ISI KANDUNGAN
Nampaknya pengambil-alihan syarikat startup dengan nilai yang tinggi sehingga berbilion dollar masih lagi menjadi trend terkini selepas Yahoo! mengambil alih Tumblr bulan lepas.
Terkini pada 11 Jun yang lalu, syarikat gergasi Google telah membuat pembelian untuk mengambil alih sebuah syarikat aplikasi telefon yang membangunkan aplikasi berasaskan Social Mapping iaitu Waze. Nilai pengambil-alihan ini tidak diumumkan tetapi menurut laporan, ia tidak kurang dari $1.3 Bilion.
Waze yang diasaskan pada 2008 oleh Uri Levine, Ehud Shabtai dan Amir Shinar ini sebenarnya dahulu dikenali sebagai Linqmap. Kini ia merupakan antara aplikasi yang paling pantas berkembang dan mempunyai pengguna setia dari seluruh dunia yang diketuai oleh CEO Waze, Noam Bardin. Pada Disember 2011, jumlah pekerja mereka telah mencapai lebih 80 orang.
Fakta Menarik Mengenai Waze
- Pada Januari 2012, aplikasi Waze dimuat turun sebanyak 12 juta kali di seluruh dunia dan pada Julai 2012, ia telah mencapai 20 juta muat turun.
- Menurut Yahoo! pada Jun 2013, lebih 50 juta pengguna telah menggunakan Waze.
- Memenangi anugerah “Best Overall Mobile App” pada tahun 2013 di Moble World Congress mengalahkan Dropbox, Flipboard dan sebagainya.
- Aplikasi Waze sesuai untuk telefon-telefon yang menggunakan Android, IOS, Symbian dan sesuai digunakan di Blackberry 10.
- Facebook pernah berbincang untung mengambil alih Waze dengan nilai $1 bilion tetapi perbincangan ini tidak mencapai persetujuan kedua-dua pihak.
- Aplikasi Waze ini membolehkan anda mengetahui serta melaporkan keadaan trafik terkini di suatu kawasan itu secara langsung dan berkongsi dengan pengguna Waze yang lain.
Jumlah pengguna Waze semakin bertambah dari semasa ke semasa di seluruh dunia dan ini menjadikan aplikasi ini sangat bernilai tinggi. Ini kerana waze bukan sekadar GPS, ia merupakan aplikasi yang menggabungkan navigasi dan komuniti dalam platform yang sama.
Ingin tahu sebab sebenar mengapa Waze sangat bernilai dan mempunyai jumlah pengguna yang ramai dari seluruh dunia?
Berikut antara 5 sebab utama yang menjadikan aplikasi Waze ini sebagai aplikasi wajib untuk setiap pemandu di seluruh dunia.
#1 – Mesra Pengguna
Aplikasi Waze ini dibina khusus untuk komuniti, di mana para penggunalah yang bertanggungjawab untuk melaporkan sesuatu trafik di sesebuah kawasan itu. Jadi waze dilengkapi dengan menu-menu mudah untuk pengguna melihat keadaan sesuatu trafik, mencari tempat-tempat dan sebagainya.
Apa yang perlu mereka lakukan ialah muat turun aplikasi ini ke telefon dan klik button Waze. Selepas itu peta digital sesuatu kawasan itu akan dipaparkan dan anda boleh mula menggunakannya. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemudahan navigasi suara untuk membantu pengguna sampai ke destinasi dengan lebih selamat.
#2 – Laporan Terkini
Waze memaparkan laporan trafik terkini yang dilaporkan sendiri oleh pengguna atau komuniti Waze yang lain. Ini bermakna pengguna dapat mengetahui mengenai keadaan sesuatu kawasan itu dengan lebih pantas dan jelas hasil perkongsian pengguna yang lain.
Selain itu juga Waze turut menggunakan sistem ranking pengguna untuk menggalakkan pengguna Waze melaporkan keadaan trafik semasa untuk membantu para pengguna yang lain. Para pengguna juga boleh berinteraksi sesama sendiri untuk mengetahui keadaan sebenar di satu-satu kawasan tersebut.
#3 – Mencatatkan Jumlah Pengguna Ramai
Disaat para penyedia aplikasi mobile berlumba-lumba meletakkan harga kepada pengguna bagi mendapatkan akses aplikasi yang lengkap, Waze pula menggunakan strategi yang berlainan. Waze memberikan 100% servis terbaik secara percuma sahaja untuk pengguna IOS, Android, Symbian dan Blackberry 10.
Setiap peta tempat serta kawasan yang dipaparkan di Waze berbeza dengan GPS yang lain kerana ia lebih menyeluruh dan peta ini akan dikemaskini dari masa ke semasa secara percuma untuk pengguna. Jadi selain percuma, ia turut berguna kepada orang ramai. Tidak mustahil bahawa semakin ramai pengguna menggunakannya.
#4 – Keunikan Tersendiri
Waze menggabungkan sistem navigasi dan sistem “live” komuniti di dalam satu platform untuk memudahkan pengguna. Ia umpama sebuah sistem GPS yang digabungkan dengan Facebook dan beberapa aplikasi lagi yang dibina khusus untuk tujuan tertentu.
Tiada satupun aplikasi yang sama dengan Waze dibina pada hari ini. Ini kerana aplikasi yang ada pada hari ini lebih fokuskan kepada navigasi setempat semata-mata seperti sistem GPS, sistem pengesan kamera AES dan sebagainya. Tiada satupun yang menggabungkan navigasi trafik dan komuniti dalam satu platform percuma.
#5 – Menguntungkan Peniaga Tempatan
Aplikasi waze merupakan aplikasi navigasi setempat yang membolehkan anda meneroka sesuatu kawasan itu dengan lebih pantas. Ini bermakna jika anda berada di satu kawasan baru dan anda mahu mencari kedai-kedai makan, bank dan sebagainya, anda hanya perlu search sahaja di aplikasi Waze dan semua akan tersenarai di situ.
Ini membolehkan peniaga tempatan, terutamanya yang telah mempunyai kedai untuk mendapatkan ramai pembeli dengan lebih mudah jika kedai mereka tersenarai di peta tersebut. Ia diibaratkan juga sebagai Yellow Pages bergerak untuk semua pengguna yang mahu mencari tempat dan kemudahan yang ada di satu-satu kawasan tersebut.
—————————————————————-
Pengambil-alihan ini pasti dapat menguntungkan kedua-dua pihak terutamanya Google yang mampu menaik tarafkan lagi sistem Google Maps mereka pada masa hadapan. Harapan kami agar kerjasama ini dapat terus memudahkan pengguna pada masa depan.
(Sumber gambar: Wondermonkey2k, gilachess, cpandrew)
saya salah seorang pengguna Waze. saya sukakan petanya lebih lengkap dan mudah difahami berbanding peta di dalam Garmin.
dan yang paling menarik adalah kita boleh tahu adakah jalan itu sedang dalam kesesakan atau tidak. Waxe boleh cadangkan jalan lain yang kurang sesak.
Ia langsung dari jalan ke gadjet anda.
waze memang best!
Tka pernah gunakan waze lagi setakat nih. Nampak gaya macam kena download ni
Asyrof MESTI Download. 🙂
Pembelian Waze oleh Google ini membuktikan kepada kita bahawa aplikasi berasaskan ‘crowdsourcing’ semakin cepat berkembang dan Google semakin berminat dengan ‘social factor’ dalam produk mereka.
terima kasih majalah niaga..baru dengar pasal waze dan applikasinya ni..satu ilmu yang berguna
Sama-sama. 🙂
Salam. Saya pun baru dengar ni bila Tuan Hasbul cerita semalam. Hebat. Rasa macam nk design 1 apps pulak then jual kat google 😛 Saya ni salah seorang yang download waze ni tapi tak berapa kerap sangat guna sbb kene ada data line.
tak hairan google beli waze. hoho..
Dah guna Waze, memang power, selokoh yang kita ambil memang tepat. Maklumat terkini
Waze memang satu aplikasi yang bagus. 90% arah jalan yang ditunjukkan tepat.
Jika ada jalan yang sesak, dia akan guide user ke jalan alternative lain.
Tak ada la guna data plan sepanjang masa. Dari pemerhatian saya, data plan digunakan untuk determine jalan yang baru dan update info tentang kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Saya dah cuba tutup data plan lepas dia determine jalan ke destinasi. Masih lagi boleh digunakan tanpa masalah. Cuma tak dapat update tentang trafik.
Dan kalau sesuatu destinasi tu kita dah pernah pergi guna Waze, hari lain kalau nak pergi destinasi tersebut guna waze, tak perlu guna data plan pun boleh. Mungkin sebab dia dah save route ke destination. 🙂
P/S: Harap Google tak letak ads dalam apps tersebut selepas pengambilalihan ini. 🙂
Saya belum pernah try lagi Waze. Last week ada kawan recommend. Lepas baca artikel ni, dan testimoni dari pembaca, insyaAllah kena install Waze lepas ni. Sangat bagus especially orang bisnes yang selalu bergerak sana sini.
Tq atas perkongsian bermanfaat.
Saya salah seorang pengguna waze bila nak mencari jalan di lembah klang. Memang sangat-sangat membantu sebab ada direction melalui suara. Recalculating pun cepat bila kita dah tersalah jalan.
Waze memang best!
Waze ni perlukan internet tak?? Atau berfungsi macam navigator lain??
Waze friendly senang nak navigate..
Hello, Waze best sbb dia real time update. Tapi mesti ada data plan lah. Kalau takde sorry lah.
Waze..boleh try ni…biasa guna Apple Maps je
banyak point of view yang boleh dilihat salah satu ialah big2 company sibuk membeli site. yang kedua bagaimana bijak waze develop apps mereka. dan yang paling penting waze dpt membantu org ramai memudahkan pengguna untuk navigate.
Apa apa pun waze is still the best 🙂