Kajian Kes Rahsia Gold – Rahsia Jualan RM211,977

August 24, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, saya ingin memberitahu sedikit sebanyak tentang personaliti di dalam kajian kes ini. Anda mungkin tidak pernah mendengar nama beliau. Tetapi beliau telah menjual emas lebih daripada RM500 ribu. Malah dia baru sahaja mula menjual pada bulan Januari 2011.

Rahsia Gold

Walaupun beliau boleh dikatakan agak baru dalam bidang ini, beliau telah berjaya mencapai tahap jualan yang membanggakan. Jika anda sudah 2 tahun berada dalam pemasaran internet, tapi tidak tahu apa yang anda perlu buat, anda perlu cermin diri anda. Anda tidak boleh malas jika mahu berjaya.

Kalau anda sanggup berusaha, sanggup tinggalkan isteri anda yang cantik dua jam sehari (selepas bekerja 8 jam di ofis), untuk bekerja di hadapan komputer atau berjumpa klien, semuanya tidak mustahil.

Seperti yang saya janjikan dalamentri sebelum ini, saya ingin berkongsi satu kajian kes. Kajian kes ini adalah kajian kes berkaitan dengan pasaran kewangan. Berikut merupakan beberapa fakta mengenai perniagaan tersebut:

#1 Bulan pertama:RM46,453.

#2 Bulan kedua: SIFAR.

#3 Bulan ketiga: RM112,401.

#4 Bulan keempat: RM97,726.

#5 Bulan kelima: RM211,977.

Jika anda melihat nombor yang saya berikan di atas, kenapa pada bulan kedua tidak berjaya menghasilkan sebarang jualan?

Semua itu akan saya terangkan di dalam kajian kes ini.

Tapi sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, saya ingin memperkenalkan anda dengan pengasas Rahsia Gold ini iaitu Mohamad Rosaidi Shukri. Beliau merupakan penjual atau dealer emas untuk Public Gold. Anda boleh pergi ke laman rasmi Facebook beliau di https://www.facebook.com/rahsiagold.

70. 6 Juta Carian Di Google

Jadi kita pergi pada pasaran. Apa yang menarik tentang pasaran ini ialah, terdapat 70.6 juta hasil carian di Google. Kalau kita cari pelaburan emas, terdapat 992 ribu hasil carian. Persaingan di dalam enjin carian memang kompetitif. Selain di Internet, terdapat juga kedai barang kemas dan orang yang menjual emas di luar talian.

Pelaburan emas

Barang yang dijual pula komoditi. Harga bukan kita yang tentukan, dan semua penjual menggunakan pelbagai cara untuk menjual emas mereka. Ada yang menggunakan Google AdWords, Twitter, pemasaran e-mel, Facebook dan lain-lain.

Jadi bagaimana untuk Tuan Rosaidi boleh menjadikan dirinya pilihan utama, berbanding penjual lain? Ada dua cara yang digunakan.

Pertama, dari segi pemasaran dan kedua, personaliti beliau sendiri.

Dari segi pemasaran beliau menggunakan surat jualan, e-mel dan blog sebagai platfom untuk menjadikan pelawat kepada pembeli.

Kalau kita tengok surat jualan itu, apa yang dapat kita lihat?

Perkara pertama yang akan anda lihat ialah optin page.

Pemilihan headline adalah klasik yakni “Rahsia”. Manakala “tidak tahu” menguatkan lagi perkataan Rahsia tersebut. Terdapat di bawahnya. Itu adalah idea Rosaidi sendiri.

Apabila mereka opt-in, mereka tidak akan mendapat mesej jualan semata-mata tetapi akan mendapat tip-tip, perbandingan-perbandingan dan perkara-perkara yang membezakan emas dengan pelaburan lain.

Pada akhir emel, terdapat panggilan lembut kepada pembaca untuk membeli emas. Tiada paksaan.

Conversion – 1 Jualan Dalam Setiap 5 Emel

Jika anda lihat surat jualan yang saya tulis (anda boleh optin untuk mendapatkan pautan ke surat jualan), anda akan dapat lihat ia hanya satu kajian 11 muka surat mengenai emas. Surat jualan Rahsia Gold adalah teknik lembut untuk meyakinkan orang untuk membeli emas.

Rahsia Gold Pelaburan Emas

Ramai orang tidak membeli emas kerana merasa itu tidak perlu tetapi apabila mereka melihat surat jualan itu beberapa kali,mereka akan perasan beberapa penyataan seperti:

Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.

Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya. Walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.

Terdapat beberapa teknik psikologi berlaku di dalam 2 perenggan di atas. Mula-mula saya menyatakan pendapat saya. Kemudian saya beritahu apa kebanyakan orang fikir. Kemudian saya beritahu apa yang mereka baru sahaja tahu, iaitu tujuh perkara mengenai penawaran dan permintaan emas.

Pada perenggan kedua saya beritahu apa yang akan berlaku. Ayat terakhir pula saya beritahu pembaca di mana mereka mengetahui sesuatu yang istimewa, yang tidak ramai orang lain tahu.

Ada juga perenggan seperti ini:

Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan, serta menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas – seperti U.S dollar ada sebelum tahun 1970.

Ini yang sedang berlaku sekarang. Tahukah anda, dari 2 Ogos 2011 sehingga 10 Ogos 2011, lebih kurang RM91 bilion telah dikeluarkan daripada Bursa Saham Malaysia (KLSE)? Apabila perkara itu berlaku, orang mula panik. Orang mula menjual aset-aset berisiko dan memasukkannya kepada aset-aset yang kurang risiko seperti emas dan perak, atau wang kertas (mereka hanya memegang wang itu dan tidak berbuat apa-apa dengannya).

Itulah kuasa kajian. Anda akan mengetahui apa yang pernah berlaku, apa yang sedang berlaku, apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Anda akan menjadi peramal masa hadapan untuk pembaca anda. Mereka akan mempercayai anda dan apa yang anda buat akan menjadi ikutan.

Contoh Penghantaran Emel

Biar saya tunjukkan satu emel yang ditulis untuk promosi Rahsia Gold dan saya akan beritahu anda apa yang berlaku di dalam e-mel.

Tajuk Emel: Rahsia Gold: Aman, 5 sebab lain kenapa anda perlu melabur dalam emas

Pelaburan emas di Malaysia

Saya meletakkan nama syarikat/laman web di hadapan kerana ini memudahkan orang untuk mengingati e-mel ini datang daripada siapa. Kalau anda tidak letak nama syarikat atau nama anda, mereka ingat itu adalah SPAM dan akan mengatakan sayonara kepada anda.

Salam sejahtera aman,

Mungkin ada orang bukan Islam melanggan e-mel ini jadi saya mengucapkan Salam Sejahtera dan bukan Assalamualaikum.

Emel hari ini pendek sahaja. 5 sebab kenapa aman perlu melabur dalam emas.

Biasanya emel saya kepada pembaca panjang. Jadi saya beritahu mereka e-mel ini lain daripada biasa. Ini memberikan sebab kepada pembaca untuk terus membaca.

Di bawah ini fakta demi fakta.

  1. Emas bukan sahaja komoditi, ia mata wang. Ia mata wang yang berevolusi dalam pasaran sejak 5,000 tahun lepas.
  2. Emas dan perak sahaja mata wang yang tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan. Semua mata wang sekarang  (dollar, euro, yen, pound, rupee, dan lain-lain) adalah mata wang “fiat”, di mana mereka tidak mewakili sesuatu yang bernilai tetapi bernilai kerana keputusan kerajaan (dengan nama lain “wang sah”).
  3. Kerajaan pasti akan mencipta terlalu banyak wang fiat menyebabkan terlampau banyak wang kertas (Hasilnya: kuasa beli duit menurun.)
  4. Penciptaan mata wang fiat meningkat mendadak pada 1995, menyebabkan harga aset melonjak di merata-rata tempat di dunia. Pada September 2003, kadar semakin perlahan dan akhirnya menyebabkan krisis yang berlaku sekarang ini.
  5. Apabila habis semua krisis kewangan ini, kerajaan akan ditekan untuk mengembalikan dasar mata wang dengan sokongan emas.

Bagaimana hendak membuat kajian? Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah pergi ke Google, membaca entri Wikipedia dan mencari secara horizontal (menegak) dan vertikal (mendatar).

Kemudian saya akan pergi ke perpustakaan atau ke kedai-kedai untuk mencari buku yang relevan. Saya suka tengok apa jenis buku orang belek sebab saya akan tahu apa yang secara umum orang suka. Boleh kaitkan bila perlu.

Di atas hanya 5 sebab kenapa anda perlu melabur ke dalam emas. Emel akan datang, saya akan mendedahkan 5 lagi sebab kenapa anda perlu melabur dalam emas sebelum terlambat.

Saya memberitahu mereka ini hanya 5. Ada lagi yang akan datang. Sekali lagi, saya memberikan sebab kenapa mereka patut membaca e-mel ini.

Sekian,

– Mohamad Rosaidi
http://www.rahsiagold.com
Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan, sila sms dan email ke admin@rahsiagold.com @ 016-2037346.

Ingat, saya menjual perak juga! Jika anda nak beli, boleh contact saya. Thanks!

Adakah saya memaksa? Tidak. Hanya jemputan biasa. Mudah, tetapi efektif. Amat-amat efektif.

Di atas merupakan salah satu e-mel yang pernah saya tulis. Tiada paksaan, hanya perkongsian. Robert Cialdini di dalam buku pop psikologi yang bernama Influence, beliau ada menyatakan bahawa terdapat enam prinsip untuk mempengaruhi seseorang, dan enam prinsip itu ialah:

  1. Timbal Balik (Reciprocity).
  2. Komitmen dan konsistensi.
  3. Bukti sosial.
  4. Autoriti.
  5. Kesukaan.
  6. Kekurangan (Scarcity).

Saya percaya, dalam emel ini saya menggunakan prinsip pertama dan kedua. Saya tidak galakkan anda menggunakan semuanya dalam satu e-mel, tetapi menggunakan mana yang patut dalam setiap e-mel.

Saya percaya kalau guna satu prinsip sahaja dalam satu e-mel pun sudah memadai.

Jika anda rasakan e-mel anda tidak mempunyai satu pun prinsip di atas, anda boleh menyunting emel, dan cuba menggunakan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas.

Di dalam blog Rahsia Gold pula, anda dapat membaca tawaran yang dibuat oleh beliau dan juga artikel-artikel yang berkaitan dengan emas. Tidak ada hardsell, hanya ada jemputan untuk orang membeli.

Apa Kaitan Personaliti dan Jumlah Jualan?

Pada pendapat saya, magik berlaku bukan di dalam bahan pemasaran semata-mata. Tetapi hasil daripada perjumpaan dengan prospek-prospek juga. Apa yang saya lakukan untuk dia mampu menjawab sebahagian besar persoalan tetapi ada juga persoalan-persoalan lain yang perlu dia jawab untuk meningkatkan jualan.

Saya pernah keluar makan dengan beliau sekali di KLCC. Sambil duduk-duduk di sana, isterinya bertanya di manakah dia berada sekarang. Dia memberitahu saya sejak laman web Rahsia Gold mula membuahkan hasil, dia selalu keluar untuk berjumpa dengan prospek. Ada yang membeli, ada yang tidak membeli.

Walaupun ada orang tidak membeli, dia tidak membiarkan keadaan itu menghalangnya. Beliau berjumpa dengan lebih ramai orang, dan akhirnya lebih banyak jualan terhasil.

Dengan kata lain; lebih ramai prospek anda jumpa, lebih banyak jualan boleh berlaku. Jangan takut dengan halangan yang ada di hadapan anda. Dinding besar yang diberi nama halangan itu wujud bersebab. Adakah anda cukup berani untuk panjat dinding itu dan mengambil hasilnya?

Semasa perbincangan saya dengan beliau di KLCC, saya perasan dia lebih kepada pendengar. Dia mendengar setiap poin yang diberikan, dan tidak memberi sebarang komen pada awalnya. Kemudian, setelah saya habis makan, dia mengambil peta minda yang ada di hadapan saya dan memberikan pendapatnya.

Itu kuncinya. Dengar sehingga habis apa orang mahu cakap, barulah cuba untuk menutup jualan. Kerana setelah kita mengetahui betul-betul apa yang diperkatakan orang, barulah kita tahu apa yang membuatkan mereka tidak tidur lena pada waktu malam dan resah semasa bekerja.

Setelah kita mengetahui perkara-perkara itu, kita boleh menggunakannya untuk menimbulkan kontras antara “jika anda beli” dengan “jika anda tidak beli”.

Penjelasan Jualan Bulan Kedua – Hasil Jualan ‘Sifar’

Jika anda masih ingat pada awal entri ini, saya ada menulis pada bulan kedua beliau tidak mendapat sebarang jualan. Kenapa perkara itu berlaku? Kerana pada masa itu beliau tidak mempunyai sebarang sumber prospek yang baharu selain daripada rakan-rakan dan saudaranya sendiri.

Pelbagaikan trafik ke laman jualan

Kalau dia sudah menjual emas kepada semua rakan-rakannya, dan saudara-maranya, mana hendak cari pelanggan lagi?

Dalam bahasa usahawan Internet, kita tidak boleh bergantung pada satu sumber trafik sahaja. Kalau kita bergantung pada satu sumber trafik (seperti Google sebagai contoh), kita akan kehilangan sumber pendapatan.

Saya tabik hormat kepada Tuan Rosaidi kerana sedar tentang hakikat ini. Beliau tidak bergantung harap kepada kawan-kawan, saudara-mara atau Google semata-mata. Beliau sedar dan membuat kempen di tempat-tempat tertentu yang beliau yakin akan menguntungkan perniagaan beliau.

Sebab itulah anda perlu bersedia mencari trafik dari media sosial seperti Twitter, Facebook atau media berbayar seperti Google AdWords, iklan-iklan dan lain-lain. Jika sekarang anda bergantung seratus peratus kepada teknik SEO (Search Engine Optimization) anda, cuba cari sumber baru. Mungkin itu lebih menarik.

Lebih banyak anda eksperimen dengan sumber trafik anda, lebih banyak yang anda tahu.

Carpe Diem,

P.S: Baru-baru ini saya membuat eksperimen  surat jualan. Surat jualan asal membawa masuk RM120 untuk setiap 100 pelawat, manakala surat jualan kedua membawa masuk RM360 untuk setiap 100 pelawat. Lebih kurang 200% peningkatan.

Itu pentingnya eksperimen. Tanpa eksperimen, anda tidak akan tahu cara lebih baik untuk melakukan sesuatu.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (deepsanrazuryzamimokhairneeloyunus)


Tags: , , , , , , ,

Komen (5)

  1. Terima kasih atas perkongsian artikel yang menarik. Bagi saya pelaburan emas adalah terbaik sebab sampai bila2 dulu dan sekarang emas akan dikatakan mahal pada orang yang tak tahu. Kalau ada ilmu dan belajar pada orang yang betul emas ini akan menjadi aset kita yang kukuh. Emas ini adalah matawang semenjak 5 ribu tahun dahulu dan wang pada masa hadapan. Simpan, melabur dan manupilasikan emas sebaik mungkin.

    1. Abdul Rahman
      August 24, 2011

      Yep. Emas ini lebih baik kalau ada sebagai simpanan. 2-3 auns minimum. Sebagai “insurans” kalau sistem wang sekarang tidak berfungsi sebaik yang kita mahukan.

Pendapat anda?