Langkah Pertama Donald Trump Membina Jenama

March 28, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Salam perkenalan daripada saya Nazri Kadir TRUMP. Oh! Pasti ramai yang tertanya – tanya kenapa ada perkataan TRUMP di belakang nama saya? Sudah pasti saya tiada perkaitan talian darah dengan Trump. Bukan juga pekerja di mana – mana anak syarikat beliau tetapi TRUMP mula dipakejkan dengan nama saya oleh ramai pembaca setelah buku pertama saya berjudul Berfikir Gaya Trump mula diterbitkan pada 19 Mei 2011.

Donald J Trump

Untuk meneruskan kesinambungan kajian terhadap Donald J Trump. Saya mula membangunkan buku-buku selanjutnya berkaitan Trump yang juga merupakan sekuel terhadap Berfikir Gaya Trump. Kesemua sekuel ini dibangunkan dalam projek mega penulisan yang dinamakan Siri Bisnes Gaya Trump oleh syarikat penerbit PTS Publication.

Kuasa Minda Donald J Trump

Dari sini, jenama Nazri Kadir TRUMP itu semakin melekat dalam kalangan pencinta ilmu daripada pelbagai bidang dan saya fikir lebih baik jenama ini terus menjadi jenama untuk diri saya. Minda Donald J Trump menumpukan seluruh penulisan yang berkaitan dengan Donald Trump berdasarkan kajian dan bahan Fakulti Kajian Minda Strategik, Akademi Kehidupan.

Untuk pertemuan pertama kita ini. Terlanjur berbicara mengenai jenama. Maka beberapa keluaran seterusnya kita akan mula berbicara mengenai jenama yang amat sinonim dengan Trump.

Trump Antara Jenama Paling Berpengaruh Di Dunia

Itulah jenama yang paling berpengaruh di dunia ini. Sukar untuk mengatakan pada dewasa ini bahawa kita tidak pernah mendengar jenama Trump itu. Biar pun pada pandangan kasarnya. Sebahagian besar dan produk dan servisnya disasarkan kepada golongan yang berpendapatan tinggi dan sederhana tetapi jenamanya berjaya mempengaruhi semua golongan usia, kelas pendapatan, bidang pekerjaan dan sebagainya.

The Apprentice

Keterujaan orang ramai terhadap Trump tidak dapat dinafikan apabila rancangan realiti televisyennya The Apprentice mendapat rating yang tertinggi sepanjang musim ditayangkan. Impaknya di Malaysia juga amat kuat dengan ramai yang meletakkan beliau sebagai idola mereka. Baik untuk perniagaan mahu pun sebagai motivasi diri.

Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya amat mudah iaitu kerana kekuatan jenama TRUMP! Namun yang sukar adalah mengasas dan membangunkan jenama Trump. Ia adalah satu proses yang amat panjang dan merupakan kesepaduan pelbagai elemen. Bukan sekadar nama dan logo. Trump tidak membina jenama dengan dua elemen tersebut semata-mata.

Impian Untuk Membina Sebuah Empayar

Sewaktu Trump mula menceburi perniagaan sebaik saja menamatkan pengajian di Wharton School of Finance. Beliau mula berfikir dalam arus yang berbeza jika dibandingkan dengan ayahnya yang terlebih dahulu membina syarikat hartanah Trump.

Empayar Bisnes Donald Trump

Beliau bukan sekadar ingin memajukan syarikat ayahnya tetapi beliau ingin membina sebuah empayar. Ini membawa beliau berhijrah ke Manhattan. Di Manhattan inilah, jenama Trump mula dibina dari tapak yang paling asas. Beliau bermula dengan hanya beberapa orang pekerja sahaja semasa mula-mula mengasaskan The Trump Organization.

Sungguh pun beliau meninggalkan ayahnya di Brooklyn yang perniagaannya berada dalam keadaan yang amat selesa dengan projek dan kewangan dan beliau berhadapan dengan cabaran bukan kepalang ketika mula-mula membina Trump Organization di New York.

Namun, inilah langkah yang tepat akhirnya dalam melahirkan jenama TRUMP!

Bersambung …

Keluaran akan datang akan menceritakan kenapa langkah Trump ini akhirnya di anggap tepat dalam impian beliau membina jenama. Juga akan diberikan asas penjenamaan untuk usahawan dan para individu dalam pelbagai bidang. Nantikan…

Kredit: Google Images (StarMagazineCentral, Cityofatlantic) Flickr (Iamhydrogen)


Tags: , , , ,

Komen (7)

  1. slm tuan nazri kadir, thanks di ats perkongsian berharga ini. sy tunguu artikel seterusny dri tuan. mmg dri awal kewujudan Majalah Niag lgi sy tunggu artikel tuan 🙂

  2. NazriKadirTRUMP
    March 29, 2011

    Terima kasih Tuan Ibrahim…Saya sudah add kah Tuan di facebook?

    Insya Allah saya membahagikan artikel Trump dalam dua siri iaiatu berkaitan perniagaan dan motivasi diri…

  3. t kasih dgn maklumat ni..

    saya juga cuba membina jenama sendiri..NORIS
    * noris batik (jual batik sutera trg)
    * noris maju trading 9bidang hartanah)
    * noris agency (takaful ikhlas)
    will be more…insya-Allah

  4. NazriKadirTRUMP
    March 31, 2011

    Tahniah Cik Noris kerana mula melangkah dengan berani dalam keusahawanan. Nantikan sambungan artikel ini minggu hadapan..

  5. Mungkin Tuan Nazri boleh membuat kajian tambahan, bagaimana billionaire Malaysia kekayaannya boleh mengatasi Trump yang mempunyai jenama yang dikenali satu dunia. Adakah disebabkan kehebatan jenama produk/perkhidmatan mereka seperti Genting berbanding jenama peribadi mereka?

Pendapat anda?