat Boon Siew Honda Sdn Bhd kini meluaskan lagi empayar perniagaan mereka menerusi pembukaan 20 cawangan tambahan di seluruh negara. Operasi ini bermula tahun 2013.

Menurut satu sumber, syarikat ini mendominasi 47.1% pasaran motosikal domestik.


Tags: ,

Komen (1)

Pendapat anda?