Majalah Niaga Edisi #20 – Hj. Burhanuddin & Kisah Jutawan Animasi (Upin & Ipin)

March 19, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

“Syukur, alhamdulillah.” Ini adalah ayat yang diungkapkan oleh seluruh tim Majalah Niaga selepas berhempas pulas untuk menghasilkan ezine Majalah Niaga edisi yang terkini.

Edisi 20 Majalah Niaga

Iaitu edisi yang ke #20.

Download Ezine Majalah Niaga Edisi #20 (32mb) (Klik Di Sini)

Ini merupakan satu kejayaan besar buat kami kerana cabaran yang melanda hari demi hari untuk memperkasakan medium dakwah keusahawanan, berjaya dilalui dengan berkat sokongan tuan dan cikpuan semua.

Untuk ezine Majalah Niaga edisi #20, kami bawakan khas kepada tuan dan cikpuan semua, jutawan yang disegani dalam dunia animasi tempatan dan global.

Hj. Burhanuddin – Jutawan Bisnes Animasi

Beliau tidak lain tidak bukan, Hj. Burhanuddin bin Md Radzi, Pengarah Urusan syarikat Les Copaque Production Sdn Bhd.

Ya, beliau adalah pengasas animasi Upin & Ipin yang mempunyai lebih 5.6 juta peminat menerusi Facebook Pages di seluruh dunia.

tuan burhanuddin les copaque

Tidak keterlaluan untuk kami katakan kejayaan yang beliau kecapi bersama seluruh warga kerja Les Copaque, telah berjaya menaikkan martabat industri animasi tempatan di peringkat dunia.

Jika dahulu orang kata industri animasi di Malaysia adalah industri yang lemah, kini tohmahan ini berjaya dicantas oleh usaha keras beliau membangunkan syarikatnya.

Bukan itu sahaja, Hj. Burhanuddin juga berjaya membentuk ramai penggiat dan peminat industri kreatif untuk terus berkecimpung dalam bidang animasi.

Dalam masa yang sama, menjadikan mereka sebahagian daripada warga kerja untuk membantu Les Copaque melangkah lebih jauh.

Ikuti Rahsia Jutawan Pengasas Les Copaque

Kami telah diberikan peluang untuk menemuramah beliau selama 1 jam 40 minit untuk mengetahui rahsia-rahsia kejayaan Hj. Burhanuddin. Justeru itu, kami ingin menjemput tuan dan cikpuan semua untuk sama-sama menghadam ilmu emas yang telah kami peroleh.

upin dan ipin les copaque

Antara rahsia kejayaan dan jutawan yang beliau kongsikan sepanjang temuramah bersama tim Majalah Niaga adalah:

  1. Kenapa industri animasi adalah industri yang bodoh dan berisiko.
  2. Bagaimana Upin & Ipin mencipta fenomena yang luar biasa terhadap industri animasi dalam dan luar negara.
  3. Bagaimana untuk membina jenama yang dihormati di negara luar.
  4. Pentingnya untuk berfikiran besar dalam perniagaan.
  5. Bagaimana mencipta sistem perniagaan yang boleh menghasilkan untung jutaan ringgit.
  6. Bagaimana melakukan pemasaran dan promosi, sehingga orang luar juga turut terpengaruh dan teruja mendengar jenama bisnes kita.
  7. Dan banyak lagi.

Semua poin-poin di atas dibongkarkan satu demi satu sepanjang temuramah tim Majalah Niaga bersama pengasas syarikat Les Copaque ini.

Peluang untuk mendapatkan rahsia jutawan dalam bidang yang sangat berisiko ini ibarat satu dalam sejuta. Justeru itu, kami membuka tawaran untuk muat turun ezine Majalah Niaga edisi #20 ini hanya…

Terhad 3,000 Muat Turun Percuma Sahaja

Selepas kuota muat turun ezine ini mencecah lebih 3,000 orang, tim Majalah Niaga akan membuat keputusan sama ada untuk menutup ruangan muat turun, atau mengenakan caj yang luar biasa kepada orang ramai.

Justeru itu, melepaskan peluang untuk muat turun percuma ezine Majalah Niaga edisi #20 ini adalah seperti melepaskan emas dan berlian yang bernilai bilion ringgit di hadapan mata.

Muat turun sekarang, dan dapatkan Hj. Burhanuddin membangunkan perniagaan animasinya, Les Copaque Production Sdn Bhd.

Download Ezine Majalah Niaga Edisi #20 (32mb) (Klik Di Sini)

Kongsi pengumuman ezine Majalah Niaga di Facebook (Klik di sini)

Kongsi pengumuman ezine Majalah Niaga di Twitter (Klik di sini)

Semoga usaha kita semua untuk memandaikan bangsa mengenai dunia perniagaan dan keusahawanan ini sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya. Sebarang cadangan dan penambahbaikan, boleh dinyatakan menerusi ruangan komen di bawah.


Tags: , , , , , , , ,

Komen (62)

  1. Terima kasih kepada Tim MajalahNiaga.com yang masih memberikan maklumat bernilai ini secara percuma. Moga usaha murni anda mendapat sebaik-baik balasan dari Allah s.w.t. Sdelamat maju jaya.

  2. Memang best la kali ini, tak menghampakan isi kandungannya seperti yang di jangka.
    Teruskan memandaikan bangsa Tim majalah niaga !

    Bersama naikkan kembali perniagaan orang islam yang satu masa dahulu pernah mengungguli.. Sudah masanya untuk kita terus maju ke depan..

    Tahniag buat anda semua..:)

  3. jutawancelop
    March 19, 2012

    tahniah team MJ semoga usaha kalian berkongsi ilmu perniagaan dibalas rahmat olehNya…

    1. Terima kasih atas sokongan tuan. Nantikan pula Edisi 8 Komik Niaga pada bulan hadapan. Kisah kehidupan tuan Burhanuddin akan menjadi topik utama pula! 🙂

  4. Inilah kerja sosial yang dibanggakan dari team majalahniaga. Memandaikan bangsa tanpa fikirkan keuntungan sangat. Kerja yang dirahmati ALLAH.

  5. Tahniah majalah niaga,satu usaha yang murni ke arah celik perniagaan di kalangan bangsa Melayu. Majalah yang sangat bermaklumat dan membantu ramai peminat perniagaan online dan offline.

  6. Walaupun line slow, n donlod jgk. Semoga Majalah IM kali ni, menjadi pembangkit semangat keusahawanan saya yang pernah jatuh dahulu…. 😛 Chaiyok2!!!

  7. Las Kopek dimulakan oleh mamat & geng yg buat BoiBoBoy tu…Hj Burhanuddin adalah investor dan businessman . Idea asal memang dari team awal ..yg sekarang ni set up kompani Animonster..BoiBoBoy.

  8. saya tengah download.. tiba2 tergerak hati nak buka email ni.. tgk point yg diwujudkan tu, mmg rasa tak sabar nak tahu. Terima kasih team Majalah niaga !

  9. Upin dan Ipin kartun animasi yg dahulunya tidak begitu dikenali dan saya sendiri juga tidak begitu minat menontonnya. Tetapi kerana ramai kanak2 d Malaysia berminat dengan tidak secara langsung kartun ini menjadi begitu popular dan mendatangkan keutungan besar kepada Hj Burhanuddin.Industri kartun animasi masih baru lagi di Malaysia dan perlu diperbaiki lagi mengikut standard seperti Tom N Jerry yang melucukan…sekian

  10. baru jumpa majalah niaga ni….. sangggggaaaaaatttttttttttt!!!!!!!!!!! terujaaaaaaaaa!!!!…… best!!!… best!!!… best!!!!!!!!… best!!!!!!!….

    lima tahun saya berniaga…. info-info yang begini….. sangat membantu saya….. terlalu banyak maklumat yang sangat berguna……

    perkongsian kisah kejayaan…. asam garam perniagaan… heeeeeeeee…….. best giler…..

    Jutaan Terima kasih…..

  11. bolehkah sy tahu dimanakah majalah ini boleh dibeli sebab sy hendak yg printed…

Leave a Reply to Mohd Azril Batal (Cancel)