Himpunan Artikel Mingguan 28 Mei 2011

May 27, 2011 — Penulis:

Kategori: Himpunan Artikel Mingguan

Minggu ini kami di Flarebiz Network akan sedikit sibuk dengan Seminar Akademi Usahawan, yang akan berlangsung di UIA. Setakat ini sambutan yang kami terima adalah baik-baik belaka. Setelah dibuat kajian, hampir 99% berpuas hati dengan penyampaian maklumat, seperti yang dijanjikan dalam laman web.

Himpunan Artikel Mingguan Majalah Niaga

Di Majalah Niaga juga, kami membuat keputusan untuk mewujudkan satu kategori yang diberi nama ‘Himpunan Artikel Mingguan’. Ini bertujuan bagi membantu tuan dan puan, untuk membaca senarai artikel yang telah kami terbitkan pada setiap minggu.

Oleh itu, luangkan masa kalian dalam 30 minit, sediakan kopi secawan di atas meja komputer. Jemputlah menelaah ilmu-ilmu yang kami sediakan dalam blog pada minggu ini.

Isnin:

Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah

Pakdi, seorang penulis genre kewangan Islamik negara yang tidak asing lagi. Setiap entri beliau wajar diberi perhatian sepenuhnya. Entri kali ini berkisarkan tentang bagaimana untuk kita membeli emas dan perak, supaya pembelian ini mematuhi syariah (syariah compliant).

Baca entri sepenuhnya di sini.

Selasa:

Medium Pengiklanan dan 3 Ciri Pengiklanan Efektif

Sebuah iklan di akhbar memerlukan kita untuk melaburkan wang sebanyak sekurang-kurangnya RM3,000. Namun dalam entri yang ditulis oleh Tuan Aqif Azizan ini, akan membongkarkan sebuah medium pengiklanan baru. Ia bukan sahaja jimat kos, malah memaksimakan keuntungan bisnes kita.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Rabu:

Efek Warna Dalam Pejabat

Tahukah kita warna memainkan peranan penting, dalam meningkatkan produktiviti di pejabat mahupun SoHo (Small Office Home Office)? Artikel daripada Tuan Hazlam Anuar ini akan membantu kita, untuk memilih warna-warna yang indah agar dapat meningkatkan momentum untuk terus bekerja kuat. Bukan itu sahaja, beliau juga akan berkongsi bagaimana warna ini berfungsi.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Khamis:

Buat Duit Dengan Blog – Bagaimana, Proses dan Tindakan

Selain daripada membangunkan blog Majalah Niaga untuk tujuan menyampaikan ilmu yang terbaik, mengenai dunia keusahawanan tempatan. Kami juga sedang berusaha mencapai potensi untuk buat duit dengan blog. Dalam artikel ini, tuan dan puan akan ditunjukkan, bagaimana proses buat duit dengan blog berlaku.

Kami juga turut sertakan kisah seorang blogger yang menjana pendapatan sebanyak RM60,000 (USD20,000) setiap bulan.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Jumaat:

Keajaiban Berfikiran Positif

Sebagai manusia, kita mempunyai kemampuan untuk mengawal emosi. Ini termasuklah bagaimana kita berfikir. Dalam entri yang ditulis oleh usahawan berpengalaman ini, Cikpuan Siti Jamilah akan menerangkan kepada kita, bagaimana fikiran positif dalam memberi keajaiban dalam hidup, dan juga bisnes.

Baca entri sepenuhnya di sini.

Entri Khas Untuk Bacaan Kalian:

Setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada risikonya. Brian Wong, anak muda berusia 19 tahun yang memiliki perniagaan internet bernilai USD4.3 juta menyatakan, majoriti manusia di seluruh dunia takut untuk melakukan sesuatu, kerana gusar dengan risiko yang akan dihadapi.

Namun sedarkah kita, risiko itu ada di sekeliling? Bukan hanya pada bisnes, tetapi pada makanan yang kita makan, minuman dan kita minum, dan banyak lagi.

Luangkan masa untuk baca artikel daripada Cikpuan Azzah AR, Bisnes & Nikmat Risiko.


Tags: , , , , , , ,

Komen (6)

  1. Saya suka Himpunan Artikel begini kerana memudahkan pencarian serta membaca yang terkini jika tidak sempat dibaca segera ketika sesuatu artikel baru diterbitkan..Tahniah Majalah Niaga.

  2. saya suka himpunan artikel krn ia banyak memberi manafaat kpd sesiapa utk mencari maklumat dan carian seperti yang dikatakan oleh Nazri

Pendapat anda?