Langkah Sukar Pelabur Hartanah Untuk Tahun 2014 dan 3 Cara Mengatasinya

December 11, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Hartanah / Pelaburan

Bagi yang mengikuti perkembangan saya sejak pada tahun lepas 2012, saya banyak mengenengahkan pembelian dan pelaburan hartanah tanpa modal yang mana terdapat skim-skim yang membantu pembeli rumah pertama mahupun yang bergelar pelabur hartanah.

Topik hari ini adalah untuk menunjukkan secara realitinya keadaan hartanah Malaysia yang mana kerajaan cuba menangani masalah spekulator yang menaikkan harga hartanah.

Dalam Artikel berbahasa Inggeris di ‘Star Online’ yang di tulis oleh Shahanaaz Habib yang bertajuk ‘Business As Usual in Property Market’ beliau menemu-ramah Presiden Insititut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) dan kesimpulan dibuat yang menjadikan kenaikan harga hartanah adalah disebabkan kelab-kelab pelabur hartanah.

Kelab-kelab pelabur hartanah ini bergabung dan membeli hartanah secara pukal dan mereka mengharapkan harga hartanah naik dalam masa akan datang. Ahli kelab ini adalah pelabur dan bukannya pembeli hartanah yang tulen yang mahu tinggal di dalam rumah tersebut.

Maka dengan itu sejak bajet 2013 lagi kerajaan telah mengambil langkah awal bagi mengurangkan gejala spekulator hartanah bagi memberikan peluang kepada pembeli hartanah yang tulen yang memerlukan rumah sebagai keperluan.

Persoalannya adakah langkah kerajaan ini akan mengurangkan gejala spekulator dan bagaimana sebenarnya kenaikan harga rumah boleh di kawal? Ini kerana pelabur hartanah ini kebanyakkannya memang mempunyai modal yang tinggi dan mereka hanya perlu ubah strategi pembelian hartanah mereka.

Kenaikan harga hartanah bukan hanya bergantung kepada pelabur hartanah, ianya juga bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh pihak pemaju juga dan kebanyakan harga hartanah melalui pihak pemaju memang terlalu tinggi. Alasan mereka terhadap kenaikan harga hartanah adalah disebabkan barang mentah yang tinggi serta kos pengurusan yang meningkat.

Oleh sebab itu, tidak adil juga menyalahkan seratus peratus kepada pelabur hartanah dan saya lihat langkah untuk mengawal kenaikan harga hartanah mesti daripada pihak kerajaan sendiri terhadap semua pihak. Ini kerana harga rumah mampu milik juga mahal daripada yang disangkakan, mungkin tidak semua namun masih ada lagi yang mengeluh dengan harga rumah mampu milik.

Oleh itu saya hendak kongsikan 3 cara atasi bajet 2014 ini dengan lebih tenang.

1. Beli Atau Melabur Hartanah Dengan Tempoh Jangka Masa Panjang

Kebanyakan aset hartanah yang lama seperti di lokasi Bangsar dan lain-lain lokasi yang perdana mengalami kenaikan harga hartanah dalam tempoh masa yang agak panjang.

Jadi sebagai pelabur hartanah atau penyimpan aset, anda seharusnya menyimpan aset anda dalam tempoh yang lama sehingga ada pembeli yang tulen yang mempunyai wang untuk membeli hartanah anda.

Tidak salah untuk anda menyimpan aset sekarang dan menuainya pada masa akan datang walaupun mungkin kenaikan harga tidak seperti dijangkan, namun hartanah pasti akan naik harganya disebabkan kekurangan tanah untuk menampung permintaan yang semakin tinggi.

2. Sewakan Hartanah Anda, Bukan Menjual Terus

Bagi mengelakkan spekulasi harga hartanah yang semakin menjadi-jadi, anda di galakkan mengambil strategi sewa rumah anda bagi mendapat pendapatan pasif setiap bulan.

Jika ada penyewa yang bersetuju dengan harga sewa yang ditetapkan, maka anda tidak perlu risau akan berlaku penindasan terhadap penyewa kerana anda juga menanggung hutang bebas setiap bulan dengan bank.

Pihak penyewa perlulah bertimbang rasa kepada tuan rumah yang sanggup memberikan sewa kepada mereka dan sekaligus suasana menang-menang mesti ada dalam hal muamalat seperti ini.

3. Melabur Ikut Kemampuan dan Tidak Berlebihan

Bagi mereka yang baru hendak memulakan pelaburan hartanah, melaburlah dengan bijak dan ikut kemampuan. Di dalam konsep pelaburan, anda mesti tahu had anda dan jika anda mahukan melabur hartanah lebih daripada satu atau dua buah rumah, anda perlu bekerja keras untuk mempunyai kemampuan dalam pelaburan ini.

Paling penting ialah ilmu tentang bagaimana meguruskan rumah pelabura anda supaya anda tidak mengalami kerugian sebelum, semasa dan selepas membeli hartanah anda.

Sejak saya mengendalikan program pelaburan hartanah saya lihat ramai yang mengalami masalah rumah terbengkalai dan juga terikut-ikut membeli dan melabur hartanah tanpa membuat kaji selidik yang lebih mendalam.

Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu pembeli dan pelabur hartanah yang baru yang merasakan mereka sudah tiada peluang untuk membuat pelaburan hartanah pada situasi yang sukar sekarang ini.

Sumber: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/17/Business-as-usual-in-property-market.aspx

Kredit foto: outwardbox,


Tags: , , , , , ,

Komen (12)

  1. Tq atas info Tn. Sangat membantu pada sya yg baru bercdang utk berjinak2 dlm dunia hartanah. Trime kasih berkongsi maklumat.

  2. Salam ,,
    Artikel bagus bangat,,,,sebab penulis dari otai dunia on-line Malaysia,,
    Ambil ikhtibar dari panduan begini elak masalah tersangkut ,,,atau
    kesan sampingan@risiko yang mungkin datang tanpa di undang,,,
    Terimakasih,,,

    salam maju jaya,,
    ,
    dari hjhche
    orangitu.com

  3. Thanks untuk info. Saya masih baru bermula dalam bidang ini.
    Pelaburan hartanah adalah suatu pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa panjang.

    Tetapi, mestilah dengan ilmu dan cara yang betul. 🙂

  4. Bagi yang bercadang untuk memiliki rumah sendiri, ada baiknya beli rumah ikut kemampuan dan keperluan. Contohnya, kalau masih bujang/baru berumah tangga mungkin boleh diusahakan rumah flat kos rendah daripada menyewa jika dah mampu membeli. Bagi yang dah berkeluarga, boleh usahakan rumah yang ada minimum 3 bilik dan sekurang-kurangnya 1 tandas atau lebih .Itu sudah cukup memadai.

    Tak semestinya beli rumah baru :).

  5. Bukan isllam dh lama buat pelaburan hartanah. Sykt di bskl yg besar skrg dulunya adalah jg pelabur hartanah.
    Dulu saya hanya jd broker utk hartanah. Alhamdulillah ada rezeki.
    Kini mula mengorak langka agresif dlm bidang ni.dgn modal yg kurang tp bantuan rakan2 banyak membantu.
    Betullah jika kita usaha dgn jujur dan rajin dan mengharap rahmat Allah maka Allah swt membuka pintu rezeki.
    Saya hanya membina lot banglo yg murah2 aja.sedikit untung tp sukanya bila customer dan rakan mula bina rumah impian mereka. Begitu jg bila ada yg boleh jual lot mereka dgn harga yg bagus.
    Jika ada yg ingin utk berkongsi pengalaman/pengetahuan/modal bolehlah berhubung dgn saya. Hanya whatapa sj. 0106419090. Hassan
    Peringatan. Ini bukan tempat utk melabur. Hanya utk yg ingin berkongsi pengetahuan.

  6. Satu pelaburan yg menguntungkan. Sesiapa yg berkemampuan rebut lah peluang buat pelaburan hartanah ni. jangkaan masa akn datang pasti berbaloi..

  7. analisa yang baik. dulu saya teragak2 utk membeli rumah atas harapan harga rumah yg bubble akan pecah dan jatuh…tp ternyata meleset kerana harga terus meningkat…nasib basik sy sempat juga beli 2 tahun lepas, alhamdulillah dah naik pon harga rumah tuh 60k

Leave a Reply to Akmal Aizat Batal (Cancel)