Bagaimana Air Asia Mengaut Untung Tambahan RM200 Juta?

March 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Konvensional

Mana-mana bisnes sekali pun, usahawan perlu bijak dan berfikiran kreatif. Ini bagi memajukan keuntungan bisnes, serta mengelakkan kita daripada bersaing dengan ‘big boys’. Iaitu orang besar dalam industri.

Konsep Percuma Air Asia

Salah satu kreativiti yang boleh diaplikasikan dalam bisnes kita ialah, memberikan produk percuma kepada pelanggan. Chris Anderson, penulis buku The Long Tail and Free melakukan kajian dan mendapati pemilik bisnes mampu menggandakan keuntungan jangka masa panjang, jika mereka bijak memanipulasikan konsep percuma ini.

Google Juga Menggunakan Konsep Percuma!

Syarikat enjin carian terbesar di dunia iaitu Google, adalah salah satu contoh terbaik yang menggunakan konsep percuma ini. Kita boleh lihat menerusi servis enjin carian dan servis-servis lain yang diberikan secara percuma. Antaranya ialah:

  • Google Trends
  • Gmail
  • Google Maps
  • Google Apps

Melalui servis percuma ini, bilangan pengguna akan bertambah. Jadi, pihak syarikat boleh menggunakan statistik pelawat bagi meletakkan caj yang lebih tinggi kepada pengiklan.

Laporan Bloomberg Businessweek pada Februari 2010 mendapati, CEO Google iaitu Eric Schmidt menyatakan bahawa jumlah keuntungan pengiklanan Google hampir mencecah 1 bilion dolar. Ia merangkumi 4% daripada jumlah keuntungan keseluruhan syarikat.

Konsep Percuma AirAsia Memberikan RM200 Juta?

Syarikat tempatan yang berjaya menggunakan konsep percuma adalah Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah milik Tony Fernandes.

Air Asia Menawarkan Free Seats Pada Penumpang

Dalam buku Terbang Tinggi Seperti Air Asia karya Mazlan Mohamad, pihak Air Asia memberikan tawaran tempat duduk percuma (Free Seat) kepada mereka yang ingin melancong ke luar negara.

Air Asia berjaya memperoleh keuntungan tambahan sebanyak RM200 juta menerusi pemberian tempat duduk percuma ini.

Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Pihak Air Asia akan rugi jika mereka membiarkan tempat duduk itu kosong. Dengan tawaran tempat duduk percuma, mereka berjaya menarik orang ramai untuk memenuhi tempat duduk tersebut.

Dalam masa yang sama, penumpang akan membelanjakan wang ketika penerbangan. Seperti menggunakan perkhidmatan, membeli makanan dan produk-produk yang dijual dalam pesawat.

Air Asia akan memperoleh keuntungan tambahan, meskipun mereka menyediakan tempat duduk percuma.

Kredit gambar: Google Images (Free Press Release, Money4Invest )


Tags: , , ,

Komen (10)

  1. Hebat betul strategi pemasaran Air Asia. Setiap ruang yang ada di gunakan sebagai medium promosi dan sumber penjanaan wang. Sebab tu tak hairan lah dari sebuah syarikat penerbangan yang kecil kini telah menjadi sebuah syarikat penerbangan yang gah di mata dunia. Teringat aku skrip filem soal hati lakonan Afdkin Shauki dan Erra Fazira “Tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi kenyataan”. Apa yang boleh di katakan disini tanpa keberanian Datuk Tony Fernandes impian dia mesti tak tercapai hingga ke hari ni.

    P/S: Hari ni Manchester United pun AirAsia sponsor fulamakkk 🙂

  2. walaupun kita nampak ianya percuma,sebenarnya ada satu strategi di dalamnya,dimana pelanggan tadi membeli produk2 yg ada di dalam kapal terbang tersebut

  3. Salam, konsep ‘free’ dalam marketing memang mempunyai kekuatan tersendiri. Semua orang suka percima, kan? Namun, konsep ini biasanya digunakan untuk menampung keuntungan jualan produk/servis kompliment spt software.

  4. Abdul Rahman
    March 14, 2011

    Teringat teknik optin free, lepas dah optin kita tawarkan sesuatu untuk dijual. Walaupun kita terpaksa luangkan masa untuk buat laporan percuma (atau upah je orang buat), akhirnya kalau laporan percuma tersebut build kredibiliti kita, dia akan percaya dan beli barang yang kita promo (as long as ianya memenuhi kehendak semasanya)…

Pendapat anda?