Konvensyen Jutawan Muslim 2012 – Berkongsi Pentas Bersama Jutawan Muslim Malaysia

April 18, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

“Jutawan Superb Pencetus Revolusi Ekonomi Islam.”

Konvensyen Jutawan Muslim - IluvIslam

Konvensyen Jutawan Muslim 2012 adalah sebuah konvensyen yang menghimpunkan usahawan-usahawan tempatan, yang dikenali sebagai status jutawan untuk berada dalam satu pentas.

Satu Tujuan, Satu Harapan Ke Arah Jutawan Muslim

Semuanya berlandaskan satu tujuan. Yakni untuk memberikan maklumat penting kepada bakal dan para usahawan yang berpengalaman, untuk memajukan perniagaan berlandaskan agama Islam.

masjid negara

Kelemahan orang muslim di Malaysia yang ketara adalah berkenaan isu ekonomi. Ramai yang menganggap situasi ekonomi tidak penting. Maka wujud perkataan-perkataan seperti, “Wang tidak boleh masuk ke dalam kubur.” dan sewaktu dengannya.

Dalam masa yang sama, terdapat segelintir usahawan pula terlalu mengikut teori barat yang sedikit sebanyak melanggar syariat Islam. Satu daripadanya adalah menggadaikan maruah Islam, dengan bertujuan untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Konvensyen Jutawan Muslim 2012

Program ini diwujudkan untuk menyampaikan maklumat kepada orang muslim yang menetap di Malaysia, agar mengetahui kepentingan nilai ekonomi dari sudut agama Islam.

Kepentingan Ekonomi Dari Sudut Islam

Dalam masa yang sama, memberikan inspirasi dan motivasi kepada bakal usahawan yang berminat untuk menceburi bidang ini dan memperkasakan lagi ekonomi ummah.

Satu daripada hasil yang kita mahukan adalah kewujudan lebih banyak sumber-sumber sedekah untuk para saudara seagama yang memerlukan, hasil daripada keuntungan yang kita peroleh daripada perniagaan.

3 Objektif Utama Konvensyen Jutawan Muslim

Berikut adalah 3 objektif utama Konvensyen Jutawan Muslim 2012 yang dianjurkan oleh pihak ILuvIslam.

#1 – Melahirkan Jutawan Muslim

Dengan wujudnya konvensyen seperti ini, ia adalah langkah pertama untuk mencetuskan transformasi terhadap bidang keusahawanan di Malaysia.

Pendekatan berlandaskan syariat Islam dihebahkan agar manfaatnya diterima dan diguna pakai oleh semua usahawan muslim yang menetap di negara Malaysia.

#2 – Melahirkan Kesedaran Tentang Amanah Sebagai Jutawan Muslim

Menjadi jutawan bukan sekadar memenuhi kepentingan peribadi. Ia adalah alternatif untuk kita menambah lebih banyak saham akhirat.

Dalam Konvensyen Jutawan Muslim, ini adalah objektif utama mereka dalam membantu melahirkan lebih ramai jutawan muslim yang memegang tanggungjawab sebagai hamba Allah.

#3 – Strategi dan Kaedah Betul Untuk Menjadi Jutawan Islam

10 barisan panel-panel yang memegang status usahawan muslim jutawan ini akan membongkarkan satu demi satu rahsia, untuk memastikan impian kita menjadi jutawan muslim sebagai satu realiti.

Ini selaras dengan konsep guru yang mempunyai ilmu yang mengajar anak muridnya untuk menjadi orang yang berilmu seperti dirinya.

Konvensyen Jutawan Muslim – Barisan 10 Panel Jutawan Muslim

Antara panel-panel yang turut serta untuk berkongsi ilmu dalam konvensyen ini adalah seperti berikut:

Konvensyen Jutawan Muslim - Barisan Panel

  1. Mohd Nurul Imran Koyube (CEO iluvislam).
  2. Dr. Zahazan Mohamad (CEO Telaga Biru Sdn Bhd).
  3. Dr. Niki Shuhada Shukor (Group Agency Manager, CIMB Wealth Advisor).
  4. Raymee Hussein (World Dirham).
  5. Dan ramai lagi (Klik Di Sini).

Bagaimana Konvensyen Ini Membantu Anda?

Terdapat dua elemen ketara yang dapat kita manfaatkan apabila menghadiri Konvensyen Jutawan Muslim 2012 ini. Antaranya adalah:

  1. Peluang untuk networking bersama usahawan dan jutawan muslim.
  2. Menuntut ilmu daripada guru jutawan yang betul.

#1 – Peluang Networking

Networking adalah satu daripada prinsip penting dalam kejayaan perniagaan. Dengan menghadiri konvensyen ini, kita dapat berjumpa dengan berkenalan dengan lebih ramai usahawan-usahawan muslim yang mempunyai matlamat yang sama.

#2 – Menuntut Ilmu

“Belajar daripada guru yang betul, kita akan memperoleh ilmu yang betul, berkesan dan bermanfaat seumur hidup.”

Ibarat kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga. Tersilap pilih guru, maka rosak anak muridnya. Begitu pentingnya berguru dengan individu yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang betul, supaya kita memperoleh kejayaan yang sama seperti mereka.

Konvensyen Jutawan Muslim – Cara Pendaftaran

Pendaftaran ke konvensyen ini boleh dilakukan menerusi dua kaedah. Yang pertama adalah secara individu. Kedua pula adalah secara berkumpulan.

Konvensyen Jutawan Muslim 2012

Untuk maklumat lanjut mengenai cara pendaftaran ke Konvensyen Jutawan Muslim 2012, sila klik pada pautan di bawah:

Daftar Sebagai Peserta Konvensyen Jutawan Muslim (Klik Di Sini)

Insya Allah, tim Majalah Niaga akan hadir sebagai rakan media untuk membuat liputan khas terhadap konvensyen ini. Bagi yang telah mendaftarkan diri, tahniah dan terima kasih kami ucapkan.

Jumpa kita pada 29 April 2012 ini.

Kredit: Jutawan Muslim, Kenny Teo, crazy maq


Tags: , , ,

Komen (7)

  1. Salam,

    Terima kasih kepada pihak MajalahNiaga.com kerana sudi membuat liputan tentang Konvensyen Jutawan Muslim yang bakal diadakan, artikel yang menarik dan perkongsian yang hebat. Semoga memberi manfaat kepada para usahawan diluar sana insyaALLAH aminnn.

    – Event Manager, IluvIslam.com Events –

    1. Salam tuan Faisal Reza,

      Sama-sama, terima kasih juga memberi kepercayaan kepada kami untuk membuat liputan media pada konvensyen hebat ini. InsyaAllah laporan seterusnya akan dihasilkan selepas Konvensyen nanti. 🙂

  2. Alhamdulillah bagusnya.Semua usahawan Islam berkumpul dan duduk berbicang serta berkongsi pendapat dan pengalaman. Panel-panel yang terbaik.
    Harap semua diberkati-Nya

    1. Alhamdulilllah tuan, tahniah kepada Iluvislam kerana berusaha keras bagi menjayakan program ini. Satu platform bagi membangkitkan nama-nama usahawan Islam yang berstatus jutawan. Alhamdulillah, kita sudah buktikannya! 😉

  3. Tahniah! Ini suautu usaha yang bagus dalam meningkatkan ekonomi umat Islam di Malaysia. Sudah tiba masanya untuk kita menguasai ekonomi negara.

Pendapat anda?