Kuasa Jualan – 3 Langkah Mudah Menukarkan Pembaca Kepada Pelanggan

April 15, 2013 — Penulis:

Kategori: Komunikasi / Pemasaran

“Jangan Menjual Jika Inginkan Hasil Jualan Yang Tinggi…”

Akibat dari keadaan terpaksa menghasilkan jualan bagi mencapai kuota jualan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat, seorang jurujual akan terus memaksa diri menjual tidak kira kepada siapa pun beliau berjumpa.

strategi jualan

Secara emosinya majoriti manusia tidak suka jika dipaksa membeli. Mereka akan membeli jika mereka rasa mereka hendak atau perlu membeli. Jika kita dapat memanipulasi dua emosi ini iaitu rasa hendak dan rasa perlu membeli maka dengan mudah jualan dapat kita hasilkan.

Manusia Mempunyai Perisai Ghaib

Terdapat satu perisai dalam diri manusia yang tidak nampak dek mata kasar namun sangat-sangat mempengaruhi emosi dan tindakan manusia. Selalunya perisai ini akan aktif dan naik untuk melindungi tuannya dari jurujual-jurujual yang cuba menjual sesuatu.

Apabila prospek dapat mengesan yang kita cuba menjual sesuatu padanya maka perisai ini akan aktif dan naik. Apabila perisai ini naik maka minda dan emosi prospek akan mengatakan TIDAK pada setiap mesej jualan yang disampaikan padanya.

Persoalannya sekarang bagaimana kita boleh pastikan yang perisai dalaman prospek kita ini tidak naik semasa kita melakukan jualan.

Kata kuncinya adalah JANGAN MENJUAL.

Apabila mesej yang kita sampaikan kepada prospek bukan dalam bentuk menjual maka perisai ini tidak akan aktif.

strategi menjual

Pasti anda tertanya-tanya mana mungkin kita dapat menghasilkan jualan tanpa kita menjual…?

Di sinilah penggunaan amalan tiga langkah jualan memainkan peranan penting dalam menghasilkan jualan.

 

Apakah Sebenarnya Tiga Langkah Jualan Ini ?

Jualan tiga langkah adalah proses menjual yang melibatkan :

  1. Langkah pertama – Langkah untuk tarik perhatian prospek
  2. Langkah kedua – Langkah untuk tarik minat prospek
  3. Langkah ketiga – Langkah untuk jana kehendak dan proses untuk menggerakkan prospek agar terus membeli.

Penggunaan penulisan iklan-iklan pendek  yang menjanjikan sesuatu faedah mampu menarik perhatian prospek. Untuk menarik minat prospek pula maka kita boleh menggunakan kaedah BERKONGSI. Manusia suka jika kita berkongsi apa yang kita punyai dengan mereka.

 

Kuasa Berkongsi Mampu Mengalahkan Kuasa Perisai Prospek

Perkongsian di sini bermaksud perkongsian tip, ilmu, petua atau apa sahaja informasi yang mampu memberi manfaat serta nilai tambah kepada prospek yang mempunyai kaitan dengan apa yang ingin kita tawarkan pada mereka.

Dalam perkongsian tersebut dihujungnya kita perkenalkan kepada prospek akan produk atau perkhidmatan yang ingin kita tawarkan. Setelah prospek melalui kedua-dua proses tersebut barulah kita boleh melakukan jualan. Di sinilah penggunaan surat jualan boleh kita gunakan.

jangan menjual

Jadi maksudnya dari iklan kecil atau iklan pendek kita bawa prospek kita untuk membaca atau pergi ke bahagian perkongsian informasi kita dan dari perkongsian inilah emosi minat terhadap apa yang bakal kita tawarkan padanya akan timbul. Dari perkongsian ini prospek dibawa terus ke surat jualan.

Perlu ingat pergerakan prospek dari iklan pendek hinggalah ke surat jualan adalah dengan kerelaan dirinya sendiri maka bila sampai ke bahagian surat jualan bermakna prospek telah bersedia untuk menerima mesej jualan dan perisai diri yang dinyatakan sebelum ini tidak aktif.

Kredit gambar kepada Flickr (mcazadi, glosackmd, gemmarobinson)


Tags: , , , , ,

Komen (15)

  1. Terima kasih dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat ini. Ia telah menyuluh jalan ke arah penulisan iklan yang berpengaruh utk saya.

    Saya sangat berminat dengan seni penulisan sebegini…

    1. Terima kasih…. dengan ilmu nie saya akan cuba praktik kan…. kerana sebelum nie…. saya seolah – olah memaksa pembeli….. tq

  2. Saya pernah attend kursus advance copywriting bersama beliau. Banyak sangat info bagaimana nak memahami aliran sebenar penulisan sales letter dan copywriting…

  3. Dulu saya dah belajar pasal teknik ni.. Tp disebabkan dah lama tak buat jualan.. dah lupa.. Sekarang bila nak start menjual balik, main serbu je paksa orang beli..
    Terima kasih kerana tips hebat ini..

  4. Rusdi Rusli
    June 3, 2013

    Salam…sejak belakangan ini, pelanggan sering menolak jualan saya. Saat itu, saya hampir berputus asa untuk meneruskan jualan. Bermacam-macam kaedah dan teknik telah saya cuba namun ianya tidak berjaya.

    Namun, setelah membaca artikal ini semangat saya ingin meneruskan jualan semakin membara. Hati saya terus berkata. Rusdi jangan berhenti. Gunakan tip ini sebaiknya. Doakan semoga jualan saya sentiasa memuaskan hati pelanggan. Terima kasih banyak.

    1. Rusdi Rusli, saya amat terharu dengan apa yang tuan tuliskan. Komen tuan ini juga memberi inspirasi untuk untuk sama-sama tingkatkan perjuangan dalam perniagaan dan memberi semangat buat saya untuk berkongsi lebih lagi… terima kasih kembali… jemputlah sertai group saya…

Leave a Reply to Lazim Batal (Cancel)