Langkah Pertama Sebelum Guest Blogging

December 22, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Guest blogging merupakan trik atau kaedah yang kami gunakan sehingga hari ini, untuk meningkatkan jumlah pelawat blog Majalah Niaga secara drastik setiap bulan.

Rahsia Trafik Majalah Niaga

Cara untuk menggunakan kaedah ini secara langkah demi langkah ditunjukkan menerusi e-book kami iaitu Rahsia Trafik – Formula Blogging, yang telah dilancarkan sekitar bulan Ogos 2011.

Dalam arena blogging tempatan, strategi ini jarang digunakan oleh para blogger. Antara masalah utama yang dihadapi oleh mereka adalah kekurangan ilmu dan idea tentang bagaimana untuk bermula.

Perkara pertama yang perlu ada dalam diri setiap blogger sebelum mula aktif dalam guest blogging adalah…

Mempunyai Online Portfolio

Online portfolio bermaksud senarai hasil kerja kita dalam industri. Dalam dunia masa kini, individu atau organisasi akan melihat hasil kerja kita terlebih dahulu bagi tujuan penilaian. Di Amerika Syarikat, mereka menapis individu untuk ditemuduga menerusi cara ini.

Blogger juga mempunyai online portfolio mereka. Yakni menerusi laman blog yang dimiliki, sama ada menerusi platfom percuma atau berbayar.

wordpress - platform pilihan utama para blogger

Sebagai contoh, kami di Majalah Niaga menggunakan blog ini untuk memudahkan blogger lain menilai kualiti hasil kerja kami (penulisan artikel), seterusnya meyakinkan mereka untuk bersetuju membenarkan kami untuk menulis entri jemputan di blog mereka.

Online portfolio ini cukup penting khususnya untuk blogger baru. Kita tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk meyakinkan blogger lain, melainkan hasil-hasil penulisan kita menerusi blog sedia ada.

Justeru itu, wujudkan blog sekarang menerusi platfom Blogger, WordPress, Joomla atau mana-mana yang sesuai sebelum memulakan strategi guest blogging.

Rahsia Meyakinkan Blogger Lain

Adakah kita ragu-ragu ketika mahu menghubungi blogger lain?

Situasi ini biasa berlaku apabila kita sendiri tidak jelas bagaimana artikel yang dihasilkan dapat membantu pemilik blog yang lain.

Glen Allsop, pengamal teknik guest blogging memberikan penerangan yang baik berkenaan cara untuk meyakinkan blogger lain. Katanya, apabila kita berhubung dengan pemilik blog lain, letakkan fokus utama kita bagaimana artikel ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca blog mereka.

darren rowse berkerjasama dengan blogger lain

Serta bagaimana ia dapat meningkatkan kredibiliti mereka dengan lebih pantas.

Contohnya, apabila tim Majalah Niaga berhubung dengan blogger, poin-poin yang akan kami gunakan adalah seperti berikut:

  • Siapa kami dan apakah kepakaran kami.
  • Bagaimana artikel kami dapat menaikkan semangat pembaca blog mereka untuk memulakan perniagaan.
  • Jumlah perkataan dalam artikel yang akan kami berikan kepada mereka (Semakin banyak, semakin bagus).
  • Bagaimana blogger itu dapat memperoleh manfaat yang jelas apabila membenarkan kami menerbitkan artikel di blog mereka. (Kredibiliti, trafik, kepercayaan dan sebagainya).

Proses meyakinkan blogger ini berlaku secara berperingkat. Adalah penting untuk kita mempunyai hubungan yang baik dengan mereka terlebih dahulu.

Pengamal guest blogging adalah mereka yang sentiasa meletakkan manfaat artikel mereka kepada pembaca blog lain sebagai fokus utama. Dengan itu, orang ramai akan tertarik dan berminat untuk menghubungi kita bagi memperoleh artikel guest blogging.

Bagi yang ingin tahu bagaimana kami melakukan strategi guest blogging secara live, sertai Seminar Blogging anjuran tim Majalah Niaga. Dalam seminar ini kami akan membongkarkan strategi yang kami gunakan untuk meningkatkan jumlah pelawat sebanyak 10,000 dalam masa kurang 6 bulan.


Tags: , , , , , ,

Komen (2)

    1. Terima kasih utk infonya…

      jujurnya mmg tak pernah buat guest blogging lg… dijemput jadi guest adalah tu pun sbb trtentu…

      hi Titan, jumpa kita di sini 😉

Leave a Reply to Ummi Hanie Batal (Cancel)