Kepentingan Perkhidmatan Pelanggan Di Media Sosial (Infografik)

September 13, 2013 — Penulis:

Kategori: Komunikasi / Pemasaran

Perkhidmatan pelanggan merupakan antara faktor penting yang mampu membina kelompok para pelanggan yang setia serta mampu menarik urusniaga yang berulang-ulang dari pelanggan yang sama.

Jika suatu masa dahulu para usahawan meletakkan tempoh sehingga 48 jam untuk membalas pertanyaan serta soalan daripada para pembeli kerana jarang menyemak email, pada hari ini alasan ini sudah tidak boleh digunapakai lagi dengan kehadiran media sosial.

Pada hari ini media sosial seperti Facebook dan Twitter menguasai segenap minda pengguna internet di seluruh dunia dan boleh dikatakan hampir setiap hari kita menghabiskan sekurang-kurangnya 3 jam di internet untuk ber”facebook” atau ber”twitter”. Jadi tiada alasan lagi untuk usahawan lewat memberikan respon kepada para pelanggan mereka dengan menggunakan platform media sosial ini.

Hanya dengan memberikan maklum balas kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda di media sosial, anda bakal membentuk satu kepercayaan yang kukuh. Setelah mereka percayakan anda, mereka dengan mudah memberitahu rakan-rakan lain yang mengikuti mereka di media sosial. Bukankah ianya bukan sekadar memudahkan komunikasi tetapi juga merupakan pemasaran percuma untuk anda?

Infografik daripada Ambassador berikut mengungkap rahsia bagaimana anda mampu memaksimumkan penggunaan media sosial untuk perkhidmatan pelanggan anda, selari dengan perubahan pendekatan komunikasi yang dilakukan oleh para pelanggan anda melalui media sosial seperti Facebook.

social-customer-service

 


Tags: , , , , , , ,

Komen (5)

  1. Bila pelanggan mula menghubungi kita, maknanya mereka memang sedang semangat membara untuk mendapatkan produk atau servis daripada kita.
    Amatlah rugi jika kita mensia-siakan peluang itu. He he

    Terima kasih atas article yang diberikan ini.

Pendapat anda?