Komik Niaga Edisi 6 Dilancarkan – Antara Minat, Bisnes dan Jutawan

October 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran, atas kemudahan yang diberikan oleh-Nya, serta sokongan terus menerus daripada kalian.

Kaver Edisi 6 Komik Niaga

Berita gembira mengenai penerbitan e-majalah Komik Niaga edisi keenam ini merupakan satu berita gembira untuk semua. Khususnya bagi usahawan-usahawan cilik yang mempunyai impian untuk membina empayar perniagaan suatu hari nanti.

Projek yang diilhamkan oleh Tuan Hasbul ‘Aqill dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Flarebiz Network, para penulis dan kartunis ini ternyata memberikan 1001 manfaat kepada para pembaca.

Namun apakah yang bakal kita peroleh dengan memuat turun e-majalah percuma bagi edisi kali ini?

Saiful Nang – Dari Minat, Bisnes Hingga Jutawan

Sebelum ini Majalah Niaga telah menerbitkan e-majalah kami yang memaparkan temubual eksklusif bersama jutawan fotografi, iaitu Tuan Saiful Nang. Nama beliau cukup kuat dalam industri ini dan jenama perniagaan beliau gah di mata seluruh dunia.

Tetapi dalam Komik Niaga edisi keenam ini, kami menampilkan kisah kejayaan beliau dengan cara yang berbeza. Yakni menerusi persembahan secara santai dalam bentuk ilustrasi komik.

saiful nang - jutawan fotografi

Tujuan kami adalah untuk membantu lebih ramai usahawan muda dalam memahami dunia keusahawanan dengan cara yang mudah, menerusi informasi yang santai, padat dan bermanfaat.

Apabila lebih ramai usahawan muda berjaya dilahirkan, maka kita akan menambahkan lebih banyak peluang kerjaya. Sekaligus mempertingkatkan ekonomi diri, keluarga, negara dan agama. Serta mendidik anak bangsa untuk menjadikan usahawan sebagai satu kerjaya rasmi di negara ini.

Muat Turun Komik Niaga Edisi Saiful Nang

Untuk muat turun e-majalah Komik Niaga secara percuma. Klik pada pautan di bawah sekarang.

KaverEdisi6

 Muat Turun E-Majalah Komik Niaga Edisi 6 (PERCUMA!)

Kemudian, nikmatilah informasi-informasi keusahawanan dalam bentuk yang santai dan bermanfaat.

Kami juga berbesar hati sekiranya tuan dan cikpuan dapat menyebarkan berita mengenai pelancaran e-majalah Komik Niaga ini kepada rakan-rakan kita yang lain, menerusi Facebook, Twitter, dunia offline dan sebagainya.

Usaha kalian menyebarkan maklumat ini dapat membantu kami untuk merealisasikan impian kami, iaitu menjadi platfom utama bagi para usahawan tempatan mendapatkan informasi bisnes yang tepat.

Cadangan atau ucapan terima kasih boleh ditulis menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Tanpa para pembaca yang budiman, siapalah Komik Niaga di mata masyarakat Malaysia.


Tags: , , , , ,

Komen (4)

  1. salam tuan,
    mohon pencerahan…
    di mana boleh saya dapatkan komik niaga
    sudah ada berapa episod ya?
    terima kasih

Pendapat anda?